Make your own free website on Tripod.com

Home Gambar Lagu Ruang Agama Web Pilihan Tentang Saya

 

 

                        Memendekkan Sembahyang

Soalan

Seorang saudara bertanya saya berkenaan sembahyang semasa didalam perjalanan. Dia telah mendengar sekiranya perjalanan itu menuju ke rumah ibu bapa ( disebabkan dia belajar di Bandar yang lain), semasa berada di rumah ibu bapa, dia tidak dihukum sebagai musafir maka oleh itu tidak dibenarkan pula memendekkan sembahyang, walau pon kesemua syarat musafir ujud ( seperti niat untuk tidak tinggal lama dari jumlah hari tertentu, jarak jaug etc).

Dapatkah sesiapa nyatakan apakah pendapat ini benar. Saudara yang memberikan pandangan diatas bermazhab Hanafi manakala saya pula bermazhab Syafiee. Apakah ujud perbezaan pendapat dalam hal ini di kalangan mazahb.

Jawapan

Al Zuhayli dalam Fiqh Dan Perundangan Islam tidak menyebut menetap di rumah ibu bapa dan tidak juga menyebut menetap di tempat kelahiran sebagai syarat yang membatalkan taraf musafir dalam mana mana mazhab

Ke empat empat mazhab bersependapat berhubung dengan ujudnya syarat musafir ,dimana secara umumnya adalah perjalanan sehala yang bersamaan atau melebihi melebihi 55 batu [89 km].

Dan Ibnu Qudamah menyatakan sekiranya kurang dari jarak diatas, masih lagi dihukum bermusafir diatas hujjah riwayat Anas yang menyatakan Rasulullah saw akan memendekkan sembahyangnya bila beliau keluar dan jaraknya adalah 5 atau ---- seorang dari periwayat tidak ingat ---- 10 batu ( 8-17 km). hadith tersebut diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud. Dalam Al Mughni Ibnu Qudamah menyatakan ini menjadi bukti yang mencukupi melainkan adanya pandangan bersama yang menolaknya.

Imam Shafiee pula menetapkan jarak musafir pada 50 batu [81 km]

Ada keadaan selain nya yang perlu di ambil kira tetapi ianya sesuatu yang tidak dipersetujui secara bersama didalam mazhab mazhab tersebut.

Walau bagaimana pon, tiada satu mazhab pon yang menyatakan, terbatal keadaan musafir seseorang disebabkan tinggal di rumah ibu bapa atau kembalinya kita ke kampong kelahiran

Di antara yang membatalkan status bermusafir ialah niat untuk menetap disesuatu tempat selama 15 hari atau lebih menurut mazhab Hanafi, manakala Syafiee dan Maliki berpendapat ianya 4 hari atau lebih. Mazhab Hambali pula menyatakan ianya empat hari atau lebih dari itu.

Mazhab Maliki dan Hambali juga menetapkan jumlah rakaat nya adalah 20 atau lebih. Hari sampai dan pulang tidak dimasukkkan kedalaam kiraan.

Ada yang berkata Imam Syafiee berpandangan seseorang itu tidak dikira bermusafir sekiranya ia memasuki kampong kelahirannya dan tidak semestinya pula memasuki rumah ibu bapa.

Tetapi perkataan “tempat kelahiran” dalam ayat diatas adalah satu kesilapan terejmahan dari istilah arab “watan” ---- tempat kediaman ----- bilamana Shafiee menyebut : Musafir tamat bilamana seseorang itu tiba di watan.

Lisanul Arab mendefinasikan watan sebagai al-manzilu  tempat dimana kamu menetap ( bermaustattain dan tempat kediamanàtuqimu bihi -- )

Jadi maksudnya musafir tadi tidak berakhir bilamana seseorang itu sampai ketempat kelahiran nya ( mungkin dia telah berpindah dari tempat itu dan menjadi musafir dengan datang kembali kesitu), tetapi berakhir bilamana seseorang itu sampai ke tempat kediaman yang kini.

Ini apa yang dapat saudara lihat dalam penulisan Syafiee dan juga disebut oleh Zuhaili

Syafiee menyebut

Ianya berakhir bilamana dia sampai ke kampong nya

Dan Zuhaili pula menyebut

Sayfiee menyatakan Musafir berakhir apabila tibanya seseorang di kawasan pemisah kampungnya atau binaan sepertinya.

Zuhaili juga menyebut hadith dari Aisya yang menyatakan

Aku pergi berumrah bersama Rasulullah saw di bulan Ramadhan. Beliau berbuka puasa manakala aku berpuasa dan beliau memendekkan sembahyangnya manakala aku tidak memendekkan sembahyang.

Daruqutni meriwayatkan hadith tersebut dan menyatakan sanad nya adalah hasan. Sahawkani pula menyebut hadith tersebut dalam Nayl Al Awtar

Hadith ini menunjukkan Rasulullah menganggap dirinya bermusafir didalam umrah tersebut walau pon Mekah adalah tempat kelahiran beliau.

Perbuatan Aisyah menunjukkan adalah tidak wajib memendekkan sembahyang sebagaimana yang dinyatakan oleh tiga mazhab dan Hanafi pula menyatakan memendekkan sembahyang adalah wajib.

Nota :

Perkataan yang tepat untuk tempat kelahiran dalam bahasa Arab ialah mawlid.yang juga bermaksud waktu kelahiran atau hari jadi.

Wallhua a’lam

Seorang saudara yang dikasihi, yang mengikut Mazhab Hanafi tidak bersetuju dengan kenyataan sampainya si musafir ketempat kelahiran membatalkan status musafir seseorang. Berikut adalah kenyataan nya.

Saya suka menyatakan berhubung dengan jawapan anda didalam salat musafir.

Ada dua jenis watan dalam Fiqah iaitu watan asli dan watan ikama.

Watan yang pertama tadi yakni watan asli ialah dari mana anda mengira anda datang, contohnya watan asli saya ialah Istanbul

Watan yang kedua yakni watan ikama pula ialah dimana saudara menetap disesuatu tempat yang melebihi 15 hari.

Contohnya watan asli saya ialah Istanbul dan watan ikama saya pula ialah New York kerana saya sedang belajar disini.

Ibu bapa saya pula menetap di Istanbul.

Kenyataan nya ibu bapa kita menetap di tempat lain tidak mempunyai apa apa hubungan dengan taraf watan anda.

Dari mana anda mengira anda berasal, ini menentukan watan asli anda dan dimana pula anda menetap kini yang mana ianya pula menetapkan watan ikama anda

Adalah harus untuk mempunyai lebih dari 1 watan ikama tanpa mengira jumlah masa menetapnya disitu. Anda tetap dikira bermukim di watan asli mahu pon di watan iqama.

Jadinya sekiranya saya ke Istanbul walau pon sekadar satu jam, saya dikira bermukim. Sama juga dengan New York, sekiranya saya berhenti di New York selama satu jam dalam perjalanan saya ke bandar lain, serta merta saya bertaraf sama dengan orang yang bermukim.

Dan watan yang ketiga pula ialah watan safar, dimana ianya adalah tempat dimana anda menetap kurang dari 15 hari atau anda menetap sebagai tentera atau hamba sahya dan juga tempat dimana anda tidak berniat untuk menetap lebih dari 15 hari

Berhubung dengan pertanyaan saudara yang pertama pula...

Salat Jamak.

Definasi.

