Amalan
Bida'ah di Bulan Rejab
Terdapat
satu kaedah usul Fiqh yang bermaksud: Setiap amal ibadat yang tidak disandarkan
atas ilmu dan kefahaman mendalam tentang Islam, maka amal ibadat itu ditolak di
sisi Allah SWT.
**--**
Sheikh Ibnu Hajar al- 'Asqolani (pensyarah kitab Sohih al-Bukhari) menegaskan
bahawa tidak terdapat nas daripada Nabi SAW mengenai kelebihan bulan Rejab atau
berpuasa dan solat pada bulan ini dengan hadith Sohih yang boleh dijadikah
hujah.
**--**
Sheikh Imam Abu Ismail al-Hirawi al-Hafiz: Sesiapa yang beramal dengan puasa
awal Rejab dengan beriktikad bahawa itu adalah amalan sunat yang dilakukan oleh
Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah melakukannya, orang itu
termasuk dalam hadith Nabi SAW iaitu golongan yang berdusta ke atas baginda.
**--**
Imam al-Qayyim al-Jawziyyah: Nabi SAW tidak pernah sama sekali berpuasa tiga
bulan berturut-turut bermula dari Rejab hingga Ramadhan seperti mana yang
dilakukan oleh kebanyakn orang hari ini, malah baginda sendiri tidak pernah
berpuasa walau sehari pun (kecuali Isnin dan Khamis bukan kerana Rejab) dan
tidak pula menggalakkannya.
Dalam
kitab al-Ba'ith, beliau menyebut bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq menentang
hebat golongan yang berpuasa dalam bulan Rejab dan Saidina Umar al-Khattab pula
memukul dengan cemeti orang yang berpuasa pada bulan Rejab seraya berkata,
sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang amat diagungkan di zaman Jahiliyyah,
justeru bagi membezakan anatar Islam dan Jahiliyyah adalah lebih tidak
dilakukan puasa dalam bulan ini.
**--**
Imam Ibnu al-Jauzi: Amalan berpuasa itu adalah tidak benar, sementara az-Zahabi
pula menegaskan bahawa amalan puasa pada bulan Rejab adalah batil dan
bercanggah dengan Islam.
Hal ini
telah disimpulkan oleh Imam al-Bukhari, keseluruhan hadith-hadith yang terdapat
mengenai bulan Rejab adalah batil, sama ada dari sudut teksnya (matn) atau
periwayatan hadith berkenaan.
Sumber:
Petikan dari Fikrah Harakah bil 1270 (16 - 30 Rejab 1425 H / 1 - 15 September
2004 M) halaman 29 dirujuk dari Kitab as-Sunan wa al-Mubtada'at susunan Imam
Muhammad 'Abd as-Salam Khidir asy-Syaqiri, halaman 141-142 terbitan Dar
al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut 1980 M/1400 H.
p/s:
Kepada student2 Azhar yang baca blog dan tulisan ini, apa pendapat antum
tentang bulan Rejab? Ini hanya sekadar pengetahuan, bukan mengundang
kontroversi yang tidak berkesudahan.
MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM
Apakah dia nas atau pun dalil yang
terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran)
Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab?
Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka
"salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu
bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman,
'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah
selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung
majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk
mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka
bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya"
ataupun "Oh" ?
PRAKATA
Segala puji dan puji hanya buat Allah,
Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad
dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua
perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan
'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti
Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang
untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang
mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan
dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu
ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam
sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad,
daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat
sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan
ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah
Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan
perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang
beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu
bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah
satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat
Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana
ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk
menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan
pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu
saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman
daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan
saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak
wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar
ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri
sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya
merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun
dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a,
syirik dan kufur!
Membesarkan Maulidurrasul samalah
seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi
agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat
al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa
sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua
tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua
malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran
baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan
kelahiran baginda (s.a.w)?"
Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin
daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika
dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang
yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang
sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf
(perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat
para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat
bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan
dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para
ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada
kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil
yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama
- ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para
ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya
kemukakan 3 kenyataan:
1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w)
adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah
(kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga
dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan
saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.
2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12
hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap
bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan
Shari'a didalam hati-hati mereka.
3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang
keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik
anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk
mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda
yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang
ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa
mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman
dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.
Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa
Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.
Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat
Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk
mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya
dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan
cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)
2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat
Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk
mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya
dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan
cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan
Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan
kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa
mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana
Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam
Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia"
(al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara
pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang
mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu
sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia
seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari
Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu
lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar
berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.
Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap
Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang
dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan
para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat
ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa
kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat
kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi,
ahli keluarga baginda dan para sahabat.
2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari
Kelahiran Baginda.Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab
as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari
Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga
hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak
peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai
bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak
seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub
didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan
padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa
peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya,
Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid
1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan
kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia
telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w)
untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda
ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari
itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi
satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari
Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak
cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda
bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari
pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan
Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku
telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang
pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari
kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada
hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah
hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan
perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu
daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri
mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau
ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah
menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi
dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan
kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun
bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi
mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk
mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal
pada hari Isnin" dibawah)
2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w) .Untuk
menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah
mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, "
diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira"
(Yunus:58). Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa
bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain
Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu
melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107). Kerana
Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan
menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan
seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya,
pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk
bergembira dan menyambut hari NabiNYA.
2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah Nabi (s.a.w),
biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba
hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan
hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah
berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat
didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini,
"Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi
berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari
tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan
Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa
itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah
tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini
merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa
daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari
sebelumnya.
2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada
Nabi" Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita
tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan
satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah
dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman !
berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul
beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk
mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang
berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran?
Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana
mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam
keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk
ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam
satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan
bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara
bersendirian.
