Make your own free website on Tripod.com

Home Gambar Lagu Ruang Agama Web Pilihan Tentang Saya

 

                             Amalan Bida'ah di Bulan Rejab

Terdapat satu kaedah usul Fiqh yang bermaksud: Setiap amal ibadat yang tidak disandarkan atas ilmu dan kefahaman mendalam tentang Islam, maka amal ibadat itu ditolak di sisi Allah SWT.

**--**
Sheikh Ibnu Hajar al- 'Asqolani (pensyarah kitab Sohih al-Bukhari) menegaskan bahawa tidak terdapat nas daripada Nabi SAW mengenai kelebihan bulan Rejab atau berpuasa dan solat pada bulan ini dengan hadith Sohih yang boleh dijadikah hujah.

**--**
Sheikh Imam Abu Ismail al-Hirawi al-Hafiz: Sesiapa yang beramal dengan puasa awal Rejab dengan beriktikad bahawa itu adalah amalan sunat yang dilakukan oleh Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah melakukannya, orang itu termasuk dalam hadith Nabi SAW iaitu golongan yang berdusta ke atas baginda.

**--**
Imam al-Qayyim al-Jawziyyah: Nabi SAW tidak pernah sama sekali berpuasa tiga bulan berturut-turut bermula dari Rejab hingga Ramadhan seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakn orang hari ini, malah baginda sendiri tidak pernah berpuasa walau sehari pun (kecuali Isnin dan Khamis bukan kerana Rejab) dan tidak pula menggalakkannya.

Dalam kitab al-Ba'ith, beliau menyebut bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq menentang hebat golongan yang berpuasa dalam bulan Rejab dan Saidina Umar al-Khattab pula memukul dengan cemeti orang yang berpuasa pada bulan Rejab seraya berkata, sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang amat diagungkan di zaman Jahiliyyah, justeru bagi membezakan anatar Islam dan Jahiliyyah adalah lebih tidak dilakukan puasa dalam bulan ini.

**--**
Imam Ibnu al-Jauzi: Amalan berpuasa itu adalah tidak benar, sementara az-Zahabi pula menegaskan bahawa amalan puasa pada bulan Rejab adalah batil dan bercanggah dengan Islam.

Hal ini telah disimpulkan oleh Imam al-Bukhari, keseluruhan hadith-hadith yang terdapat mengenai bulan Rejab adalah batil, sama ada dari sudut teksnya (matn) atau periwayatan hadith berkenaan.

Sumber:
Petikan dari Fikrah Harakah bil 1270 (16 - 30 Rejab 1425 H / 1 - 15 September 2004 M) halaman 29 dirujuk dari Kitab as-Sunan wa al-Mubtada'at susunan Imam Muhammad 'Abd as-Salam Khidir asy-Syaqiri, halaman 141-142 terbitan Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut 1980 M/1400 H.

p/s: Kepada student2 Azhar yang baca blog dan tulisan ini, apa pendapat antum tentang bulan Rejab? Ini hanya sekadar pengetahuan, bukan mengundang kontroversi yang tidak berkesudahan.

 

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?

 PRAKATA

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda.Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)

 

2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w) .Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58). Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107). Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.

2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

 

2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi" Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

 

2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang KafirApabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]

 

2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda. Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

2-9 Menyanyi dan Membaca Syair

Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (s.a.w):

Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.

2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran

Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik

Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.

2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi sahih.

2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin

Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."

Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"

2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."

 

2-15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."

 

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai adalah seperti berikut :

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."

Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

 

Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

 

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

 

Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."

Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."

Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA

 

 

Persoalan Bid’ah atau Fanatik Pendapat.....??

TAHLIL...SUATU PERBAHASAN ILMIAH

WALAUPUN amalan tahlil merupakan satu  amalan yang sudah sebati pada masyarakat kita,
namun ianya sering menimbulkan persoalan mengenai kesahihan amalan tersebut atau
benarkah ianya suatu bid’ah. Adakah amalan ini sesuai diamalkan atau ianya perlu dibuang
terus dari kamus kehidupan masyarakat masakini. Untuk menyingkap persoalan ini, wakil
majalah suara kampus edisi kedah (SUKEK) Ustaz Rashidi Shukri cuba membongkarnya
secara lebih teliti dengan menemubual al Fadhil al Ustaz Aminuddin Abdul Rahim  bagi
merungkai kekusutan dan kekeliruan dalam mentafsir masalah ini.
Ikuti bicara beliau, “Apakah Tahlil suatu Bid’ah atau Fanatik
Pendapat?”.
 
SUKEK: Apakah  erti tahlil yang sebenar?
 