Salat jamak ialah apabila kita menghimpunkan dua salat yang berbeza waktunya didalam waktu salat yang lebih awal atau waktu salat yang terkemudian. Contohnya di himpunkan salat Zohor dan salat Asar didalam waktu Zohor sahaja atau kedua dua salat tadi dilakukan didalam waktu Asar saja. Dengan himpunan kedua dua salat tadi didalam satu waktu, kita tidak lagi diwajibkan melakukan salat Asar seandainya kita menjamak salat Zohor dan Asar tadi diwaktu Zohor....... dan seandainya jamak tadi dilakukan diwaktu Asar, maka kita dibenarkan menangguhkan mendirikan salat Zohor diwaktu sehingga masuk waktu untuk salat Asar.

Dalilnya.

" Saidina Abas berkata: Adalah Nabi saw apabila berangkat keluar bermusafir sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan salat Zuhur hingga sampai waktu Asar. Baginda berhenti lalu menghimpunkan diantara dua salat tersebut (Zohor dan Asar). Jika sekiranya baginda berangkat setelah gelincir matahari, baginda bersalat Zohor lebih dahulu kemudian barulah baginda bertolak. " HR Bukhari dan Muslim.

" Dari Ibnu Umar r.a ia berkata: Adalah Rasulullah saw apabila beliau terburu buru berjalan, beliau menjamak sembahyang Maghrib dengan Isyak." HR Bukhari dan Muslim.

"Dari Anas r.a menceritakan nabi saw: Bahawasanya beliau apabila terburu buru berjalan, di takkhirkannya (dilewatkannya) sembahyang Zohor pada waktu Asar lalu di jamakkannya antara keduanya dan ditakkhirkan (dilewatkan) pula sembahyang Maghrib hingga dijamakkan antara Maghrib dan Isyak apabila hilang cahaya merah" HR Muslim.

Syarat mendirikan Salat Jamak.

1: Ia nya hanya boleh dilakukan bagi salat Zohor dan Asar sebagai satu Jamak dan Maghrib dan Isyak sebagai satu Jamak lagi.
2: Jarak perjalanan musafir itu adalah dengan jarak 92km atau lebih.
3: Tujuan perjalanan nya adalah dengan tujuan yang diharuskan dan dihalalkan oleh Islam.
4: Salat yang di jamak itu dilangsungkan berturut turut tanpa berhenti. Semestinya berdiri terus untuk melakukan salat jamak yang seterusnya setelah selesai salat yang pertama.
5: Bila seseorang yang masih berada dirumahnya ketika hendak berjalan, maka yang lebih utama baginya ialah mengerjakan Jamak Taqdim, dan jika seseorang itu telah pun memulakan perjalanan maka yang lebih utama ialah mengerjakan Jamak takkhir.

"Dari Ibnu Ababs r.a ia berkata: " Mahukah kamu aku khabarkan tentang sembahyang Rasulullah saw iaitu : Bila matahari telah condong sedang beliau masih di rumah, beliau dahulukan mengerjakan sembahyang Asar (jamak taqdim) pada waktu zuhur, dan di jamakkan keduanya ketika matahari telah condong." HR Baihaqi.

Pembahagian Salat Jamak.

A: Jamak Taqdim

Jamak Taqdim bererti menghimpunkan dua salat seperti Zohor dan Asar didalam waktu salat yang terlebih awal diantara kedua salat tersebut iaitu diwaktu Zohor. Ini bermaksud kita mengerjakan salat Zohor dan salat Asar didalam waktu Zohor. Begitu juga apabila kita menghimpunkan salat Maghrib dan salat Isyak didalam waktu Maghrib, perbuatan sebegitu dinamakan jamak taqdim salat Maghrib dan Isyak kerana ianya dilakukan pada waktu Maghrib.

Syarat Jamak Taqdim.

1: Hendaklah meniatkan didalam hati kita yang kita akan melakukan salat Jamak Taqdim bagi salat yang bakal dilakukan. Seandainya kita mahu melakukan salat Asar secara Jamak Taqdim di waktu Zohor maka kita perlu meniatkan yang kita akan melaksanakan salat Asar setelah salat Zohor di selesaikan. Begitu juga bila kita mahu melakukan salat Jamak Taqdim untuk Salat Isyak, maka kita niatkan didalam hati yang kita akan melakukan salat Isyak secara Jamak Taqdim setelah salat Maghrib diselesaikan.

2: Hendaklah di kerjakan salat yang terawal yang telah masuk waktunya dahulu dan diikuti oleh salat yang bakal di lakukan dengan Jamak Taqdim. Contohnya kita kena mengerjakan salat Zohor dahulu di waktu Zohor dan apabila ianya telah selesai, maka kita berdiri semula untuk melakukan salat Asar. Begitu juga kita melaku salat Maghrib dahulu di waktu Maghrib dan apabila telah selesai salat tersebut maka kita berdiri semula untuk melakukan salat Isyak.

3: Hendaklah didalam keadaan berkekalan sebagai musafir sekurang kurang nya sehingga selesai Takbiratul Ihram salat yang dijamakkan secara Jamak Taqdim.

4: Hendaklah salat yang dijamakkan tadi dilakukan secara berturut turut tanpa dipisahkan dengan perkataan, sembahyang sunnat, berwudhuk dan sebagainya.

B: Jamak Takkhir.
Jamak takkhir berarti menghimpunkan dua salat seperti Zohor dan Asar didalam waktu salat yang terkemudian diantara kedua salat tersebut iaitu diwaktu Asar. Ini bermaksud kita mengerjakan salat Zohor dan salat Asar didalam waktu Asar. Begitu juga apabila kita menghimpunkan salat Maghrib dan salat Isyak didalam waktu Isyak.

Syarat Jamak Takkhir.

1: Hendaklah berniat didalam waktu salat yang terawal untuk melakukan salat tersebut diwaktu salat yang terkemudian dengan menjamakkan nya. Masa berniat itu diharuskan pada permulaan waktu salat pertama dan diperbolehkan juga berniat untuk Jamak Takkhir di akhir waktu salat yang pertama.

2: Terus menerus berada didalam keadaan musafir sehingga tiba waktu salat yang terkemudian.

3: Tidak pula disyaratkan mendahulukan salat yang awal apabila kita mendirikan salat jamak iaitu kita diberi pilihan untuk mendirikan salat Magrib dahulu atau mendirikan salat Isyak dahulu diwaktu Isyak tersebut.

4: Hendaklah salat yang dijamakkan tadi dilakukan secara berturut turut tanpa dipisahkan dengan perkataan, sembahyang sunnat, berwudhuk dan sebagainya.

wallahu 'alamMENJAMAK DUA SHALAT

Dibolehkan seseorang itu merangkap shalat Zhuhur dengan 'Ashar, baik secara taqdim maupun takkhir 1, begitupun dibolehkan menjamak shalat Maghrib dengan 'Isya 2, bila ditemukan salah satu di antara hal-hal berikut:

I. MENJAMAK DI 'ARAFAH DAN MUZDALIFAH:

Para ulamak sependapat bahwa menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar secara taqdim pada waktu Zhuhur di 'Arafah, begitupun antara shalat Maghrib dan 'Ishyak secara takkhir di waktu 'Isyak di Muzdalifah, hukumnya sunat, berpedoman kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

II. MENJAMAK DALAM BEPERGIAN:

Menjamak dua shalat ketika bepergian, pada salahsatu waktu dari kedua shalat itu, menurut sebagian besar para ahli hukumnya boleh, tanpa ada perbedaan, apakah dilakukannya itu sewaktu berhenti, ataukah selagi dalam perjalanan. Diterima dari Mu'adz:

"Bahwa Nabi s.a.w. sewaktu perang Tabuk, selalu menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar bila berangkatnya itu sesudah tergelincimya matahari, tetapi bila berangkatnya itu sebelum matahari tergelincir, maka shalat Zhuhur diundurkan beliau, dan dirangkapnya sekali dengan 'Ashar.