2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang KafirApabila
seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut
Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat
manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari
meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang
diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah
mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Hadith ini
terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula
membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid
al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran),
Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya
Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang
dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur
tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa
kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula
hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan
meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya -
penterjemah]
2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas
Akhlaq Yang Baik Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan
baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda,
tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui,
ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh
setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari
kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya
kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati
hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan,
Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui
sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq
baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan
hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.
2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri
Baginda. Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan
hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap
syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan
yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan
banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan
lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang
tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan
kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam
syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair
memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar
terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung
cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan
jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal -
penterjemah]
Petikan ini tercatat didalam kitab Imam
as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30
dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.
Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya
bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda
dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar
semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda
berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al -
Muttalib!"
Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat
bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan
perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan
kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi
(s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita
kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha
kepada kita.
2-9 Menyanyi dan Membaca Syair
Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha
bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang
perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu
Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya
dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij
al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi
pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda.
Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika
baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah
berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad
selama kami hidup."
Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu
Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w)
semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau.
Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah
sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama
mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan
Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji
baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk
mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang
untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh
Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair
memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."
Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis
mengenai Nabi (s.a.w):
Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku
hanya seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti
daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam
syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat
Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.
2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran
Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim
didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca
al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca
al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang
mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w)
mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan
baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda
(s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah
'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun
berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan
bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang
lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."
Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ,"
Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak
melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula
memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan
seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam
semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat
selama mana ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara
yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan
tadi.
2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat
Yang Baik
Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut
didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith,"
Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada
medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah
bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat,
aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah
nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan
Imam Ahmad.
Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa
memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya
untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk
meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan
niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh
itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan
membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.
2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain
[The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]
Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam
hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda
(s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut
baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)."
Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah
mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan
Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari
kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi
bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua
Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan
air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il
al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang
hasan lagi sahih.
2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin
Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith
riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari
mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada
hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang
menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada
hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin"
Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula
menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun
mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku
pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."
Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr
menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya
sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari
tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan
Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah
hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut
atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"
2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran
Para Nabi
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz',
al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam
Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2
rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda
(s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?"
Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun
menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."
2-15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul
(s.a.w)
Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang
diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang.
Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab
Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui
perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq
oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang
dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil
disisi Allah."
Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota
(semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain
kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang
ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya,
Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk
menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan
(Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh
ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.
Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan
bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu
tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab
al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.
Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang
terawal secara Beramai-ramai adalah seperti berikut :
Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab
Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai
sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok
masyarakat.
"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w]
) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah
daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al
al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."
Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan
anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan),
ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang
sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun
sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan
mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari
itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."
Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)
Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur
dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347)
bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi,
pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah.
Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim,
Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari,
membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga
kepada kesemua penduduk Makkah.
Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10
Hijrah
Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita
mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber
daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran
dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam
kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu
Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan
al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).
Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat
al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan
sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala'
(mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan
murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama)
meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat
kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH).
Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan
lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut
memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa
anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa
khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi
(s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan
Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh
merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil
Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf
dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL
HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi
yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas
solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan
oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.
Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada
Zaman Sekarang
Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam
dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara
tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait,
Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya
sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi,
Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran,
Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia,
Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara
Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini
Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada
segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini
untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti
Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana
mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu
perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi
ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang
begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula
menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang
mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira
Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu
Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]
Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis
dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah
edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai
pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca
al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka
bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh
diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah,
perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam
Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta
berdoa."
Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya,
'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang
Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab
yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah
tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan
diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan
Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi
(s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam
yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang
bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak
ternilai."
Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul
['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]
Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau,
"Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya,
Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut
Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan
bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun
pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan
perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh
perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu
terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong
didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara
yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.
Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w),
hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari
dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi
berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya
akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut,
Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa
untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk
menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan
menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada
setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi
sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA
KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI
KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA
MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG
MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA
BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA
Persoalan Bid’ah atau Fanatik Pendapat.....??
TAHLIL...SUATU PERBAHASAN ILMIAH
WALAUPUN
amalan tahlil merupakan satu amalan yang sudah sebati pada masyarakat
kita,
namun ianya sering menimbulkan persoalan mengenai kesahihan amalan tersebut
atau
benarkah ianya suatu bid’ah. Adakah amalan ini sesuai diamalkan atau ianya
perlu dibuang
terus dari kamus kehidupan masyarakat masakini. Untuk menyingkap persoalan ini,
wakil
majalah suara kampus edisi kedah (SUKEK) Ustaz Rashidi Shukri cuba
membongkarnya
secara lebih teliti dengan menemubual al Fadhil al Ustaz Aminuddin Abdul
Rahim bagi
merungkai kekusutan dan kekeliruan dalam mentafsir masalah ini.
Ikuti bicara beliau, “Apakah Tahlil suatu Bid’ah atau Fanatik
Pendapat?”.
SUKEK: Apakah erti tahlil yang sebenar?
US.AMIN: Tahlil di sudut bahasa Arab adalah masdar (nama terbitan) yang
bermaksud mengucapkan:
"Laa ila ha illallah"
( Ruj. Mu’jam Al-Wasit m/s 1032.).
Berdasarkan pengertian ini, apabila seseorang mengatakan saya ingin
menghadiri majlis tahlil. Ini bererti dia ingin menghadiri majlis pembacaan
zikir La ilahaillah, jika kita meneliti agenda yang dilaksanakan dalam majlis
tahlil, kita dapati bukan sahaja zikir yang dibacakan, malah terdapat berbagai
lagi amal kebaikan yang di antaranya dimulakan dengan membaca surah al-Fatihah
dan disusuli dengan ayat-ayat suci al-Quran, Selawat, tahlil dan diakhiri
dengan doa agar Allah menyampaikan bacaan-bacaan tadi kepada orang yang telah
meninggal dunia.