US.AMIN: Tahlil di sudut bahasa Arab adalah masdar (nama terbitan) yang bermaksud mengucapkan:
 "Laa ila ha illallah"
( Ruj. Mu’jam Al-Wasit m/s 1032.).
 Berdasarkan pengertian ini, apabila seseorang mengatakan saya ingin menghadiri majlis tahlil. Ini bererti dia ingin menghadiri majlis pembacaan zikir La ilahaillah, jika kita meneliti agenda yang dilaksanakan dalam majlis tahlil, kita dapati bukan sahaja zikir yang dibacakan, malah terdapat berbagai lagi amal kebaikan yang di antaranya dimulakan dengan membaca surah al-Fatihah dan disusuli dengan ayat-ayat suci al-Quran, Selawat, tahlil dan diakhiri dengan doa agar Allah menyampaikan bacaan-bacaan tadi kepada orang yang telah meninggal dunia.
                  Justeru itu, dapat difahamkan penggunaan perkataan tahlil di sini termasuk dalam ilmu balaghah sebagai majaz mursal, di mana digunakan sejuzuk daripada semua perbuatan itu, sedangkan yang dimaksudkan ialah semuanya. Penggunaan majaz mursal ini terdapat banyak dalam penggunaan bahasa Arab termasuk bahasa Melayu sendiri, contohnya dalam bahasa Arab, firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 2 yang bermaksud : “...berdirilah dimalam hari kecuali sedikit (daripadanya)”.
Dalam ayat ini digunakan perkataan berdiri yang merupakan salah satu daripada rukun sembahyang sedangkan yang dimaksudkan ialah seluruh perbuatan dalam sembahyang, bermula daripada takbiratul ikhram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. Sebab itu perkataan berdirilah dari ayat ini ditafsirkan sembahyanglah.
 Dalam bahasa Melayu juga ada penggunaan sedemikian,sebagai contohnya apabila Ali mempelawa Mahmud makan malam dirumahnya dengan katanya, “Marilah makan nasi di rumah saya malam ini”. Dalam ayat ini perkataan nasi yang digunakan itu tidak dimaksudkan nasi itu sahaja, malah yang dimaksudkannya ialah nasi, dan segala lauk-pauk serta hidangan yang lain yang dihidangkan oleh Ali.
 
SUKEK:  Bagaimana pandangan ulama’ tentang tahlil dan  apa pula kecenderungan ustaz, mengapa?
 
US.AMIN:  Terdapat perselisihan pendapat ulama’ berkenaan dengan majlis tahlil ini. Saya secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya.  Ini disebabkan oleh  beberapa faktor.
   Kalaulah ditakdirkan pahala amalan yang kita lakukan itu tidak sampai kepada si mati seperti yang
disangkakan oleh golongan yang menolaknya, sekurang-kurangnya mereka yang melakukan tahlil tersebut akan memperolehi pahala untuk diri mereka sendiri, kerana mereka telah berhimpun untuk sama-sama melakukan kebaikandengan menyahut seruan Allah yang terdapat secara umum dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud : “... ingatlah kamu sekelian kepada ku, nescaya Aku ingat kepadamu....”.
Dalam hadis Rasulullah S.A.W pula, mafhumnya:
“Tidak duduk sesuatu kaum sambil berzikir mengingati Allah S.W.T., kecuali mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dilimpahi rahmat, diberikan ketenangan jiwa, dan Allah mengingati (menyebut-nyebut nama mereka) kepada malaikat yang di sisinya . (riwayat Muslim) ruj.‘Fatawa Hadithiyyah’Ibn. Hajar Haitami (m/s 109) cetakan Darul Fikr.
 
SUKEK:  Bolehkah ustaz sebutkan contoh ulamak  yang membolehkan tahlil serta dalil mereka?
 
US.AMIN: Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin menjelaskan terlebih dahulu yang menjadi perdebatan sengit di kalangan para ulama ialah tentang pahala bacaan dan ayat-ayat al-Quran yang merupakan antara bacaan utama dalam majlis tahlil itu, apakah ianya sampai atau tidak? Setakat yang saya temui daripada beberapa kitab yang saya baca, pahala bacaan al-Quran yang dihadiahkan kepada si mati itu akan sampai kepada si mati dengan izin Allah. Di sisi jumhur ulama, menurut Prof. Dr. Wahbah az Zuhaili dalam kitab  beliau ‘Al-Bida’ul Munkarah’ (m/s 39) cetakan Darul Maktabi. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, kebanyakan ulama-ulama salaf serta pendapat yang
muktamad di sisi alim ulama muta’akhirin daripada mazhab Maliki dan Syafie.  Bekas mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf r.a, juga memberikan pandangan yang sama dalam kitab beliau ‘Hukmu As Syariah Fi Maktami Lailatil Arbain’ (m/s 52) cetakan Mustafa Halabi. Sementara ulama yang menyebut tentang tahlil pula antara lain ialah;
 i) Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam kitab beliau ‘Hadaayal Ahya’ Lil Amwat’
(m/s 95) cetakan Dar Jawami’ al-Kalim.
 ii) Syeikh Ismail Usman Zain r.a. dalam kitab fatawanya ‘Qurratul A’in’ (m/s 86) susunan tuan guru kita
Syeikh Muhammad Nuruddin al-Makki.
 iii) Imam as-Syihab al-Qurafi dalam kitabnya ‘al-Furuq ‘ juz 3 m/s 193.
 iv) Al-Habib al-’Allamah Zainal Abidin al-Alawi dalam risalah al-Ijabah a’n Aqidatil Firqatil Naajiah (m/s 24).
 