Begitu pula dalam shalat Maghrib, yaitu kalau beliau berangkat sesudah matahari terbenam, dijamaknya Maghrib dengan 'Isya, tetapi kalau berangkatnya itu sebelum matahari, terbenam, diundurkannyalah Maghrib itu sampai waktu 'Isyak dan dijamaknya dengan shalat 'Isya".

(Diriwayatkan oleh Abu Daud serta Turmudzi yang menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits hasan).

Dan dari Kuraib yang diterimanya dari Ibnu 'Abbas, katanya:

"Inginkah tuan-tuan saya ccritakan perihal shalat Rasulullah s.a.w. sewaktu sedang bepergian". Ujar kami: "Baik!" Katanya: "Jika selagi di rumah matahari telah tergelincir, beliau jamaklah shalat Zhuhur dengan 'Ashar sebelum berangkat, tetapi kalau belum lagi tergelincir, maka beliau berjalan, hingga bila nanti waktu 'Ashar masuk, beliaupun berhenti dan menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar.

Begitu juga jika selagi beliau di rumah waktu Maghrib sudah masuk, beliau jamaklah shalat Maghrib itu dengan 'Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, beliau terus saja berangkat dan nanti kalau waktu 'Isyak tiba, beliaupun berhenti untuk menjamak shalat Maghrib dan 'Isyak itu". (Diriwayatkan oleh Ahmad.

Juga diriwayatkan seperti itu oleh Syafi'i dalam Musnadnya, serta ditambahkannya:

"Jika beliau berangkat sebelum matahari tergelincir, diundurkannya shalat Zhuhur, hingga di waktu 'Ashar nanti dirangkapnya shalat Zhuhur dengan 'Ashar".

Juga diriwayatkan oleh Baihaqi dengan isnad yang baik, serta ulasnya:

"Menjamak dua shalat disebabkan bepergian itu adalah suatu hal yang sudah dikenal dan biasa dilakukan di kalangan sahabat dan tabi'in).

Dalam kitab Al-Muwaththak Malik meriwayatkan dari Mu'adz bahwa:

"Pada suatu hari Nabi s.a.w. mengundurkan shalat di-waktu perang Tabuk dan pergi keluar, lalu mengerjakan shalat Zhuhur dan 'Ashar secara jamak; setelah itu beliau masuk, kemudian beliau pergi lagi dan mengerjakan shalat Maghrib dan 'Isya secara jamak pula".

Berkata Syafi'i:

"Kata-kata pergi dan masuk itu menunjukkan bahwa Nabi s.a.w. sedang berhenti".

Sesudah menyebutkan hadits ini, Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berkata:

"Menurut Ibnu Abdil Barr, hadits ini adalah shah dan kuat isnadnya, sedang menurut ahli sejarah. perang Tabuk itu terjadi pada tahun kesembilan Hijriyah.

Dalam hadits ini terdapat suatu keterangan yang tegas dan alasan yang kuat untuk menolak pendapat bahwa menjamak dua shalat itu tidak boleh kecuali bila betul-betul sedang dalam perjalanan. Bukankah Nabi s.a.w. menjamak itu di waktu beliau sedang berhenti, bukan sedang berjalan, bahkan menetap pula dalam perkemahan. Beliau keluar dari tempatnya itu untuk bersembahyang secara jamak, kemudian kembali masuk ke perkemahannya. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya. Dan berpegang pada hadits ini adalah suatu hal yang seharusnya, karena ia merupakan keterangan yang sah dan tegas menetapkan suatu hukum tanpa ada yang menyangkal. Lagi pula harus diingat bahwa menjamak itu adalah suatu rukhsah atau keringanan sewaktu bepergian, hingga tidaklah dikhususkan hanya sedang di waktu berjalan saja seperti halnya mengqashar dan mengusap khuf atau sepatu. Hanya saja lebih utama mentakkhirkan". Sekian.

Mengenai niat, tiadalah jadi syarat dalam menjamak atau mengqashar.

Ibnu Taimiah mcngatakan bahwa ini adalah pendapat jumhur ulama. Katanya lagi:

"Nabi s.a.w. ketika bersembahyang jamak dan qashar, tiadalah memerintahkan kepada sahabat-sahabatnya supaya berniat jamak atau qashar. Tapi yang jelas ialah bahwa beliau berangkat dari Madinah ke Mekah dengan mengerjakan shalat dua rakaat tanpa dijamak, kemudian beliau bersembahyang Zhuhur, di 'Arafah dan tidak memberitahukan akan dilakukannya pula shalat 'Ashar sesudah Zhuhur itu, hanya langsung dikerjakannya shalat 'Ashar bersama para sahabat.

Dengan demikian mereka tidaklah berniat untuk menjamak, padahal ini adalah jamak taqdim.

Juga ketika berangkat dari Madinah, beliau bersembahyang dengan para sahabat di Dzulhulaifah dua rakaat 'Ashar dan tidak menyuruh mereka meniatkan qashar".

Dan mengenai keharusan dilakukannya kedua shalat yang dijamak itu secara berturut-turut, maka katanya:

"Yang benar ialah bahwa ini tidak menjadi syarat, baik di waktu yang pertama maupun yang kedua, sebab hal itu tak ada ketentuannya dari syarak. Lagi pula menjaga agar berturut-turut itu mcnghalangi tercapainya rukhsah atau keringanan yang dimaksud oleh agama".

Dan berkata Syafi'i:

"Jika seseorang bersembahyang Maghrib di rumahnya dengan niat menjamak, kemudian ia pergi ke mesjid melakukan shalat 'Isyak itu juga boleh".

Dikabarkan bahwa Imam Ahmad juga berpendapat seperti itu

III.MENJAMAK DI WAKTU HUJAN:

Dalam Sunannya, Al-Atsram meriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdurrahman, katanya:

"Termasuk sunnah Nabi s.a.w., menjamak shalat Maghrib dengan isya , apabila had hujan lebat".

Dan Bukhari meriwayatkan pula bahwa:

"Nabi s.a.w. menjamak shalat Maghrib dan 'Isyak di suatu malam yang berhujan lebat".

Kesimpulan pendapat madzhab-madzhab mengenai soal ini ialah sbb.:

Golongan Syafl'i membolehkan seseorang mukim menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar dan Maghrib dengan 'Isyak secara taqdim saja, dengan syarat adanya hujan ketika membaca takbiratul ihram dalam shalat yang pertama sampai selesai, dan hujan masih turun ketika memulai shalat yang kedua.

Menurut Maliki, boleh menjamak taqdim dalam mesjid antara Maghrib dengan 'Isyak disebabkan adanya hujan yang telah atau akan turun, juga boleh di kerjakan karena banyak lumpur di tengah jalan dan malam sangat gelap, hingga menyukarkan orang buat memakai terompah. Menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar karena hujan ini, dimakruhkan.

Golongan Hanbali berpendapat bahwa boleh menjamak Maghrib dengan 'Isyak saja, baik secara taqdim atau takkhir, disebabkan adanya salju, lumpur, dingin yang amat sangat serta hujan yang mem-basahkan pakaian. Keringanan ini hanya khusus bagi orang yang bersembahyang jaina'ah di mesjid yang datang dari tempat yang jauh, hingga dengan adanya hujan dsb. itu terhalang dalam per-jalanan. Bagi orang yang rumahnya di dekat mesjid atau yang bersembahyang jama'ah di rumah saja, atau ia dapat pergi ke mesjid dengan melindungi tubuh, maka tidak boleh menjamak.