Justeru itu, dapat
difahamkan penggunaan perkataan tahlil di sini termasuk dalam ilmu balaghah
sebagai majaz mursal, di mana digunakan sejuzuk daripada semua perbuatan itu,
sedangkan yang dimaksudkan ialah semuanya. Penggunaan majaz mursal ini terdapat
banyak dalam penggunaan bahasa Arab termasuk bahasa Melayu sendiri, contohnya
dalam bahasa Arab, firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 2 yang bermaksud : “...berdirilah dimalam hari kecuali sedikit (daripadanya)”.
Dalam ayat ini digunakan perkataan berdiri yang merupakan salah satu daripada
rukun sembahyang sedangkan yang dimaksudkan ialah seluruh perbuatan dalam
sembahyang, bermula daripada takbiratul ikhram dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat yang tertentu. Sebab itu perkataan berdirilah dari
ayat ini ditafsirkan sembahyanglah.
Dalam bahasa Melayu juga ada penggunaan sedemikian,sebagai contohnya
apabila Ali mempelawa Mahmud makan malam dirumahnya dengan katanya, “Marilah
makan nasi di rumah saya malam ini”. Dalam ayat ini perkataan nasi
yang digunakan itu tidak dimaksudkan nasi itu sahaja, malah yang
dimaksudkannya ialah nasi, dan segala lauk-pauk serta hidangan yang lain yang
dihidangkan oleh Ali.
SUKEK: Bagaimana pandangan ulama’ tentang tahlil dan apa
pula kecenderungan ustaz, mengapa?
US.AMIN: Terdapat perselisihan pendapat ulama’ berkenaan dengan
majlis tahlil ini. Saya secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat yang
membolehkannya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Kalaulah ditakdirkan pahala amalan yang kita lakukan itu tidak
sampai kepada si mati seperti yang
disangkakan oleh golongan yang menolaknya, sekurang-kurangnya mereka yang
melakukan tahlil tersebut akan memperolehi pahala untuk diri mereka sendiri,
kerana mereka telah berhimpun untuk sama-sama melakukan kebaikandengan menyahut
seruan Allah yang terdapat secara umum dalam firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud : “... ingatlah kamu sekelian kepada ku,
nescaya Aku ingat kepadamu....”.
Dalam hadis Rasulullah S.A.W pula, mafhumnya:
“Tidak duduk sesuatu kaum sambil berzikir mengingati Allah S.W.T.,
kecuali mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dilimpahi
rahmat, diberikan ketenangan jiwa, dan Allah mengingati (menyebut-nyebut nama
mereka) kepada malaikat yang di sisinya . (riwayat Muslim) ruj.‘Fatawa
Hadithiyyah’Ibn. Hajar Haitami (m/s 109) cetakan Darul Fikr.
SUKEK: Bolehkah ustaz sebutkan contoh ulamak yang
membolehkan tahlil serta dalil mereka?
US.AMIN: Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin menjelaskan
terlebih dahulu yang menjadi perdebatan sengit di kalangan para ulama ialah
tentang pahala bacaan dan ayat-ayat al-Quran yang merupakan antara bacaan utama
dalam majlis tahlil itu, apakah ianya sampai atau tidak? Setakat yang saya
temui daripada beberapa kitab yang saya baca, pahala bacaan al-Quran yang
dihadiahkan kepada si mati itu akan sampai kepada si mati dengan izin Allah. Di
sisi jumhur ulama, menurut Prof. Dr. Wahbah az Zuhaili dalam kitab beliau
‘Al-Bida’ul Munkarah’ (m/s 39) cetakan Darul Maktabi. Ini adalah pendapat Imam
Abu Hanifah, Imam Ahmad, kebanyakan ulama-ulama salaf serta pendapat yang
muktamad di sisi alim ulama muta’akhirin daripada mazhab Maliki dan Syafie.
Bekas mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf r.a, juga memberikan pandangan
yang sama dalam kitab beliau ‘Hukmu As Syariah Fi Maktami Lailatil Arbain’ (m/s
52) cetakan Mustafa Halabi. Sementara ulama yang menyebut tentang tahlil pula
antara lain ialah;
i) Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam kitab beliau
‘Hadaayal Ahya’ Lil Amwat’
(m/s 95) cetakan Dar Jawami’ al-Kalim.
ii) Syeikh Ismail Usman Zain r.a. dalam kitab fatawanya ‘Qurratul A’in’
(m/s 86) susunan tuan guru kita
Syeikh Muhammad Nuruddin al-Makki.
iii) Imam as-Syihab al-Qurafi dalam kitabnya ‘al-Furuq ‘ juz 3 m/s 193.
iv) Al-Habib al-’Allamah Zainal Abidin al-Alawi dalam risalah al-Ijabah
a’n Aqidatil Firqatil Naajiah (m/s 24).
Sebagaimana yang saya ketahui dari beberapa kitab yang membahaskan masalah ini,
saya temui banyak dalil yang menunjukkan sampainya pahala bacaan al-Quran atau
apa sahaja zikir yang dibacakan dengan syarat didoakan atau diniatkan oleh
pembaca itu agar Allah menyampaikan pahala bacaannya kepada si mati baik
perseorangan maupun muslimin dan muslimat seluruhnya.
Memandangkan ruangan yang terbatas ini, saya hanya ingin mendatangkan 3 dalil
sahaja.
Pertama: Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
“ Bacalah Yasin terhadap orang-orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kalian”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu
Hibban).
Kedua: Ibn Umar telah mengatakan: Aku mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda yang mafhumnya:
“ Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia maka
janganlah kamu menahan mayatnya (dalam waktu yang panjang) dan segeralah
membawanya ke kubur dan hendaklah dibacakan si sisi kepalanya
al-Fatihah”. (menurut lafaz Imam Baihaqi, pembukaan al-Baqarah) dan
dikakinya dengan penutup surah al-Baqarah”. (Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)
Ketiga: Terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang sohih bahawa Saidina
Rasululah S.A.W sewaktu
menunaikan solat jenazah, baginda membaca surah al-Fatihah. Ini bermakna secara
tidak langsung bahawa bacaan al-Quran yang dilakukan oleh orang hidup itu
memberi manfaat kepada si mati.