Sebagaimana yang saya ketahui dari beberapa kitab yang membahaskan masalah ini, saya temui banyak dalil yang menunjukkan sampainya pahala bacaan al-Quran atau apa sahaja zikir yang dibacakan dengan syarat didoakan atau diniatkan oleh pembaca itu agar Allah menyampaikan pahala bacaannya kepada si mati baik perseorangan maupun muslimin dan muslimat seluruhnya.
 
Memandangkan ruangan yang terbatas ini, saya hanya ingin mendatangkan 3 dalil sahaja.
 Pertama: Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
 “ Bacalah Yasin terhadap orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kalian”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu Hibban).
 
Kedua: Ibn Umar telah mengatakan: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya:
 “ Apabila  salah seorang daripada kamu meninggal dunia maka janganlah kamu menahan mayatnya (dalam waktu yang panjang) dan segeralah membawanya ke kubur dan hendaklah dibacakan si sisi kepalanya  al-Fatihah”. (menurut lafaz Imam Baihaqi, pembukaan al-Baqarah) dan dikakinya dengan penutup surah al-Baqarah”. (Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)
 
Ketiga: Terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang sohih bahawa Saidina Rasululah S.A.W sewaktu
menunaikan solat jenazah, baginda membaca surah al-Fatihah. Ini bermakna secara tidak langsung bahawa bacaan al-Quran yang dilakukan oleh orang hidup itu memberi manfaat kepada si mati.
 
SUKEK: Setahu saya mereka yang mengatakan  bacaan al-Quran  atau tahlil atau lain-lain amalan orang hidup tidak akan membawa manfaat kepada si mati  berdalilkan ayat 39 surah an-Najm, serta sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya “Apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”. Bagaimanakah  pandangan ustaz terhadap kedua-dua dalil tersebut?
 
US.AMIN: Setakat yang saya temui daripada kitab-kitab yang membahaskan masalah ini, terdapat empat belas pendapat ulama dalam mentafsirkan ayat ini bagi menyesuaikannya dengan pendapat jumhur ulama yang mengatakan si mati tetap boleh menerima manfaat daripada amalan orang yang masih hidup. Secara ringkasnya saya mendatangkan tiga pendapat ulama sahaja dalam mentafsirkan ayat ini.
 
Tafsiran Pertama: Huruf Jar iaitu (Lam) dalam bahasa Arab terdapat beberapa makna. Oleh itu, huruf (lam) yang terdapat pada lafaz: "Lil Insan" menurut salah satu tafsiran ulama’ yang disebut oleh Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ialah bermakna memiliki dan wajib. Oleh yang demikian, ayat ini diertikan, “Setiap manusia itu mesti atau pasti memiliki setiap apa yang ia usahakan”. Namun begitu, apabila pemiliknya menghadiahkan pahala bacaannya tersebut kepada si mati, maka dengan izin Allah, Allah akan menyampaikan pahala tersebut kepada yang dimaksudkan itu. Contohnya, Ali memiliki rumah,
apabila dia membenarkan Zaid menduduki rumahnya itu, bermakna Zaid telah memperolehi manfaat daripada rumah Ali tanpa dia (Zaid) memilikinya. Maka, samalah halnya dengan Ali yang masih hidup melakukan tahlil, kemudian dia memiliki pahala yang diusahakannya itu, lalu menghadiahkan pahala miliknya tersebut kepada Allahyarham  Zaid , maka di sini Zaid memperolehi manfaat pahala kepunyaan Ali. Contoh al-Insan yang terdapat di dalam ayat ini ialah Ali yang mengusahakan amalan kebajikan iaitu membaca al-Quran dan bertahlil, sementara Allahyarham Zaid tidak memiliki pahalanya kerana ia tidak mengusahakannya ,tetapi ia memperolehi manfaat pahala bacaan yang dihadiahkan oleh Ali kepadanya. Hendaklah dibezakan antara lafaz: " Wa annalaisa lil insanu illa ma sa a`" (an Najm ayat 39)
dengan lafaz: " Alla yantafi uul insan, Illa ma sa a`" ruj. al-Iskat  karangan Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a ( m/s 37)
 