IV.MENJAMAK SEBAB SAKIT ATAU UDZUR:

Imam Ahmad, qadhi Husein, Al-Khaththabi dan Al-Mutawalli dari golongan Syafi'i membolehkan menjamak. baik takdim atau takkhir disebabkan sakit, dengan alasan karena kesukaran di waktu itu lebih besar dari kesukaran di waktu hujan.

Berkata Nawawi:

"Dari segi alasan, pendapat ini adalah kuat".

Dan dalam buku Al-Mughni tersebut bahwa sakit yang membolehkan jamak itu ialah seandainya shalat-shakit itu dikerjakan pada waktu masing-masing akan menyebabkan kesulitan dan lemahnya badan.

Ulama-ulama Hambali memperluas keringanan ini, hingga menurut mereka boleh pula menjamak baik takdim atau takkhir karena pelbagai macam halangan dan juga sedang dalam ketakutan. Mereka bolehkan orang yang sedang menyusui bila sukar untuknya buat mencuci kain setiap hendak bersembahyang. Juga untuk wanita-wanita yang sedang istihadhah, orang yang ditimpa silsalatul baul (kencing berkepanjangan), orang yang tidak dapat bersuci, yang menguatirkan bahaya bagi dirinya pribadi, bagi harta dan kehormatannya, juga bagi orang yang takut mendapatkan rintangan dalam mata pencaharian sekiranya ia meninggalkan jamak.

Berkata Ibnu Taimiyah:

"Madzhab yang paling luas dalam masalah jamak ini ialah madzhab Ahmad, sebab ia membolehkan menjamak bagi seseorang yang sedang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nasa'i yang marfu' -bersumber- kepada Nabi s.a.w., sampai-sampai dibolehkannya pula menjamak bagi juru masak atau pembuat roti dan orang-orang lainnya yang takut hartanya menjadi rusak".

V MENJAMAK SEBAB ADA KEPERLUAN:

Dalam syarah Muslim Nawawi berkata:

"Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila ia ada suatu kepentingan, asal saja hal itu tidak dijadikannya kebiasaan".

Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asy-hab dari golongan Maliki, dan menurut Al-Khaththabi juga pendapat Qaffal dan Asy-Syasyil Kabir dari golongan Syafi'I, juga dari Ishak Marwazi dan dari jema'ah ahli hadits, serta inilah pula yang dipilih oleh Ibnuul Mundzir.

Hal ini dikuatkan oleh lahirnya ucapan Ibnu 'Abbas bahwa jamak itu dimaksudkan agar tidak menyukarkan umat, jadi tidak dijelaskan apakah karena sakit atau sebab-sebab lainnya.

Hadits Ibnu 'Abbas yang dimaksudkan itu ialah yang diriwayatkan oleh Muslim, katanya:

"Rasulullah s.a.w. pernah menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar serta Maghrib dan 'Isyak di Madinah, bukan karena dalam ketakutan atau hujan". Lalu ditanyakan orang kepada Ibnu 'Abbas: "Kenapa Nabi s.a.w. berbuat itu?" Ujarnya: "Maksudnya ialah agar beliau tidak menvukarkan umatnya".

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Ibnu 'Abbas bahwa:

"Nabi s.a.w. bersembahyang di Madinah sebanyak tujuh dan delapan raka'at yakni masing-masing menjamak Dhuhur dan 'Ashar serta Maghrib dan 'Isyak."

Sementara itu Muslim meriwayatkan pula dari Abdullah bin Sya-qiq, katanya:

"Pada suatu hari, yakni sesudah shalat 'Ashar, Ibnu Abbas mengucapkan pidato kepada kami sampai matahari terbenam dan bintang-bintangpun mulai tampak.

Orang-orang sama berkata: "Shalat, shalat!" Kemudian ada seorang dari Bani Tamim berdiri dan tak henti-hentinya mengatakan: "Shalat, shalat!" Ibnu Abbas lalu berkata: "Keparat! Apa-kah kamu hendak mengajarkan sunnah Nabi s.a.w. kepadaku? Saya mengetahui sendiri bahwa Rasulullah s.a.w. menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar serta Maghrib dan 'Isyak." Selanjutnya kata Abdullah bin Syaqiq: "Keterangan Ibnu Abbas itu masih terguris-guris dalam hatiku, oleh karena itu saya datangi Abu Hurairah untuk menanyakannya, maka Abu Hurairahpun membenarkan keterangan Ibnu Abbas itu."

1). Jamak taqdim ialah mengerjakan dua buah shalat pada waktu shalul pertama (dimajukan), sedang jamak takkhir rnengerjakannya pada waktu shalat kedua (diundurkan).

2). Tak ada pertikaian di antara para ulama bahwa tak dapat dijamak kecuali di antara shalat Zhuhur dengan 'Ashar atau antara Maghrib dengan 'Isyak.

Dari Fiqh Sunnah Syed SabiqJamak Dua Sembahyang (Melakukan Dua Sembahyang dalam Satu Waktu)

Pensyari'atan Jamak

Menurut pendapat jumhur selain ulamak Hanafi,1435 diharuskan Jamak Takdim sembahyang Zuhur dengan sembahyang Asar di dalam waktu Zuhur atau Jamak Takkhir di dalam waktu Asar, dan sembahyang Jumaat
sama seperti sembahyang Zuhur di dalam Jamak Takdim, begitu juga Jamak Takdim serta Jamak Takkhir sembahyang Maghrib dengan Isya' di dalam musafir yang jauh (89 kilometer) sebagaimana qasar.

Sembahyang yang dijamakkan ialah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya' di dalam salah satu waktu daripada kedua-duanya jamak yang dilakukan di dalam waktu pertama (Zuhur atau Maghrib) dipanggil Jamak Takdim, sementara jamak yang dilakukan di dalam waktu kedua (Asar atau Isya') dipanggil Jamak Takkhir.

Walau bagaimanapun lebih afdal tidak dilakukan jamak untuk mengelakkan daripada khilqf (perselisihan pendapat), dan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya secara berterusan, sekiranyadiutamakanjamak nescaya Baginda melakukannya secara berterusan sebagaimana qasar.

Dalil yang mensyari'atkan Jamak Takkhir ialah Hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Anas dan Ibn Umar r.a.

Hadith pertama, Anas meriwayatkan:

Terjemahan:

Apabila Rasiuullah s.a.w. berangkat(untukmusafir) sebelum gelincir matahari (sebelum masuk waktu Zuhur), maka Baginda melewatkan sembahyang Zuhur ke dalam waktuAsar, kemudian singgah di suatu tempat dan melakukanjamak kedua-dua sembahyang itu. Jika gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) sebelum berangkat, maka dilakukan sembahyang Zuhur dan kemudian berangkat.

Hadith riwayat Ibn Umar ialah:

Terjemahan:

Beliau diminta menolong beberapa keluarganya, lalu beliau berjalan dengan tergesa-gesa, maka dilewatkan sembahyang Maghrib sehingga hilang shqfaq (cahaya merah di ufuk setelah masuk Maghrib), kemudian beliau berhenti di suatu tempat dan melakukan sembahyang Jamak Maghrib dan Isya', kemudian beliau memberitahu orang ramai bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan sedemikian apabila berjalan dengan tergesa.