SUKEK: Setahu saya mereka yang mengatakan bacaan al-Quran
atau tahlil atau lain-lain amalan orang hidup tidak akan membawa manfaat kepada
si mati berdalilkan ayat 39 surah an-Najm, serta sabda Rasulullah S.A.W
yang mafhumnya “Apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah
amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang
bermanfaat dan doa anak yang soleh”. Bagaimanakah pandangan ustaz
terhadap kedua-dua dalil tersebut?
US.AMIN: Setakat yang saya temui daripada kitab-kitab yang membahaskan
masalah ini, terdapat empat belas pendapat ulama dalam mentafsirkan ayat ini
bagi menyesuaikannya dengan pendapat jumhur ulama yang mengatakan si mati tetap
boleh menerima manfaat daripada amalan orang yang masih hidup. Secara ringkasnya
saya mendatangkan tiga pendapat ulama sahaja dalam mentafsirkan ayat ini.
Tafsiran Pertama: Huruf Jar iaitu (Lam) dalam bahasa Arab terdapat
beberapa makna. Oleh itu, huruf (lam) yang terdapat pada lafaz: "Lil
Insan" menurut salah satu tafsiran ulama’ yang disebut oleh Imam
al-Qurtubi dalam tafsirnya ialah bermakna memiliki dan wajib.
Oleh yang demikian, ayat ini diertikan, “Setiap manusia itu mesti atau pasti
memiliki setiap apa yang ia usahakan”. Namun begitu, apabila
pemiliknya menghadiahkan pahala bacaannya tersebut kepada si mati, maka dengan
izin Allah, Allah akan menyampaikan pahala tersebut kepada yang dimaksudkan
itu. Contohnya, Ali memiliki rumah,
apabila dia membenarkan Zaid menduduki rumahnya itu, bermakna Zaid telah
memperolehi manfaat daripada rumah Ali tanpa dia (Zaid) memilikinya. Maka,
samalah halnya dengan Ali yang masih hidup melakukan tahlil, kemudian dia
memiliki pahala yang diusahakannya itu, lalu menghadiahkan pahala miliknya
tersebut kepada Allahyarham Zaid , maka di sini Zaid memperolehi manfaat
pahala kepunyaan Ali. Contoh al-Insan yang terdapat di dalam ayat ini ialah Ali
yang mengusahakan amalan kebajikan iaitu membaca al-Quran dan bertahlil,
sementara Allahyarham Zaid tidak memiliki pahalanya kerana ia tidak mengusahakannya
,tetapi ia memperolehi manfaat pahala bacaan yang dihadiahkan oleh Ali
kepadanya. Hendaklah dibezakan antara lafaz: " Wa annalaisa lil insanu
illa ma sa a`" (an Najm ayat 39)
dengan lafaz: " Alla yantafi uul insan, Illa ma sa a`" ruj.
al-Iskat karangan Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a ( m/s 37)
Tafsiran Kedua: Seseorang itu memperolehi teman dan anak cucu serta
isteri sebab usahanya sendiri dan budi pekertinya yang baik dalam pergaulannya
sewaktu hidup. Hasil daripada kebajikan yang pernah dilakukannya kepada mereka
dan orang ramai menyebabkan timbulnya kesatuan antara beliau dengan masyarakat.
Setelah beliau meninggal dunia, masyarakat menziarahi jenazahnya, melakukan
solat jenazah, membaca al-Quran, tahlil dan seterusnya mendoakan kebahagiaannya.
Ini bermakna pahala kebajikan yang dihadiahkan oleh mereka untuknya adalah
berpunca daripada usahanya sendiri semasa hidup (pergaulannya yang baik).
Bahkan apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah (mengolongkan
dirinya dalam golongan kaum Muslimin)sahaja, sudah cukup untuk mewujudkan
ikatan persaudaraan dengan seluruh umat Islam yang lain. Ikatan keislaman ini
akan menyebabkan beliau memperolehi manfaat dari doa’ mereka secara umum,
contohnya sewaktu khatib berdoa memohon keampunan kepada muslimin muslimat ,
dengan ini beliau juga termasuk dalam golongan mereka yang di doakan
berpunca dari hasil usahanya sendiri iaitu keislaman dan keimanannya
kepada Allah S.W.T. Kalaulah orang yang sudah mati tidak memperolehi
manfaat sama sekali dari amalan orang hidup seperti yang didakwa oleh
sesetengah pihak, dimanakah manfaat ucapan salam yang kita ucapkan kepada
penghuni kubur sewaktu kita menziarahi mereka? Begitu juga di manakah faedah
solat jenazah kepada si mati kerana solat jenazah itu amalan orang hidup dan
bukannya usaha orang mati. Syeikh Ibnu Taimiyyah r.a yang merupakan
ulama’ rujukan golongan yang mengikut salafiyyah pernah mengatakan, “
Barangsiapa berpegang bahawasanya seseorang yang memperolehi manfaat daripada
amalan perbuatannya sahaja,(dan tidak boleh samasekali memperolehi
manfaat dari orang lain) maka sesungguhnya dia telah menyalahi ijma’ ulama dan
pegangannya itu adalah batil”.
Kemudian beliau mendatangkan 22 contoh orang yang memperolehi manfaat daripada
usaha orang lain., contoh yang pertama: mayat seorang yang
berhutang telah disembahyangkan jenazahnya oleh baginda Rasulullah SAW
kerana hutangnya telah dibayar oleh Saidina Abu Qotadah ra .
Kedua : seseorang yang mati memperolehi manfaat dari pahala
sedekah dan pembebasan hamba yang dilakukan oleh orang hidup untuknya
berdasarkan kepada nas hadis dan ijma’.