Tafsiran Kedua: Seseorang itu memperolehi teman dan anak cucu serta isteri sebab usahanya sendiri dan budi pekertinya yang baik dalam pergaulannya sewaktu hidup. Hasil daripada kebajikan yang pernah dilakukannya kepada mereka dan orang ramai menyebabkan timbulnya kesatuan antara beliau dengan masyarakat. Setelah beliau meninggal dunia, masyarakat menziarahi jenazahnya, melakukan solat jenazah, membaca al-Quran, tahlil dan seterusnya mendoakan kebahagiaannya. Ini bermakna pahala kebajikan yang dihadiahkan oleh mereka untuknya adalah berpunca daripada usahanya sendiri semasa hidup (pergaulannya yang baik). Bahkan apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah (mengolongkan dirinya dalam golongan kaum Muslimin)sahaja, sudah cukup untuk mewujudkan ikatan persaudaraan dengan seluruh umat Islam yang lain. Ikatan keislaman ini akan menyebabkan beliau memperolehi manfaat dari doa’ mereka secara umum, contohnya sewaktu khatib berdoa memohon keampunan kepada muslimin muslimat , dengan ini beliau juga termasuk dalam golongan mereka  yang di doakan berpunca dari hasil usahanya sendiri iaitu keislaman dan keimanannya  kepada Allah S.W.T.  Kalaulah orang yang sudah mati tidak memperolehi manfaat sama sekali dari amalan orang hidup seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, dimanakah manfaat ucapan salam yang kita ucapkan kepada penghuni kubur sewaktu kita menziarahi mereka? Begitu juga di manakah faedah solat jenazah kepada si mati kerana solat jenazah itu amalan orang hidup dan bukannya usaha orang mati.  Syeikh Ibnu Taimiyyah r.a yang merupakan ulama’ rujukan golongan yang mengikut salafiyyah pernah mengatakan,  “ Barangsiapa berpegang bahawasanya seseorang yang memperolehi manfaat daripada amalan perbuatannya sahaja,(dan tidak boleh samasekali memperolehi manfaat dari orang lain) maka sesungguhnya dia telah menyalahi ijma’ ulama dan pegangannya itu adalah batil”.
Kemudian beliau mendatangkan 22 contoh orang yang memperolehi manfaat daripada usaha orang lain., contoh yang pertama: mayat seorang yang berhutang telah disembahyangkan jenazahnya oleh baginda Rasulullah SAW  kerana hutangnya telah dibayar oleh Saidina Abu Qotadah ra .
Kedua : seseorang yang mati memperolehi manfaat dari pahala sedekah dan pembebasan hamba yang dilakukan oleh orang hidup untuknya berdasarkan kepada nas hadis dan ijma’.

 Ketiga: seseorang yang duduk dalam majlis zikir akan dirahmati dengan sebab manfaat zikir yang dilakukan oleh ahli majlis tersebut yang walaupun beliau duduk di situ bukan bertujuan untuk berzikir, bahkan kerana keperluan lain.
Keempat: Solat jumaat dapat dilakukan apabila terhimpunnya ahli jemaah sebanyak bilangan tertentu (menurut Mazhab
Syafie 40 orang ), demikian juga pahala solat jemaah akan terhasil dengan wujudnya ahli jemaah yang lain.
Kelima: Seseorang dapat manfaat dari jirannya yang soleh semasa hidup maupun setelah mati. Ini berdasarkan kepada nas athar. Sebahagiannya lagi anda boleh rujuk dalam kitab ‘Hasyiah Sowi  al-Jalalain’, tafsiran ayat 39 surah an-Najm. Bagi lebih terperinci lagi, sila rujuk tafsir ‘Al Futuhat al-Ilahiyyah’, karangan Syeikh Sulaiman al-Jamal r.a.
 
Tafsiran Ketiga: Imam al-Alusi menyatakan dalam Tafsirnya ‘Ruhul Ma’ani’ bahawasanya beliau lebih
cenderung kepada pendapat Imam al-Husain Ibnu Fadl yang mengatakan bahawasanya “Seseorang  itu tidak memperolehi kecuali apa yang dia usahakan; jika dilihat dari sudut keadilan, sedangkan jika dilihat dari sudut kemurahan (Al-Fadl) Allah S.W.T , maka tidak mustahil Allah menambahkan kurnianya kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu melakukan satu kejahatan, maka ditulis satu dosa, sebaliknya apabila seseorang itu melakukan satu kebajikan, maka ditulis sepuluh ganjaran pahala , sehingga 700 kali ganda bahkan lebih dari itu ”. ( Mafhum hadis riwayat Bukhari (6490) dan Muslim (131) ruj. Riyadhus Salihin:hadis 11).
 Dari maksud hadis ini dapat difahamkan amalan kejahatan dibalas dengan sifat keadilan, sedangkan amalan kebaikan dibalas dengan sifat (al-Fadl) limpah kurnia Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang . Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
“ Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa sahaja yang dikehendakiNya)”.
 Kesimpulan daripada pendapat ini , seseorang itu memperolehi apa yang diusahakannya, jika dilihat dari sudut keadilan, sedangkan dia akan memperolehi bukan sahaja amalannya bahkan manfaat daripada amalan kebajikan orang lain yang dihadiahkan kepadanya jika dilihat daripada limpahan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T  Manakala tentang hadis yang disebutkan pula, ulama mengatakan hadis ini bukan bermaksud pembatasan terhadap tiga perkara itu sahaja. Ini kerana masih terdapat hadis lain yang diriwayatkan menyebut lebih daripada itu, untuk lebih jelas lagi sila rujuk muqaddimah ‘Sunan Ibnu Majah’ (m/s 88), di mana Abu Hurairah r.a. meriwayatkan hadis tentang tujuh perkara yang membawa pahala yang berterusan kepada si mati setelah meninggal dunia. Begitu juga hadis riwayat Abu Nua’im dalam ‘Hilyatul Auliya’’ :juz 2 (m/s 344),  sehingga berjumlah sebelas perkara .
Perkara-perkara tersebut ialah :-
 Ilmu yang dimanfaatkan, doa anak yang soleh, pohon-pohon yang ditanam , sedekah jariah , al-Quran yang diwarisi,  tempat naungan tentera di perbatasan yang beliau bina, perigi yang digali, sungai yang diairi, rumah tumpangan yang dibina, masjid yang dibina, al-Quran yang diajari.  Dari ketiga-tiga hadis ini Imam Sayuti r.a. menyusun beberapa syair tentang sebelas perkara yang membawa manfaat kepada si mati dan syair tersebut terdapat dalam kitab ‘Dalilul Falihin’ :juz.3 (m/s 428) cetakan Darul Ma’rifah.
Ianya juga terdapat dalam beberapa baris syair lain dalam kitab ‘Bujairimi A’lal Khatib’: juz 1 ( m/s 47)
cetakan Darul Fikr.  Kesimpulan yang dapat saya berikan, bukan sahaja perkara yang terdapat dalam ketiga-tiga hadis ini sahaja yang membawa manfaat kepada si mati, malahan masih banyak lagi perkara-perkara lain yang membawa manfaat kepada si mati yang terdapat pada hadis-hadis lain.. Salah satu contoh yang boleh saya nyatakan di sini ialah upah haji yang dilakukan untuk si mati. Ianya tidak terdapat dalam ketiga-tiga hadis di atas, namun di sepakati oleh seluruh ulama’ kemanfaatannya terhadap si mati yang dihajikan berdasarkan nas hadis sohih yang lain.
 