Dalil Jamak Takdim; Hadith Sahih daripada Mu'adh bin Jabal:

Terjemahan:

Bahawa Nabi s.a.w. ketika Peperangan Tabuk, apabila Baginda berjalan selepas Maghrib disegerakan sembahyang Isya', maka dilakukan sembahyang Isya' dengan Maghrib.1438

Menurut pendapat ulamak Hanafi,1439 tidak diharuskan Jamak kecuali pada hari Arafah bagi orang yang berihram haji, iaitu dengan menjamak-kan sembahyang Zuhur dengan Asar di dalam waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamah, kerana sembahyang Asar dilakukan sebelum masuk waktunya maka hendaklah diasingkan dengan iqamah lain sebagai me-maklumkan kepada orang ramai.

Dan tidak diharuskan Jamak Takkhir kecuali pada malam Muzdalifah, iaitu dengan menjamakkan sembahyang Maghrib dengan Isya' dengan satu azan dan satu iqamah kerana Isya' dilakukan di dalam waktunya maka tidak perlu dimaklumkan.

Mereka menghujahkan waktu-waktu sembahyang telah sabit secara mutawatir (Hadith Mutawdtir), maka tidak boleh ditinggalkannya dengan Hadith Ahad. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan Hadith Ibn Mas'ud:

Terjemahan:

Demi Yang tiada tuhan melainkan-Nya, Rasulullahs.a.w.tMak menunaikan sembahyang kecuali di dalam waktunya, melainkan dua sembahyang sahqja iaitu jamak di antara Zuhur dengan Asar di Arafah dan di antara Maghrib dengan Isya' di Muzdalifah.

Yang sebenamya harus melakukan jamak kerana sabit dengan Sunnah, dan Sunnah adalah sumber syari'at sebagaimana juga al-Qur'an.

Sebab Jamak dan Syarat

Ahli-ahli fiqh mengharuskan Jamak Takdim dan Takkhir sepakat tentang keharusannya di dalam tiga keadaan iaitu semasa musafir, hujan termasuk salji dan sejuk, dan jamak di Arafah dan Muzdalifah. Tetapi mereka ber-selisih pendapat dalam keadaan lain dan juga tentang syarat sah jama*.

Ulamak Maliki

Enam sebab untuk melakukan JamakTakdim dan Takkhir bagi sembahyang Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya' iaitu bermusafir, hujan, tanah becak serta gelap, sakit seperti pitam dan seumpamanya, jamak di Arafah dan di Muzdalifah. Semua itu mengharuskan jamak bagi orang le-laki dan perempuan, kecuali jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah sunat. Diharuskan jamak secara mutlak semasa bermusafir, sama ada musafir yang jauh atau dekat tetapi di dalam jarak yang boleh diqasarkan sembahyang, dan bermusafir itu hendaklah di darat bukan di lautan, bagi membataskan kepada keringanan yang dinyatakan di dalam nasnya, dan orang musafir itu tidak melakukan maksiat dengan musaflrnya dan bermusafir bukan kerana berhibur.

Dua syarat bagi mengharuskan Jamak Takdim semasa musafir:

1. Masuk waktu Zuhur ketika berada di mana-mana tempat persinggahan untuk berihat dan dia dalam keadaan bermusafir.

2. Berniat untuk berlepas sebelum waktu Asar dan singgah di suatu tempat untuk berehat setelah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib).

Jika berniat untuk berehat sebelum matahari menguning maka hendaklah melakukan sembahyang Zuhur sahaja dan wajib melewatkan sembahyang Asar di dalam waktu ikhtiydmya. Walau bagaimanapun jika dijamak Takdimkan sembahyang Asar dengan Zuhur tersebut maka hu-kumnya sah.

Jika berniat untuk berehat selepas matahari menguning dan sebelum tenggelam matahari (sebelum masuk waktu Maghrib), maka hendaklah dilakukan sembahyang Zuhur di dalam waktunya, dan memilih mana-mana waktu untuk melakukan sembahyang Asar sama ada melakukan Jamak Takdim dengan sembahyang Zuhur (di dalam waktu Zuhur) atau menangguhkannya ke dalam waktunya setelah berhenti untuk rehat nanti.

Apabila masuk waktu Zuhur ketika berjalan, jika berniat untuk berehat sewaktu matahari menguning atau sebelumnya maka hendaklah dijamak Takkhirkan Zuhur dengan Asar di dalam waktu Asar. Jika berniat untuk berehat selepas Maghrib maka hendaklah dilakukan jamak dari segi bentuk iaitu melakukan sembahyang Zuhur pada akhir waktu pilihannya dan sembahyang Asar pada awal waktu pilihannya.

Hukum sembahyang Maghrib dengan Isya' sama seperti hukum sembahyang Zuhur dengan Asar juga. Apa yang perlu diambil perhatian bahawa tenggelam matahari bagi waktu Maghrib sama seperti gelincir matahari bagi waktu Zuhur dan terbit matahari bagi waktu Subuh sama seperti tenggelam matahari bagi waktu Maghrib, dan permulaan waktu dua per tiga terakhir malam bagi waktu Isya' sama seperti menguning matahari bagi waktu Asar.

Sakit seperti sakit perut dan Iain-lain lagi diharuskan jamak dari segi bentuk (jamak siiri), iaitu melakukan sembahyang fardu pertama (Zuhur atau Maghrib) pada akhir waktunya (waktu pilihannya) dan sembahyang fardu kedua (Asar atau Isya') pada awal waktunya (waktu pilihannya). Faedah daripada melakukan sedemikian ialah tidak dihukum makruh. Orang yang sihat boleh juga melakukan jamak sedemikian tetapi makruh.

Seseorang yang bimbang akan pitam atau sakit kepala atau demam apabila masuk waktu sembahyang yang kedua (Asar atau Isya') maka dia diharuskan Jamak Takdim menurut pendapat yang Rqjih.

Kesimpulan: Orang sakit diharuskan jamakjika bimbang akan hilang akal atau jika jamak itu lebih meringankannya dan jamak itu dilakukan dalam waktu pertama (Jamak Takdim).

Hujan, sejuk atau salji, atau tanah becak berserta gelap (sedang ber-laku atau dijangka akan berlaku); diharuskan Jamak Takdim sahaja bagi seseorang yang bersembahyang Maghrib dan Isya' secara berjamakah di masjid jika hujan turun dengan lebat yang menyebabkan orang ramai terpaksa menutup kepala mereka, atau tanah yang sangat becak yang menghalang orang ramai daripada memakai kasut. Tidak diharuskan jamak kecuali tanah becak berserta dengan gelap sekali. Jika salah satu sahaja maka tidak diharuskan jamak.

Jika berhenti hujan setelah mula sembahyang jamak, maka harus diteruskannya.

Menurut pendapatyang Masyhur, jamak tersebut hendaklah dilakukan dengan azan dan iqamah bagi setiap sembahyang iaitu azan pertama dilakukan di atas menara bagi sembahyang Maghrib dengan suara yang kuat, dan azan kedua dengan suara rendah dilakukan di dalam masjid, bukan di atas menara, bagi sembahyang Isya'. Sunat dilewatkan sembahyang Maghrib selepas azan sekadar tiga raka'at, kemudian semua orang yang bersembahyang hendaklah beredar dari masjid tanpa melakukan sembahyang sunat di dalam masjid kerana sembahyang pada ketika itu adalah makruh, maka tidak harus melakukan sembahyang sunat selepas jamak di masjid, dan tidak boleh melakukan sembahyang witir sehingga hilang shqfaq (cahaya merah yang timbul di ufuq setelah tenggelam mata-hari sehingga hampir Isya').

Makruh melakukan sembahyang sunat di antara dua sembahyang yang dijamakkan. Tetapi jika dilakukan juga, ia tidak menghalangkan daripada kesahihan sembahyang jamak tersebut. Tidak harus jamak tersebut bagi jiran masjid sekalipun sakit yang menyusahkannya keluar ke masjid dan juga bagi orang perempuan yang tidak bimbang akan meninggalkan fitnah dengan sebab keluar ke masjid.