Ketiga: seseorang yang duduk
dalam majlis zikir akan dirahmati dengan sebab manfaat zikir yang dilakukan oleh
ahli majlis tersebut yang walaupun beliau duduk di situ bukan bertujuan untuk
berzikir, bahkan kerana keperluan lain.
Keempat: Solat jumaat dapat dilakukan apabila terhimpunnya ahli
jemaah sebanyak bilangan tertentu (menurut Mazhab
Syafie 40 orang ), demikian juga pahala solat jemaah akan terhasil dengan
wujudnya ahli jemaah yang lain.
Kelima: Seseorang dapat manfaat dari jirannya yang soleh semasa
hidup maupun setelah mati. Ini berdasarkan kepada nas athar. Sebahagiannya lagi
anda boleh rujuk dalam kitab ‘Hasyiah Sowi al-Jalalain’, tafsiran ayat 39
surah an-Najm. Bagi lebih terperinci lagi, sila rujuk tafsir ‘Al Futuhat
al-Ilahiyyah’, karangan Syeikh Sulaiman al-Jamal r.a.
Tafsiran Ketiga: Imam al-Alusi menyatakan dalam Tafsirnya ‘Ruhul Ma’ani’
bahawasanya beliau lebih
cenderung kepada pendapat Imam al-Husain Ibnu Fadl yang mengatakan bahawasanya “Seseorang
itu tidak memperolehi kecuali apa yang dia usahakan; jika dilihat dari
sudut keadilan, sedangkan jika dilihat dari sudut kemurahan (Al-Fadl)
Allah S.W.T , maka tidak mustahil Allah menambahkan kurnianya kepada siapa
sahaja yang dikehendakiNya. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu
melakukan satu kejahatan, maka ditulis satu dosa, sebaliknya apabila seseorang
itu melakukan satu kebajikan, maka ditulis sepuluh ganjaran pahala , sehingga
700 kali ganda bahkan lebih dari itu ”. ( Mafhum hadis riwayat Bukhari
(6490) dan Muslim (131) ruj. Riyadhus Salihin:hadis 11).
Dari maksud hadis ini dapat difahamkan amalan kejahatan dibalas dengan
sifat keadilan, sedangkan amalan kebaikan dibalas dengan sifat (al-Fadl) limpah
kurnia Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang . Firman Allah lagi dalam
surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
“ Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa sahaja yang dikehendakiNya)”.
Kesimpulan daripada pendapat ini , seseorang itu memperolehi apa yang
diusahakannya, jika dilihat dari sudut keadilan, sedangkan dia akan memperolehi
bukan sahaja amalannya bahkan manfaat daripada amalan kebajikan orang lain yang
dihadiahkan kepadanya jika dilihat daripada limpahan rahmat dan kasih sayang
Allah S.W.T Manakala tentang hadis yang disebutkan pula, ulama mengatakan
hadis ini bukan bermaksud pembatasan terhadap tiga perkara itu sahaja. Ini
kerana masih terdapat hadis lain yang diriwayatkan menyebut lebih daripada itu,
untuk lebih jelas lagi sila rujuk muqaddimah ‘Sunan Ibnu Majah’ (m/s 88), di
mana Abu Hurairah r.a. meriwayatkan hadis tentang tujuh perkara yang membawa
pahala yang berterusan kepada si mati setelah meninggal dunia. Begitu juga
hadis riwayat Abu Nua’im dalam ‘Hilyatul Auliya’’ :juz 2 (m/s 344),
sehingga berjumlah sebelas perkara .
Perkara-perkara tersebut ialah :-
Ilmu yang dimanfaatkan, doa anak yang soleh, pohon-pohon yang ditanam ,
sedekah jariah , al-Quran yang diwarisi, tempat naungan tentera di
perbatasan yang beliau bina, perigi yang digali, sungai yang diairi, rumah
tumpangan yang dibina, masjid yang dibina, al-Quran yang diajari. Dari
ketiga-tiga hadis ini Imam Sayuti r.a. menyusun beberapa syair tentang sebelas
perkara yang membawa manfaat kepada si mati dan syair tersebut terdapat dalam
kitab ‘Dalilul Falihin’ :juz.3 (m/s 428) cetakan Darul Ma’rifah.
Ianya juga terdapat dalam beberapa baris syair lain dalam kitab ‘Bujairimi
A’lal Khatib’: juz 1 ( m/s 47)
cetakan Darul Fikr. Kesimpulan yang dapat saya berikan, bukan sahaja
perkara yang terdapat dalam ketiga-tiga hadis ini sahaja yang membawa manfaat
kepada si mati, malahan masih banyak lagi perkara-perkara lain yang membawa
manfaat kepada si mati yang terdapat pada hadis-hadis lain.. Salah satu contoh
yang boleh saya nyatakan di sini ialah upah haji yang dilakukan untuk si mati.
Ianya tidak terdapat dalam ketiga-tiga hadis di atas, namun di sepakati oleh
seluruh ulama’ kemanfaatannya terhadap si mati yang dihajikan berdasarkan nas
hadis sohih yang lain.
SUKEK: Apakah amalan tahlil ini suatu amalan yang salah atau
dikira sebagai termasuk dalam hadis yang mafhumnya, “Setiap bidah itu adalah
sesat (dolalah)”, dengan alasan, ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W mahupun para sahabat dan tabie’in?