SUKEK:  Apakah amalan tahlil ini suatu amalan yang salah atau dikira sebagai termasuk dalam hadis yang mafhumnya, “Setiap bidah itu adalah sesat (dolalah)”, dengan alasan, ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W mahupun para sahabat dan tabie’in?
 
US.AMIN: Bagi menjawab soalan ini, terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa pendapat yang menyatakan semua amalan yang tidak dilakukan atau ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dianggap bid’ah sesat seperti yang difahami oleh  sesetengah golongan adalah tidak benar.  Kalau mengikut pengertian yang diberikan oleh Imam Nawawi r.a dalam kitabnya ‘Tahzibul Asmak Wallughat’, bida’h ialah mengadakan suatu perkara atau amalan yang tidak ada di zaman Rasulullah S.A.W. Ianya terbahagi kepada baik dan buruk. Menurut tafsiran Imam Syafie r.a pula “Setiap amalan yang mempunyai sandaran (dalil asal) di sudut syarak;  maka ia tidak dianggap bida’ah (dholalah) yang walaupun tidak dilakukan oleh salaf”. :ruj ‘Itqanus Sun’ah’ (m/s 12 dan 14).  Secara ringkasnya Imam Baihaqi r.a meriwayatkan dalam kitab ‘Manaqib Syafie’ tentang perkara baharu (al-Muhdathat) itu terbahagi kepada dua:
 
Pertama:  Amalan baru yang  menyalahi al-Quran atau Sunnah atau al-’Athar, atau Ijma’. Ini dikenali sebagai bid’ah sesat (dolalah) yang dimaksudkan dalam hadis-hadis yang menolak bid’ah.

Kedua: Sementara setiap perkara baru yang diwujudkan setelah itu merupakan amalan yang baik dan tidak bertentangan
dengan salah satu daripada keempat perkara di atas, maka ianya dikira perkara baharu yang tidak dicela. Cuma ianya dinamakan bid’ah disudut bahasa bukannya bid’ah di sudut syarak sepertimana yang dimaksudkan dalam hadis atau menurut istilah lain dinamakan bida’h hasanah, manakala sebahagian ulama’ lain menamakannya sunnah hasanah.