Tidak harus bagi seseorang yang sembahyang berseorangan di masjid melakukan jamak, kecuali jika dia merupakan imam giliran waktu itu dan mempunyai rumah sendiri, maka imam tersebut harus melakukan jamak berseorangan dengan niat jamak dan juga sebagai imam kerana ia dikira sebagai jamakah.

Niat jamak wajib dilakukan pada sembahyang yang pertama sebagai-raana niat menjadi imam.

Ahli-ahli fiqh sependapat mengatakan bahawa jamak pada musim haji adalah sunat, maka sunat bagi seseorang yang mengerjakan ibadah haji melakukan Jamak Takdim sembahyang Zuhur dengan Asar di Arafah, sama ada dia daripada kalangan penduduk Arafah atau penduduk tempat lain tetapi di dalam kawasan pekerjaan haji seperti Mina dan Muzdalifah, atau penduduk dari pelusuk alam. Diqasarkan sembahyang bagi seseorang yang bukan penduduk Arafah sebagai mengikut Sunnah sekalipun tidak sampai jarak qasar.

Sunat bagi orang yang mengerjakan haji melakukan sembahyang Maghrib dan Isya' secara Jamak Takkhir di Muzdalifah, dan sunat bagi bukan penduduk Muzdalifah mengqasarkan sembahyang Isya'. Kerana menurut kaedah, jamak adalah sunat bagi semua orang yang mengerjakan ibadah haji. Dan sembahyang qasar dikhususkan bagi bukan penduduk Arafah dan Muzdalifah.

Ulamak Syafi'i

Diharuskan jamak hanya semasa bermusafir, hujan, haji di Arafah dan Muzdalifah.

Jamak kerana hujan atau salji dan sejuk yang bersangatan: Menurut pendapat yang al-azhar harus dilakukan Jamak Takdim bagi orang yang bersembahyang secara berjamakah di masjid yang terletak jauh dan meng-alami kemudaratan kerana hujan di dalam perjalanannya. Menurut pendapat baru Syafi'i (qawljadid) ditegah melakukan Jamak Takkhir dalam keadaan tersebut kerana hujan tidak diyakini akan berterusan, mungkin berhenti, oleh itu jika dilakukan Jamak Takkhir menyebabkan terkeluar waktu sembahyang tanpa keuzuran.

Dalil mereka yang mengatakan harus Jamak Takdim ialah terdapat Hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim riwayat Ibn Abbas:

Terjemahan:

Rasulullah s.a.w. menunaikan sembahyang Zuhur dengan Asar secara jamak dan Maghrib dengan Isya' secara jamak bersama-sama kami di Madinah.

Riwayat di dalam Muslim pula menambah:

Terjemahan:

Bukan kerana takut dan bukan kerana musqfir.

Syarat yang mengharuskan sembahyang Jamak Takdim ialah hujan turun sewaktu memberi salam sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib) dan berterusan hujan kepada bahagian pertama sembahyang kedua (Asar atau Isya'), oleh itu hujan mestilah berterusan di antara kedua-dua sembahyang, tetapi tidak membatalkan keharusan itu jika hujan berhenti pada masa lain.

Diharuskan Jamak Takdim antara Asar dengan Jumaat kerana hujan, sekalipun tiada hujan sewaktu imam membaca khutbah, kerana khut-bah bukan sebahagian daripada sembahyang.

Menurut pendapat yang masyhur di dalam mazhab ini, tidak diharuskan jamak sembahyang kerana tanah becak, angin, gelap dan sakit berdasarkan Hadith mengenai waktu-waktu sembahyang, dan tidak boleh melang-gar tegahan itu kecuali berdasarkan nas yang jelas. Kerana Nabi s.a.w. selalu sakit, tetapi tiada nas yang jelas meriwayatkan Baginda melakukan sembahyang jamak kerana sakit itu. Dan orang lemah yang mana rumah-nya terletak sangat jauh dari masjid, tidak juga diharuskan jamak, sedang-kan jelas terdapat kesulitan, maka begitu juga dengan orang sakit.

Sunat dilakukan Jamak Takdim bagi orang yang mengerjakan haji semasa di Arafah dan Jamak Takkhir semasa di Muzdalifah sebagaimana pendapat ulamak Maliki.
Diharuskan sembahyang Jamak Takdim dan Jamak Takkhir kerana bermusafir sekiranya musafir yang jauh sebagaimana dalam perbincangan mengenai sembahyang qasar.

Enam Syarat untuk Melakukan Jamak Takdim

1.Niat jamak, iaitu melakukan niat Jamak Takdim pada awal sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib), walau bagaimanapun harus dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) sembahyang pertama se-kalipun semasa memberi salam menurut pendapat yang al-azhar.

2.Bertertib iaitu memulakan dengan sembahyang yang pertama iaitu sembahyang bagi waktu itu (Zuhur atau Maghrib), kemudian diikuti dengan sembahyang yang kedua (Asar atau Isya'), kerana waktu sembahyang Jamak Takdim adalah bagi sembahyang pertama (Zuhur dan Maghrib). Sedangkan sembahyang yang kedua (Asar atau Isya') adalah sebagai peng-ikut bagi sembahyang yang pertama, maka mestilah didahulukan sembahyang yang diikuti (sembahyang yang pertama). Oleh itu jika dilakukan sembahyang kedua-duanya dengan mendahulukan sembahyang yang pertama, tiba-tiba ternyata batal sembahyang yang pertama kerana tidak sem-purna syarat atau rukuknya, maka terbatal juga sembahyang yang kedua, kerana syarat sembahyang yang kedua tidak sempurna sejak permulaan lagi iaitu dengan sembahyangyangpertama, walaupun begitu sembahyang yang kedua menjadi sembahyang sunat menurut pendapat yang sahih.

3. Bermuwalat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama, kerana jamak menjadikan kedua-dua sembahyang tersebut sebagai satu sembahyang, maka mestilah bersambung-sambung di antara kedua-duanya seperti raka'at-raka'at sembahyang, dan tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya sebagaimana tidak boleh dipisahkan di antara raka'at-raka'at di dalam satu sembahyang.

Kalau dipisahkan di antara kedua-dua sembahyang tersebut oleh pisahan yang lama sekalipun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam, maka terbatal jamak dan wajib ditundakan sembahyang yang kedua kepada waktunya sendiri, kerana tidak memenuhi syarat jamak. Tetapi kalau dipisahkan oleh pisahan yang sekejap maka tidak terbatal jamak seperti dipisahkan oleh azan, iqamah dan bersuci, berdasarkan Hadith riwayat Usamah di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim:

Terjemahan:

Bahawa Nabi s.a.w. ketika melakukan jamak di Namirah diiqamahkan sembahyang di antara kedua-dua sembahyang.

Ukuran lama sekejap pisahan adalah menurut kebiasaan kerana tiada ketetapan syara' dan juga bahasa.
Orangyang bertayammum boleh melakukan jamak di antara dua sembahyang menurut pendapat yang sahih sama seperti orang yang berwu-du'. Tidak merosakkan jamak jika terpisah antara dua sembahyang kerana mendapatkan sedikit air untuk berwudu' kerana perbuatan itu adalah keperluan sembahyang sebagaimana iqamah, malah lebih awld lagi kerana wudu' adalah syarat sah sembahyang tetapi iqamah bukan syarat.

Perlu diperhatikan bahawa ketiga-tiga syarat (niat jamak, bertertib dan bermuwalat) tidak diwajibkan di dalam Jamak Takkhir menurut pendapat yang sahih.

