Home Gambar Lagu Ruang Agama Web Pilihan Tentang Saya             

 

                                 RENUNGILAH                                  

                            

Katakanlah dunia ini sering membahagiakan mu - Tidakkah maut nanti akan menjemput mu ?- Apa yang hendak dibuat dengan dunia mu itu?- Secebis tanah ini cukup untuk istirehat mu - Wahai orang yang mengejar dunianya - Biarkanlah dunia itu dengan tipu dayanya - Sebagaimana dia menyebabkan mu tertawa - Dia juga menyebabkan mu menangis jua.

Bila kau sakit kau bertaubat. Bila kau sihat kau buat maksiat. Bila ditimpa bencana kau menangis pula. Bila sembuh kau buat tak indah saja. Sudah berapa kali kau diselamatkan Tuhan. Berbagai bala bencana sudah diangkatkan. Tidakkah kau bimbang bila maut datang? Dalam dosa maksiat kau bersenang lenang. Kau lupa rahmat Tuhan belas kasihannya. Kau tidak takut siksa balasannya. Berkali kali kau berjanji tapi memungkirinya. Segala kebajikan kau terus lupakanNya.

Aku melihat orang orang, merasa senang dengan kehinaan agama. Dan aku tidak melihat orang orang, rela dalam penghidupan gengan tak punya. Maka kamu cukupkan dengan agama tampa raja raja. Sebagaimana raja raja merasa cukup dengan dunia, tampa agama.

Kalaulah tidak kerana maut dan kehancuran badan mu. Dan terbelahnya angota sehingga berkecai kecai daging mu.Nescaya tak berfaedahlah oh anak adam tangisan mu terhadap segala malapetaka dan keluh kesah yang berlaku.

Celaka bagi orang yang makanannya sebatang roti. Rezekinya diberi oleh Tuhan Mahan Pemberi. Kemudian dia melanggar pula perintahNya dengan terperi peri. Pada hal Tuhan Maha Pengasih azabnya pon sangat ngeri.

Apa gunanya kekayaan jika ia bukan milik ku. Apa gunanya kemewahan jika tak dapat oleh ku. Biarlah ia hilang lenyap kerana tak ada perlunya untuk ku. Bukan kerna dengki tetapi tak ada bezanya kepada ku.

Bila kau dalam sesuatu kurnia berlumba lumbalah membuat kebaikkan. Kerana tidak ada kurnia yang kekal namun tetap kau meninggalkannya. Bukankah sudah banyak ada contohnya bila kau disingkir kekayaan. Segala apa yang kau kumpulkan namun mereka yang akan mewarisinya...

Telah dilarang lisan ku dari suka berbicara. Kerana dialah punca bala dan selalu membawa bencana. Jika mahu berbicara ingatlah Tuhan mu sebutlah Dia. Jangan lupa Dia pujilah Dia pada setiap masa.

Aku melihat dunia ini terus diperhatikan orang. Dikejar kesana kemari diminati bukan kepalang. Namun dunia itu tidak pernah kekal bagi yang mengejarnya. Dan yang  mengejar pula tiada selamanya kekal dengan dunianya. Bahkan maut yang kejam membuntuhi mangsanya. Wahai orang yang terharu dengan dunianya, perlahan sebentar. Ambillah apa saja daripadanya ala kadar tapi mesti benar.

Aku melihat agama Allah dipersendakan. Seolah tiada hati yang takut akan Tuhan. Ilmu ditabur dengan kemegahan. Diutamakan dunia seolah ia berkekalan...

Aku melihat manusia berkecamuk kesibukkan. Keseronokkan dunia puncak pencarian. Ingatkan Tuhan sekadar mainan. Seolah hidup tampa kesudahan.

Hidup tampa ujian laksana hidup tak bertuhan. Tiada pegangan haluan dalam perjalanan. Sukar sedikit ganjaran lumayan. Iman yang lemah selalunya kegagalan.

Hidup dalam ujian, itulah haluan perjalanan. Semakin sukar semakin lumayan. Tempat tujuan alam penghabisan. Sekelian kenikmatan tiada nilaian. Pemberian Tuhan kepada insan.. berhati teguh dalam beriman.

Tuntutlah ilmu penyuluh jalan masa depan. Ambilah dunia sekadar keperluan. Sucikanlah hati mu dengan keiklasan. Moga berjaya dalam perjalanan.

Usia bertambah semakin rugi. Cinta dunia terlupa diri. Ingatkan Allah sepanjang hari. Itulah cinta pengubat hati.

Tidur sejenak bermimpi indah. Takut terjaga kerana cinta. Itulah mimpi ujian Allah. Moga si hamba sujud padanya.

Mimpi indah itu kehidupan dunia. Tempoh ujian bagi yang mengenalnya. Usah terlalai megah kerananya. Kebangkitan tidur mu pasti menjelma.