 Kalau saudara berpendapat bahawa setiap perkara yang tidak wujud di zaman Rasulullah itu bid’ah sesat, maka bagaimana dengan kata-kata Saidina Umar r.a sewaktu menghimpunkan kaum muslimin pada solat tarawih agar berjema’ah dengan seorang imam sahaja di zamannya. Kemudian beliau berkata: “Sebaik-baik bida’h ialah perbuatan ini”. :ruj. Fathul Baari :jld.13 (m/s 267). Bagi orang yang mengatakan setiap perkara yang tidak wujud di zaman Rasulullah S.A.W  dan para sahabat r.a adalah sesat pula, katakanlah kepadanya haram baginya mempelajari ilmu nahu sorof contohnya kerana ilmu tersebut bida’ah yang tidak pernah dipelajari pada zaman Rasulullah S.A.W mahupun dizaman sahabat r.a. Begitu juga apa yang dilakukan oleh teman-teman kita dalam persatuan yang mengadakan forum-forum apabila datangnya munasabah-munasabah tertentu, contohnya Forum Badar al-Kubra, ceramah Maulidur Rasul dan sebagainya. Ini kerana di zaman para sahabat bila datangnya bulan Ramadhan kita tidak pernah mendengar mereka mengadakan forum Badar al-Kubra yang disampaikan oleh tiga panelis,  kalau mengikut ta’arif yang sempit ini, maka banyaklah majlis yang kita ikuti dalam persatuan adalah sesat .
 Di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a. juga tidak wujud Kuliah Syariah, Usuluddin, Dirasat,
Lughah mahupun Madrasah Tahfiz al-Quran sepertimana yang dibentuk sekarang. Katakan kepada mereka yang berpendapat sedemikian, kenapa kamu pergi ke kuliah sedangkan kuliah tidak wujud di zaman Rasulullah S.A.W? cuma yang ada hanya pengajian di masjid. Begitu juga tanyakan kepadanya bagaimana pendapatnya terhadap bid’ah yang berlaku  dalam kitab suci al-Quran sendiri ? Di zaman Rasulullah S.A.W al-Quran diturunkan dan dipelajari oleh para sahabat dalam keadaan tidak berbaris, tidak bertitik ,tiada nombor ayat dan tiada pembahagian rubu’. Semuanya ini disempurnakan dan ditambah oleh  Imam Khalil bin Ahmad r.a. pada zamannya dan digunakan hingga sekarang ,
sedangkan kita tidak pernah mendengar walaupun seorang ulama’ ‘mengatakan Imam Khalil itu sesat atas perbuatannya itu ataupun penambahannya itu dikatakan sebagai bid’ah dolalah’.
 Jika semua perkara tersebut tidak disebut bid’ah sesat, maka demikianlah halnya dengan majlis tahlil yang diadakan. Sepertimana perkara-perkara di atas mempunyai dalil asal tempat sandaran yang bertepatan dengan syara’, bacaan al-Quran dan tahlil juga mempunyai dalil asal dari syara’ . Sebab itu Prof. Dr. Wahbah Azzuhaili mengatakan dalam kitabnya ‘Bidau’l Munkarah’( m/s 39) , “Bahawasanya bacaan al-Quran kepada si mati bukan bida’h kerana ia ada mempunyai sandaran dalil dari al-Quran, Sunnah, Ijma’, dan kaedah-kaedah syarak”. Pengerusi Lujnah Fatwa Azhar yang lalu, Syeikh Atiyyah Saqr juga menghuraikan dengan panjang lebar tentang permasalahan ini dalam fatawanya ‘Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam’(juz 3 m/s 135 hingga 139) cetakan Darul Ghad. Begitu juga Syeikh
al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam fatawanya juzuk 2 cetakan Darul Ma’arif.

Sementara seorang ulama Yaman yang bernama al-Habib al-Allamah Zainal Abidin al-Alawi r.a telah menjawab persoalan ini dengan katanya “...ketahuilah bahawasanya amalan umat Islam yang terdiri daripada membaca al-Quran dan bertahlil kepada mayat orang Islam adalah amalan yang bertepatan dengan landasan Islam dan sesungguhnya bacaan tersebut adalah sampai manfaatnya kepada si mati. menurut kesepakatan seluruh ulama’ kerana mereka berdoa’ setelah membaca al-Quran dan bertahlil yang antara lainnya bermaksud “Ya Allah sampaikanlah pahala bacaan dan tahlil kami kepada si mati”.
 Perselisihan di kalangan ulama’ hanya timbul sekiranya tidak didoa’kan sedemikian. Berdasarkan kepada pendapat inilah, maka kebanyakan umat Islam mengadakan amalan sedemikian. Lantaran itu apa yang dipandang baik oleh ulama’-ulama’ Islam, maka ia adalah baik di sisi Allah S.W.T insya Allah ,:ruj ’Risalah  Al-Ijabah’ (m/s24-25) cetakan Dar Rifaie. Bagi mengetahui lebih mendalam tentang pandangan ulama’ tentang tahlil ini sila rujuk kitab ‘Hadayal Ahya’ khususnya muka surat 35,72 dan 95.
 
SUKEK:  Bagaimana pandangan ustaz tentang suatu artikel  yang menolak amalan tahlil yang disiarkan dalam salah satu Suara Kampus keluaran bulan Disember yang lalu, di mana penulis tersebut banyak mendatangkan dalil ulama’-ulama’ mazhab Syafie yang tidak membolehkan pengiriman pahala bacaan kepada mayat?
 