4. Berterusan sifat musafir sehingga takbiratul-ihrdm. bagi sembahyang yang kedua, sekalipun terhenti musafir semasa sembahyang yang kedua tidak lama selepas takbiratul-ihrdm itu. Tetapi jika terhenti musafir se-belum memulakan sembahyang yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu sembahyang yang pertama dengan yakln sehingga men-dirikan sembahyang yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang lebih kuat) bahawa sembahyang yang pertama itu sah. Jika dilakukan jamak antara Asar dengan Jumaat pada suatu kawasan yang berbilang tempat sembahyang Jumaat tanpa keperluan dan ragu-ragu mana tempat sembahyang yang terdahulu atau serentak maka tidak sah jamak Asar dengan Jumaat itu secara Jamak Takdim.

Dua Syarat untuk Melakukan Jamak Takkhir

1. Niat Jamak Takkhir sebelum habis waktu sembahyang yang pertama, sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu raka'at sahaja, iaitu bila dimulakan sembahyang di dalam waktu itu nescaya dikira sebagai sembahyang tunai. Jika kurang daripada kadar masa itu maka dikira sebagai penderhaka dan sembahyangnya dikira sebagai qada'. Dalil yang mensyaratkan niat adalah kerana kadang-kadang ditangguhkan sembahyang kerana jamak (Jamak Takkhir) dan kadang-kadang kerana lain, oleh itu memerlukan niat untuk membezakan Jamak Takkhir yang di-haruskan dengan perkara lain.

2. Berterusan sifat musafir sehingga selesai sembahyang yang kedua. Jika tidak berterusan sehingga selesainya, seperti bermukim sekalipun semasa sembahyang yang kedua itu, maka sembahyang yang pertama (Zuhur atau Maghrib) menjadi sembahyang qada' kerana ia adalah peng-ikut bagi sembahyang yang kedua dari segi tunai kerana keuzuran, se-dangkan keuzuran itu tel&h hilang sebelum selesai.

Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi sembahyang yang kedua adalah waktu bagi sembahyang yang pertama, oleh itu boleh didahulu-kan mana-mana sembahyang (sama ada sembahyang yang pertama atau sembahyang yang kedua). Muwaldt juga tidak menjadi wajib kerana sembahyang yang pertama dan sembahyang yang kedua boleh dipisah-kan sama seperti sembahyang luput dan sembahyang hadir. Tertib dan muwaldt adalah sunat bukan syarat.

Perkara Sunat Sembahyang

Apabila dijamakkan Zuhur dengan Asar, didahulukan sembahyang Sunat Zuhur yang sebelumnya dan boleh juga dikemudiankan, sama ada Jamak Takdim atau Takkhir dan jika dilakukan Jamak Takkhir maka boleh juga dilakukan sembahyang Sunat Zuhur itu di antara kedua-duanya, sama ada didahulukan Zuhur atau Asar. Apabila dijamakkan Maghrib dengan Isya', dikemudiankan sembahyang sunat bagi kedua-duanya, dan boleh juga dilakukan sembahyang Sunat Maghrib di antara kedua-duanya jika Jamak Takkhir dan mendahulukan Maghrib, dan dilakukan sembahyang Sunat Isya' di antaranya jika dilakukan Jamak Takkhir dan mendahulukan Isya'. Selain itu tidak diharuskan.

Ulamak Hanbali

Diharuskan Jamak Takdim dan Takkhir dalam lapan keadaan.

1. Musafir yang jauh yang mengharuskan qasar sembahyang, iaitu musafir yang bukan haram dan bukan makruh. Jarak musafir adalah sejauh dua hari kerana jamak adalah untuk mengelakkan daripada kesulitan semasa musafir dan dikhususkan bagi musafir yang jauh sebagaimana qasar dan menyapu Khuftiga hari.

2. Sakit yang menyebabkan kesulitan dan bertambah sakit jika tidak dilakukan jamak kerana Nabi s.a.w.:

Terjemahan:

Melakukan jamak bukan kerana takut dan bukan kerana hujan.

Dan menurut riwayat lain:

Terjemahan:

Bukan kerana takut dan bukan kerana musafir.

Oleh itu tiada keuzuran lain kecuali sakit sahaja. Alasan Ahmad Ibn Hanbal bahawa sakit lebih berat daripada musafir, dan pesakit boleh memilih sama ada melakukan Jamak Takdim atau Takkhir sebagaimana orang musafir, dan jika sama saja baginya maka Jamak Takkhir lebih awld.

3. Menyusui anak; diharuskan jamak bagi seseorang penyusu (murdi). Keharusan itu diberikan kerana kesulitan mencuci najis setiap kali sembahyang sebagaimana pesakit.

4. Tiada upaya untuk bersuci dengan air atau tayammum pada setiap kali sembahyang, maka diharuskan jamak untuk mengelakkan kesulitan kerana orang itu sama sepertl orang musafir dan pesakit.

5. Tidak terdaya untuk mengetahui waktu sembahyang, maka diharuskan jamak sebagaimana orang buta.

6. Darah istihadah atau seumpamanya; diharuskan jamak bagi pe-rempuan beristihadah Mustahddah dan seumpamanya, seperti seseorang yang dedas atau rasa tidak puas keluar mazi atau selalu berdarah hidung dan seumpamanya. Ini berdasarkan Hadith Hamnah yang telah disebut-kan sebelum ini, apabila dia bertanya kepada Nabi s.a.w. mengenai darah istihadah; Baginda bersabda:

Terjemahan:

Jika kamu terdaya menangguhkan sembahyang Zuhur dan mencepatkan sembahyang Asar, maka mandilah danjamakkan kedua-dua sembahyang tersebut, dan lakukanlah.li44 Bagi orang yang dedas dan seumpamanya adalah sama hukumnya.

7 dan 8. Uzur dan terlalu sibuk; diharuskan jamak bagi seseorang yang terlalu sibuk, atau uzur yang mengharuskan
meninggalkan sembahyang Jumaat dan sembahyang jamakah seperti bimbang terhadap keselamatan dirinya, isterinya atau hartanya, atau memudaratkan kehidupannya jika tidak melakukan jamak dan seumpamanya. Jalan keluar ini diambil oleh pekerja-pekerja dan pemilik-pemilik ladang untuk menyiram tanaman pada waktu pusingan.

Jamak kerana hujan diharuskan bagi sembahyang Maghrib dan Isya', sebagaimana pendapat ulamak Maliki, berdasarkan riwayat Abu Salmah bin 'Abdul Rahman:

Terjemahan:

Melakukan jamak di antara Maghrib dan Isya' pada hari hujan adalah satu perbuatan Sunnah.1445

Ini adalah daripada Sunnah Rasulullah s.a.w.

Tetapi tidak diharuskan jamak di antara Zuhur dengan Asar kerana hujan, berdasarkan riwayat Abu Salmah tadi kerana tidak disebut kecuali Maghrib dan Isya' sahaja. Jamak kerana hujan adalah dalam waktu per-tama (Jamak Takdim) berdasarkan amalan ulamak Salqf kerana jika di-tangguhkan sembahyang pertama kepada waktu sembahyang yang kedua menyebabkan ada kesulitan dan meninggalkan masjid dalam keadaan gelap, atau menyebabkan lama menunggu di dalam masjid sehingga masuk waktu Isya'. Tetapi diharuskan memilih Jamak Takkhir. Hujan yang meng-haruskan jamak ialah hujan yang membasahkan pakaian dan menyebabkan kesulitan jika keluar ke tengah hujan.