US.AMIN: Bagi menjawab soalan ini, terlebih dahulu saya ingin menegaskan
bahawa pendapat yang menyatakan semua amalan yang tidak dilakukan atau
ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dianggap bid’ah sesat seperti yang difahami
oleh sesetengah golongan adalah tidak benar. Kalau mengikut
pengertian yang diberikan oleh Imam Nawawi r.a dalam kitabnya ‘Tahzibul Asmak
Wallughat’, bida’h ialah mengadakan suatu perkara atau amalan yang tidak ada di
zaman Rasulullah S.A.W. Ianya terbahagi kepada baik dan buruk. Menurut tafsiran
Imam Syafie r.a pula “Setiap amalan yang mempunyai sandaran (dalil
asal) di sudut syarak; maka ia tidak dianggap bida’ah (dholalah) yang
walaupun tidak dilakukan oleh salaf”. :ruj ‘Itqanus Sun’ah’ (m/s 12 dan
14). Secara ringkasnya Imam Baihaqi r.a meriwayatkan dalam kitab ‘Manaqib
Syafie’ tentang perkara baharu (al-Muhdathat) itu terbahagi kepada dua:
Pertama: Amalan baru yang menyalahi al-Quran atau Sunnah
atau al-’Athar, atau Ijma’. Ini dikenali sebagai bid’ah sesat (dolalah) yang
dimaksudkan dalam hadis-hadis yang menolak bid’ah.
Kedua: Sementara
setiap perkara baru yang diwujudkan setelah itu merupakan amalan yang baik dan
tidak bertentangan
dengan salah satu daripada keempat perkara di atas, maka ianya dikira perkara
baharu yang tidak dicela. Cuma ianya dinamakan bid’ah disudut bahasa bukannya
bid’ah di sudut syarak sepertimana yang dimaksudkan dalam hadis atau menurut
istilah lain dinamakan bida’h hasanah, manakala sebahagian ulama’ lain
menamakannya sunnah hasanah.
Kalau
saudara berpendapat bahawa setiap perkara yang tidak wujud di zaman Rasulullah
itu bid’ah sesat, maka bagaimana dengan kata-kata Saidina Umar r.a sewaktu
menghimpunkan kaum muslimin pada solat tarawih agar berjema’ah dengan seorang
imam sahaja di zamannya. Kemudian beliau berkata: “Sebaik-baik bida’h ialah
perbuatan ini”. :ruj. Fathul Baari :jld.13 (m/s 267). Bagi orang
yang mengatakan setiap perkara yang tidak wujud di zaman Rasulullah S.A.W
dan para sahabat r.a adalah sesat pula, katakanlah kepadanya haram baginya
mempelajari ilmu nahu sorof contohnya kerana ilmu tersebut bida’ah yang tidak
pernah dipelajari pada zaman Rasulullah S.A.W mahupun dizaman sahabat r.a. Begitu
juga apa yang dilakukan oleh teman-teman kita dalam persatuan yang mengadakan
forum-forum apabila datangnya munasabah-munasabah tertentu, contohnya Forum
Badar al-Kubra, ceramah Maulidur Rasul dan sebagainya. Ini kerana di zaman para
sahabat bila datangnya bulan Ramadhan kita tidak pernah mendengar mereka
mengadakan forum Badar al-Kubra yang disampaikan oleh tiga panelis, kalau
mengikut ta’arif yang sempit ini, maka banyaklah majlis yang kita ikuti dalam
persatuan adalah sesat .
Di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a. juga tidak wujud Kuliah
Syariah, Usuluddin, Dirasat,
Lughah mahupun Madrasah Tahfiz al-Quran sepertimana yang dibentuk sekarang.
Katakan kepada mereka yang berpendapat sedemikian, kenapa kamu pergi ke kuliah
sedangkan kuliah tidak wujud di zaman Rasulullah S.A.W? cuma yang ada hanya
pengajian di masjid. Begitu juga tanyakan kepadanya bagaimana pendapatnya
terhadap bid’ah yang berlaku dalam kitab suci al-Quran sendiri ? Di zaman
Rasulullah S.A.W al-Quran diturunkan dan dipelajari oleh para sahabat dalam
keadaan tidak berbaris, tidak bertitik ,tiada nombor ayat dan tiada pembahagian
rubu’. Semuanya ini disempurnakan dan ditambah oleh Imam Khalil bin Ahmad
r.a. pada zamannya dan digunakan hingga sekarang ,
sedangkan kita tidak pernah mendengar walaupun seorang ulama’ ‘mengatakan Imam
Khalil itu sesat atas perbuatannya itu ataupun penambahannya itu dikatakan
sebagai bid’ah dolalah’.
Jika semua perkara tersebut tidak disebut bid’ah sesat, maka demikianlah
halnya dengan majlis tahlil yang diadakan. Sepertimana perkara-perkara di atas
mempunyai dalil asal tempat sandaran yang bertepatan dengan syara’, bacaan
al-Quran dan tahlil juga mempunyai dalil asal dari syara’ . Sebab itu Prof. Dr.
Wahbah Azzuhaili mengatakan dalam kitabnya ‘Bidau’l Munkarah’( m/s 39) ,
“Bahawasanya bacaan al-Quran kepada si mati bukan bida’h kerana ia ada
mempunyai sandaran dalil dari al-Quran, Sunnah, Ijma’, dan kaedah-kaedah
syarak”. Pengerusi Lujnah Fatwa Azhar yang lalu, Syeikh Atiyyah Saqr juga
menghuraikan dengan panjang lebar tentang permasalahan ini dalam fatawanya
‘Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam’(juz 3 m/s 135 hingga 139) cetakan Darul
Ghad. Begitu juga Syeikh
al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam fatawanya juzuk 2 cetakan Darul Ma’arif.
Sementara
seorang ulama Yaman yang bernama al-Habib al-Allamah Zainal Abidin al-Alawi r.a
telah menjawab persoalan ini dengan katanya “...ketahuilah bahawasanya
amalan umat Islam yang terdiri daripada membaca al-Quran dan bertahlil kepada
mayat orang Islam adalah amalan yang bertepatan dengan landasan Islam dan
sesungguhnya bacaan tersebut adalah sampai manfaatnya kepada si mati. menurut
kesepakatan seluruh ulama’ kerana mereka berdoa’ setelah membaca al-Quran dan
bertahlil yang antara lainnya bermaksud “Ya Allah sampaikanlah pahala bacaan
dan tahlil kami kepada si mati”.