US. AMIN: Saya telah meneliti artikel tersebut dan saya dapati sebahagian maklumat yang disiarkan adalah tidak tepat, memandangkan ruang yang amat terbatas ini, saya tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya sekarang. Sekiranya saudara meneliti Fatawa Imam Ibnu Hajar al-Haitami r.a. di dalam ‘Fatawa Kubra Al-Fiqhiyah’  saudara akan dapati Imam Ibnu Hajar r.a. sendiri secara peribadi menyokong bacaan kepada si mati, sebaliknya penulis memberikan sebahagian maklumat sahaja yang sesuai dengan pendapatnya. Rujuk ‘Fatawa Kubra’ juz.1 (m/s 424-425) cetakan Darul Kutub Ilmiyah. Begitu juga penulis ada mengatakan pada muka surat 28  sewaktu ditanya bagaimana kalau semasa
bertahlil lalu berdoa, “Ya Allah sampaikanlah pahala bacaan kami  pada roh fulan”,  beliau menjawab” ulama’ telah sepakat bahawa pengiriman pahala bacaan itu tidak dapat sampai kepada roh yang dikirimi sebab bertentangan dengan firman Allah S.W.T ayat 39, Surah An-Najm”.  Katanya, tentang kesepakatan ulama’ itu adalah  satu fakta yang tidak benar , kerana setakat yang saya temui Jumhur Ulama’ daripada keempat-empat mazhab menyokong sampainya pahala tersebut seperti yang saya jelaskan pada awal tadi. Bagi lebih  jelasnya saya mencadangkan pembaca merujuk kitab ‘Hidayal Ahya’ dan ‘Annaf’ul Amim’ cetakan  Darul Masyaari’ Beirut(m/s 18-58) , untuk melihat pendapat-pendapat alim ulama’ daripada mazhab yang empat. Sebagai contoh, Imam Nawawi r.a. sendiri menyebut di dalam kitabnya
‘Majmu’ Syarah Al-Muhazzab’ (juz. kelima m/s 286) cetakan Maktabah Al-Irsyad Jeddah, yang bermaksud “...disunatkan membaca apa yang termudah daripada al-Quran dan berdoa’ untuk mereka setelah itu. Ini adalah nas kata-kata Imam Syafie dan disepakati oleh alim ulama’ pengikut mazhab syafie”.Seterusnya ditambah lagi pada tempat lain. “Sekiranya mereka mengkhatam al-Quran di atas kubur, ia adalah lebih afdhal”. Pendapat yang sedemikian juga disebut oleh  Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Al-Azkar’ bab bacaan setelah dikebumikan mayat (m/s 173) dan ‘Riyadus Salihin’ bab doa’ untuk mayat setelah dikebumikan (m/s 290) . Diriwayatkan juga secara mutawatir bahawasanya Imam
Syafie r.a. sewaktu menziarah kubur Imam Lais bin Saad r.a, beliau membaca al-Quran di situ sehingga khatam : disebutkan dalam Syarah Ihya’ yang berjudul ‘Ittihafus Sadah Al-Muttaqin’ karangan
Al-Hafiz Azzabidi juz. 10( m/s 412).  Syeikh Zakaria al-Ansari r.a menyebut pendapatnya dalam kitabnya’ Syarah Raudut Talib’ juz. 2 (m/s 412). Syeikh Syamsuddin ar-Ramli r.a menyatakan sampainya pahala bacaan kepada mayat jika diniatkan sedemikian, ini adalah pendapat ketiga-tiga mazhab. Imam Ibnu Solah r.a.menyokong pendapat yang sampai setelah di doakan,  :ruj. ‘Nihayatul Muhtaj’ juz. 6 (m/s 93). Al-Hafiz Taqiyuddin as-Subki r.a menyatakan dengan panjang lebar jawapannya menyokong pendapat ini dalam kitabnya   ‘Qada ul Arab Fi As Ilati Halab’ (m/s 45) Imam Ar-Rafi’e menyokong pendapat ini dalam kitabnya ‘ Fathul Aziz Syarahul Wajiz’ juz. 5( m/s 249).Sila rujuk kitab An naf’ul Amim( m/s 18-27).

Seterusnya Imam Nawawi r.a  menyebut dalam ‘al-Azkar’ pendapat yang terpilih hendaklah pembaca mendoakan setelah selesai bacaan itu dengan lafaz “Ya Allah sampaikanlah pahala bacaan yang telah ku baca kepada si fulan , rujuk al-Azkar bab Ma Yanfa’ul Mayyit Min Qauli Ghairih (m/s 215).

 Apabila saya meneliti syarah Nawawi kepada Sohih Muslim  (juz. 1 hlm. 90) yang beliau sebutkan begitu juga tafsir ‘al-Khazin’ termasuk kedua-dua ‘Hasyiah Tafsir Jalalain’ iaitu  ‘Hasyiah Sowi dan Hasyiah Jamal’ saya dapati ada pendapat kedua yang menyatakan sampainya pahala bacaan itu yang tidak beliau sebutkan.  Demikian juga beliau ada mengatakan Imam Nawawi juga di dalam kitab ‘Takmilatul Majmu’ Syarah Muhazzab’ menyatakan “ .......................”(rujuk SUKEJ Dis 98), di sini satu lagi fakta kurang tepat yang  beliau kelirukan kerana setakat yang saya ketahui, Imam Nawawi tidak pernah mengarang kitab Takmilatul Majmu’  kerana kitab tersebut dikarang oleh Imam Subki r.a dan Syeikh Muhammad Najib al-Mutiei  r.a. Imam Nawawi r.a. hanya mengarang kitab Majmu’ Syarah al- Muhazzab yang terdiri dari 9 jilid menurut cetakan Maktabah al- Irsyad,sementara Takmilatul Majmu’ bermula dari jilid 10 hingga 23.  Setelah itu saya meneliti (juzuk 10: hal. 426) pada kitab ‘Takmilatul Majmu’ seperti yang beliau sebutkan, tetapi saya tidak temui langsung apa yang beliau utarakan itu. Ini mungkin disebabkan kelainan cetakan kitab yang saya rujuk dan beliau rujuk. Namun begitu,  setahu saya Imam Subki r.a sendiri menyokong pendapat sampainya pahala bacaan melalui fatwanya :ruj. Nafu’l A’mim (m/s 23 hingga 27).