Dalam keadaan tersebut, salji dan sejuk adalah sama seperti hujan. Adapun gerimis dan hujan yang kurang lebat yang tidak membasahkan pakaian, tidak diharuskan jamak.

Tanah becak sahaja adalah suatu keuzuran menurut pendapat yang asah, kerana kesulitan disebabkan oleh tanah becak terkena pada selipar dan pakaian sebagaimana juga kesulitan disebabkan oleh hujan kerana tanah becak mengotori pakaian dan selipar, dan membolehkan orang tergelincir, maka ini memudaratkan tubuh badan dan pakaiannya, dan ini lebih berat daripada basah.

Menurut pendapat yang asah, dalam keadaan angin kuat pada waktu malam yang gelap dan sejuk, diharuskan jamak kerana keadaan tersebut juga menjadi keuzuran bagi sembahyang Jumaat dan jamakah. Nafi' me-riwayatkan daripada Ibn Umar:

Terjemahan:

Rasulullah s.a.w. telah memanggil orang yang menyeru pada malam yang hujan atau malam yang sejuk dan berangin, "Tunai-kanlah sembahyang di kediaman kamu.'

Semua keuzuran tersebut mengharuskan Jamak Takdim dan Takkhir, termasuk juga bagi orang yang bersembahyang di rumahnya atau bersembahyang di masjid, sekalipun jalan masjid itu beratap. Begitu juga bagi orang yang tinggal di masjid dan seumpamanya seperti orang yang tinggal di rumah yang terletak beberapa langkah sahaja dari masjid, sekalipun tiada kesulitan kecuali sedikit sahaja.

Lebih afdal bagi seseorang yang diharuskan Jamak Takdim atau Takkhir, memilih yang lebih manfaat kepadanya di antara kedua-dua jenis jamak tersebut. Ini berdasarkan Hadith riwayat Mu'adh yang telah disebutkan sebelum ini, yang terkandung di dalamnya perkara memilih antara Jamak Takdim dengan Takkhir menurut keperluannya,1447 Malik me-riwayatkan daripada Mu'adh:

Terjemahan:

Pada suatu hari di dalam Peperangan Tabuk, Nabi s.a.w. menangguhkan sembahyang, kemudian Baginda keluar dan melakukan sembahyang Zuhur dan Asar sekali, kemudian masuk dan kemudian keluar serta melakukan sembahyang Maghrib dan Isya' sekali.1'148

Tetapi jika sama manfaatnya maka Jamak Takkhir lebih awld kerana ia lebih waspada dan hampir kepada keyakinan, dan terhindar dari per-tikaian pendapat, dan sebagai beramal dengan semua Hadith. Jamak yang dilakukan semasa menunaikan ibadahkan haji ialah Jamak Takdim di antara Zuhur dan Asar di Arafah dan Jamak Takkhir di antara Maghrib dan Isya' di Muzdalifah. Ini berdasarkan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian kerana di dalam waktu Asar di Arafah Baginda menumpu kepada doa dan di dalam waktu Maghrib sibuk berjalan menuju ke Muzdalifah.

Syarat sah Jamak Takdim dan Takkhir ialah menjaga tertib antara sembahyang-sembahyang; mendahulukan sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib) daripada sembahyang kedua (Asar atau Isya'). Syarat tertib tidak tergugur dengan sebab terlupa menurut pendapat yang sahih dalam mazhab ini, sebagaimana gugur dalam masalah qada'.

Selain syarat tersebut terdapat empat syarat bagi sah Jamak Takdim.

1. Melakukan niat jamak semasa takbiratui-ihrdm bagi sembahyang pertama, berdasarkan Hadith:
.
Terjemahan:

Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat.

2.Muwalat, kedua-duanya tidak boleh diputuskan kecuali iqamah dan wudu' yang ringkas kerana maksud jamak ialah berterusan dan ber-sambungan. Maksud tersebut tidak tercapai jika lama terputus. Tetapi putus yang sekejap adalah perkara ringan dan dimaafkan, dan iqamah serta wudu' adalah untuk kepentingan sembahyang.

3. Ada keuzuran yang mengharuskan jamak, iaitu musafir atau sakit atau seumpamanya semasa memulakan kedua-dua sembahyang dan semasa memberi salam pada sembahyang yang pertama kerana permulaan sembahyang yang pertama adalah tempat niat dan tempat melakukannya, dan permulaan sembahyang yang kedua adalah tempat jamak, oleh itu jika berhenti hujan dan tidak terdapat becak di tanah selepas hujan sebelum permulaan sembahyang yang kedua, maka terbatal jamak.

4. Berterusan keuzuran sehingga selesai sembahyang yang kedua ada-* lah syarat yang mengharuskan jamak kerana musafir dan sakit; jika terputus musafir sebelum selesai sembahyang yang kedua maka terbatal jamak. Tetapi tidak disyaratkan berterusan keuzuran hingga selesai sembahyang yang kedua dalam kes jamak kerana hujan dan seumpamanya, seperti salji dan sejuk sekalipun terdapat becak di tanah.

Dua syarat bagi sah Jamak Takkhir:

1. Melakukan niat jamak dalam waktu sembahyang yang pertama selagi waktu itu cukup untuk melakukannya. Jika tidak cukup waktu sembahyang yang pertama untuk melakukannya, maka tidak sah jamak kerana melewatkannya hingga tidak cukup waktu untuk melakukannya adalah haram dan berdosa.

2. Berterusan uzur sehingga masuk waktu sembahyang yang kedua kerana sebab yang mengharuskan jamak ialah keuzuran. Jika tidak berterusan, maka tidak harus jamak kerana hilang sebab yang meng-haruskannya seperti pesakit sembuh daripada sakit, orang musafir kem-bali daripada musafirnya dan hujan berhenti. Tetapi jika hilang keuzuran setelah masuk waktu sembahyang yang kedua, maka ia tidak memberi kesan kerana kedua-dua sembahyang itu tetap menjadi wajib di atas tang-gungannya dan mestilah dilakukan kedua-duanya.

Disyaratkan tertib dalam kedua-dua jamak sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Tetapi tidak disyaratkan muwdldt dalam Jamak Takkhir, maka tidak mengapa jika dilakukan secara sukarela, sebagaimana juga tidak disyaratkan niat jamak di dalam sembahyang yang kedua (dalarn Jamak Takkhir) kerana jamak tersebut dilakukan dalam waktunya maka ia menjadi sembahyang tunai.

Tidak disyaratkan imam dan makmum yang sama dalam kedua-dua jenis jamak itu. Jika berlainan imam di dalam kedua-dua jenis jamak atau berniat menjadi imam bagi orang yang tidak jamak, maka sah jamak kerana setiap sembahyang mempunyai hukumnya tersendiri iaitu niatnya yang berasingan.

Jika ternyata batal sembahyang yang pertama dengan sebab terlupa rukun atau Iain-lain setelah melakukan jamak, maka terbatal kedua-dua sembahyang.

Sembahyang-sembahyang sunat; jika dilakukan jamak dalam waktu pertama (Jamak Takdim) maka boleh dilakukan sembahyang sunat bagi sembahyang yang kedua, dan melakukan sembahyang Sunat Witir sebelum masuk waktu yang kedua (waktu Isya') kerana sembahyang Sunat Witir adalah pengikut sembahyang yang kedua (Isya') maka sembahyang Sunat Witir itu mengikutnya dari segi perbuatan dan juga waktu, oleh kerana waktu sembahyang Sunat Witir terletak di antara sembahyang Isya' dengan sembahyang Subuh dan sembahyang Isya' telah dilakukan, maka telah masuk waktu sembahyang Sunat Witir itu.