Perselisihan di kalangan ulama’ hanya timbul sekiranya tidak didoa’kan
sedemikian. Berdasarkan kepada pendapat inilah, maka kebanyakan umat Islam
mengadakan amalan sedemikian. Lantaran itu apa yang dipandang baik oleh
ulama’-ulama’ Islam, maka ia adalah baik di sisi Allah S.W.T insya Allah ,:ruj
’Risalah Al-Ijabah’ (m/s24-25) cetakan Dar Rifaie. Bagi mengetahui lebih
mendalam tentang pandangan ulama’ tentang tahlil ini sila rujuk kitab ‘Hadayal
Ahya’ khususnya muka surat 35,72 dan 95.
SUKEK: Bagaimana pandangan ustaz tentang suatu artikel yang
menolak amalan tahlil yang disiarkan dalam salah satu Suara Kampus keluaran
bulan Disember yang lalu, di mana penulis tersebut banyak mendatangkan dalil
ulama’-ulama’ mazhab Syafie yang tidak membolehkan pengiriman pahala bacaan
kepada mayat?
US. AMIN: Saya telah meneliti artikel tersebut dan saya dapati
sebahagian maklumat yang disiarkan adalah tidak tepat, memandangkan ruang yang
amat terbatas ini, saya tidak mampu untuk menjelaskan kesemuanya sekarang.
Sekiranya saudara meneliti Fatawa Imam Ibnu Hajar al-Haitami r.a. di dalam
‘Fatawa Kubra Al-Fiqhiyah’ saudara akan dapati Imam Ibnu Hajar r.a.
sendiri secara peribadi menyokong bacaan kepada si mati, sebaliknya penulis
memberikan sebahagian maklumat sahaja yang sesuai dengan pendapatnya. Rujuk
‘Fatawa Kubra’ juz.1 (m/s 424-425) cetakan Darul Kutub Ilmiyah. Begitu juga
penulis ada mengatakan pada muka surat 28 sewaktu ditanya bagaimana kalau
semasa
bertahlil lalu berdoa, “Ya Allah sampaikanlah pahala bacaan kami pada roh
fulan”, beliau menjawab” ulama’ telah sepakat bahawa pengiriman pahala
bacaan itu tidak dapat sampai kepada roh yang dikirimi sebab bertentangan
dengan firman Allah S.W.T ayat 39, Surah An-Najm”. Katanya, tentang
kesepakatan ulama’ itu adalah satu fakta yang tidak benar , kerana
setakat yang saya temui Jumhur Ulama’ daripada keempat-empat mazhab menyokong
sampainya pahala tersebut seperti yang saya jelaskan pada awal tadi. Bagi
lebih jelasnya saya mencadangkan pembaca merujuk kitab ‘Hidayal Ahya’ dan
‘Annaf’ul Amim’ cetakan Darul Masyaari’ Beirut(m/s 18-58) , untuk melihat
pendapat-pendapat alim ulama’ daripada mazhab yang empat. Sebagai contoh, Imam
Nawawi r.a. sendiri menyebut di dalam kitabnya
‘Majmu’ Syarah Al-Muhazzab’ (juz. kelima m/s 286) cetakan Maktabah Al-Irsyad
Jeddah, yang bermaksud “...disunatkan membaca apa yang termudah daripada
al-Quran dan berdoa’ untuk mereka setelah itu. Ini adalah nas kata-kata
Imam Syafie dan disepakati oleh alim ulama’ pengikut mazhab syafie”.Seterusnya
ditambah lagi pada tempat lain. “Sekiranya mereka mengkhatam al-Quran di
atas kubur, ia adalah lebih afdhal”. Pendapat yang sedemikian juga disebut
oleh Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Al-Azkar’ bab bacaan setelah dikebumikan
mayat (m/s 173) dan ‘Riyadus Salihin’ bab doa’ untuk mayat setelah dikebumikan
(m/s 290) . Diriwayatkan juga secara mutawatir bahawasanya Imam
Syafie r.a. sewaktu menziarah kubur Imam Lais bin Saad r.a, beliau membaca
al-Quran di situ sehingga khatam : disebutkan dalam Syarah Ihya’ yang berjudul
‘Ittihafus Sadah Al-Muttaqin’ karangan
Al-Hafiz Azzabidi juz. 10( m/s 412). Syeikh Zakaria al-Ansari r.a
menyebut pendapatnya dalam kitabnya’ Syarah Raudut Talib’ juz. 2 (m/s 412).
Syeikh Syamsuddin ar-Ramli r.a menyatakan sampainya pahala bacaan kepada mayat
jika diniatkan sedemikian, ini adalah pendapat ketiga-tiga mazhab. Imam Ibnu
Solah r.a.menyokong pendapat yang sampai setelah di doakan, :ruj.
‘Nihayatul Muhtaj’ juz. 6 (m/s 93). Al-Hafiz Taqiyuddin as-Subki r.a menyatakan
dengan panjang lebar jawapannya menyokong pendapat ini dalam
kitabnya ‘Qada ul Arab Fi As Ilati Halab’ (m/s 45) Imam Ar-Rafi’e
menyokong pendapat ini dalam kitabnya ‘ Fathul Aziz Syarahul Wajiz’ juz. 5( m/s
249).Sila rujuk kitab An naf’ul Amim( m/s 18-27).
Seterusnya
Imam Nawawi r.a menyebut dalam ‘al-Azkar’ pendapat yang terpilih
hendaklah pembaca mendoakan setelah selesai bacaan itu dengan lafaz “Ya
Allah sampaikanlah pahala bacaan yang telah ku baca kepada si fulan , rujuk
al-Azkar bab Ma Yanfa’ul Mayyit Min Qauli Ghairih (m/s 215).