Pendapat al-Hafiz Ibnu Kathir r.a  pula telah dijawab oleh al-Hafiz Abdullah Siddiq al-Ghummari dalam kitabnya ‘Itqanus Suna’h’ (m/s 78 hingga 83) cetakan Maktabah al-Kaherah, dengan katanya pendapat tentang Rasulullah S.A.W tidak pernah menganjurkan umatnya untuk mengamalkan sedemikian dan para sahabat tidak pernah melakukannya adalah tertolak dengan dalil-dalil yang beliau sebut pada (m/s 84-89) sebahagiannya telah saya sebut dalam penjelasan saya yang lalu. Begitu juga hadis yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qaiyyim r.a kitabnya ‘Arroh’ bahawasanya golongan al-Ansor berulang alik ke kubur seseorang yang meninggal dunia di kalangan mereka untuk membaca al-Quran di sisinya. Sementara dakwaannya tentang ibadat(mendekatkan diri kepada Allah) hanya terbatas yang ada nas-nasnya dan tidak boleh dipalingkan(digunakan) dengan qias-qias dan pendapat-pendapat,dakwaan ini adalah amat bercanggahaan dengan apa yang ditetapkan oleh ulama’ ahli usul dan fekah.

Imam Ibnu Kathir r.a menyatakan diakhir kata-katanya dalam tafsir beliau yang bermaksud,
  “ Adapun doa’ dan sedekah, kedua-duanya adalah di sepakati oleh ulama’ tentang sampainya kepada si mati dan terdapat dalam nas syarak”.  Kata-kata Imam Ibnu Kathir r.a ini merupakan hujah bahawa doa’ yang dibaca setelah bacaan al-Quran dan setelah majlis tahlil adalah disepakati oleh ulama’ tentang kemanfaatannya,  antara dalilnya ialah ayat 10 daripada surah al-Hasyr dan surah Muhammad ayat 19.
 Buat renungan pembaca sekalian, segala maklumat yang diutarakan oleh alim ulama’ salaf dan khalaf
termasuk ulama’ mua’sir  akan disusun dalam sebuah risalah ringkas sebagai rujukan kita yang sedang mengamalkan amalan sedemikian... insya Allah.
 
SUKEK:  Untuk terakhirnya, apakah pesanan ustaz untuk  pembaca SUKEK dan pelawat homepage ini ?
 
US. AMIN: Di kesempatan ini , saya ingin mengutarakan pendapat salah seorang ulama’ mazhab Maliki yang bernama al-Allamah Syihab al-Qurafi  r.a yang menyatakan dalam kitabnya ‘al-Furuq: juz 3 (m/s 193). Sesungguhnya mengadakan tahlil sepertimana kebiasaan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini adalah amat wajar dan mestilah diharapkan keberhasilannya , kerana Allah S.W.T bersifat Pemurah dan Ihsan serta kasih sayang yang amat luas.
 
Seterusnya saya berpesan pada diri saya dan pembaca sekalian agar sama-sama berusaha memahami al-Quran dan Sunnah sedaya upaya yang mungkin. Ini kerana al-Quran yang diturunkan adalah kitab pembawa manfaat kepada yang masih hidup dan yang sudah mati. Marilah kita beramal dengannya dan menyokong seluruh golongan yang hendak melaksanakan hukum al-Quran , baik individu, kumpulan maupun parti politik di atas muka bumi Allah ini. Justeru itu, kita sebagai pelajar agama dan bidang-bidang lainnya perlu menyedari dalam mengejar matlamat agar hukum Allah terlaksana pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh pelusuk dunia , di mana sudah menjadi perkara biasa perselisihan pendapat dalam masalah furu’ tidak boleh dijadikan faktor untuk memisahkan hubungan kasih sayang sesama saudara seislam.

Buat akhirnya, saya mengharapkan teguran membina serta pembetulan terhadap kesalahan yang terdapat dalam jawapan saya yang berpengetahuan cetek ini daripada pembaca sekalian, agar dapat saya memperbaiki risalah yang akan saya terbitkan nanti. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T jua,  segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.  “Ya Allah kurniakanlah kepada kami sekalian kebaikan di dunia dan diakhirat Peliharalah kami dari siksa api   nerakamu”