Apabila
saya meneliti syarah Nawawi kepada Sohih Muslim (juz. 1 hlm. 90) yang
beliau sebutkan begitu juga tafsir ‘al-Khazin’ termasuk kedua-dua ‘Hasyiah
Tafsir Jalalain’ iaitu ‘Hasyiah Sowi dan Hasyiah Jamal’ saya dapati ada
pendapat kedua yang menyatakan sampainya pahala bacaan itu yang tidak beliau
sebutkan. Demikian juga beliau ada mengatakan Imam Nawawi juga di dalam
kitab ‘Takmilatul Majmu’ Syarah Muhazzab’ menyatakan “ .......................”(rujuk
SUKEJ Dis 98), di sini satu lagi fakta kurang tepat yang beliau kelirukan
kerana setakat yang saya ketahui, Imam Nawawi tidak pernah mengarang kitab
Takmilatul Majmu’ kerana kitab tersebut dikarang oleh Imam Subki r.a dan
Syeikh Muhammad Najib al-Mutiei r.a. Imam Nawawi r.a. hanya mengarang
kitab Majmu’ Syarah al- Muhazzab yang terdiri dari 9 jilid menurut cetakan
Maktabah al- Irsyad,sementara Takmilatul Majmu’ bermula dari jilid 10 hingga
23. Setelah itu saya meneliti (juzuk 10: hal. 426) pada kitab ‘Takmilatul
Majmu’ seperti yang beliau sebutkan, tetapi saya tidak temui langsung apa yang
beliau utarakan itu. Ini mungkin disebabkan kelainan cetakan kitab yang saya
rujuk dan beliau rujuk. Namun begitu, setahu saya Imam Subki r.a sendiri
menyokong pendapat sampainya pahala bacaan melalui fatwanya :ruj. Nafu’l A’mim
(m/s 23 hingga 27).
Pendapat
al-Hafiz Ibnu Kathir r.a pula telah dijawab oleh al-Hafiz Abdullah Siddiq
al-Ghummari dalam kitabnya ‘Itqanus Suna’h’ (m/s 78 hingga 83) cetakan Maktabah
al-Kaherah, dengan katanya pendapat tentang Rasulullah S.A.W tidak pernah
menganjurkan umatnya untuk mengamalkan sedemikian dan para sahabat tidak pernah
melakukannya adalah tertolak dengan dalil-dalil yang beliau sebut pada (m/s
84-89) sebahagiannya telah saya sebut dalam penjelasan saya yang lalu. Begitu
juga hadis yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qaiyyim r.a kitabnya ‘Arroh’
bahawasanya golongan al-Ansor berulang alik ke kubur seseorang yang meninggal
dunia di kalangan mereka untuk membaca al-Quran di sisinya. Sementara
dakwaannya tentang ibadat(mendekatkan diri kepada Allah) hanya terbatas yang
ada nas-nasnya dan tidak boleh dipalingkan(digunakan) dengan qias-qias dan
pendapat-pendapat,dakwaan ini adalah amat bercanggahaan dengan apa yang
ditetapkan oleh ulama’ ahli usul dan fekah.
Imam Ibnu
Kathir r.a menyatakan diakhir kata-katanya dalam tafsir beliau yang bermaksud,
“ Adapun doa’ dan sedekah, kedua-duanya adalah di sepakati oleh
ulama’ tentang sampainya kepada si mati dan terdapat dalam nas syarak”.
Kata-kata Imam Ibnu Kathir r.a ini merupakan hujah bahawa doa’ yang dibaca
setelah bacaan al-Quran dan setelah majlis tahlil adalah disepakati oleh ulama’
tentang kemanfaatannya, antara dalilnya ialah ayat 10 daripada surah
al-Hasyr dan surah Muhammad ayat 19.
Buat renungan pembaca sekalian, segala maklumat yang diutarakan oleh alim
ulama’ salaf dan khalaf
termasuk ulama’ mua’sir akan disusun dalam sebuah risalah ringkas sebagai
rujukan kita yang sedang mengamalkan amalan sedemikian... insya Allah.
SUKEK: Untuk terakhirnya, apakah pesanan ustaz untuk pembaca
SUKEK dan pelawat homepage ini ?
US. AMIN: Di kesempatan ini , saya ingin mengutarakan pendapat salah
seorang ulama’ mazhab Maliki yang bernama al-Allamah Syihab al-Qurafi r.a
yang menyatakan dalam kitabnya ‘al-Furuq: juz 3 (m/s 193). Sesungguhnya
mengadakan tahlil sepertimana kebiasaan yang dilakukan oleh umat Islam pada
hari ini adalah amat wajar dan mestilah diharapkan keberhasilannya , kerana
Allah S.W.T bersifat Pemurah dan Ihsan serta kasih sayang yang amat luas.
Seterusnya saya berpesan pada diri saya dan pembaca sekalian agar sama-sama
berusaha memahami al-Quran dan Sunnah sedaya upaya yang mungkin. Ini kerana
al-Quran yang diturunkan adalah kitab pembawa manfaat kepada yang masih hidup
dan yang sudah mati. Marilah kita beramal dengannya dan menyokong seluruh
golongan yang hendak melaksanakan hukum al-Quran , baik individu, kumpulan
maupun parti politik di atas muka bumi Allah ini. Justeru itu, kita sebagai pelajar
agama dan bidang-bidang lainnya perlu menyedari dalam mengejar matlamat agar
hukum Allah terlaksana pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh
pelusuk dunia , di mana sudah menjadi perkara biasa perselisihan pendapat dalam
masalah furu’ tidak boleh dijadikan faktor untuk memisahkan hubungan kasih
sayang sesama saudara seislam.
Buat
akhirnya, saya mengharapkan teguran membina serta pembetulan terhadap kesalahan
yang terdapat dalam jawapan saya yang berpengetahuan cetek ini daripada pembaca
sekalian, agar dapat saya memperbaiki risalah yang akan saya terbitkan nanti.
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T jua, segala yang
buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. “Ya Allah
kurniakanlah kepada kami sekalian kebaikan di dunia dan diakhirat Peliharalah
kami dari siksa api nerakamu”