ASAS FEKAH

 

Bab 1 : Bersuci


Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis

Nama Najis : Mukhaffafah [ ringan ]
Jenis Najis : Air kencing bayi lelaki [ kurang 2 tahun ] yang menyusu ibu dan tidak makan
                   makanan tambahan

Cara Menyucikan : i.  lap najis
                              ii. percikkan air mutlak* di tempat yang terkena najis

Nama Najis : Mutawassitah [ sederhana ]
Jenis Najis : Semua jenis najis selain dari Mukhaffafah dan Mughallazah

Cara menyucikan : i.  buang najis
                             ii. cuci tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga diyakini
                                 bersih [ tidak berbau dan tidak ada kesan ]

Nama Najis : Mughallazah [ berat ]
Jenis Najis : Semua jenis anjing dan babi serta najis anjing dan babi

Cara Menyucikan : i.   buang najis
                              ii.  cuci tempat yang terkena najis dengan air bercampur tanah, sekali
                              iii. bilas dengan enam kali laluan air mutlak

 

* air mutlak : air yang tidak tercemar

Bab 1 : Bersuci


Istinjak

Cara - cara membersihkan najis : buang air besar atau kecil

1. Alatan : air mutlak
    Cara membersihkan : cuci tempat bernajis sehingga diyakini bersih

2. Alatan : tisu atau batu
    Cara membersihkan : sapu lebih dari tiga kali [ tiga helai tisu ] sehingga diyakini bersih

3. Alatan : tisu dan air [ cara yang paling afdhal ]
    Cara membersihkan : sapu dengan tisu, kemudian sucikan dengan air mutlak

tag02

Mandi Wajib

1. Membersihkan badan daripada kotoran atau bahan - bahan yang menghalang air aadaripada sampai ke seluruh badan

2. Niat

aa

Bermaksud :
Sahaja aku mandi wajib seluruh badan kerana Allah s.w.t.

3. Meratakan air ke seluruh badan
a. Sunat menjirus air di anggota sebelah kanan badan, diikuti dengan anggota sebelah kiri
b. Seluruh anggota tubuh badan mestilah dibasahkan

Bab 1 : Bersuci

 

Tayammum

Cara - cara Bertayammum :

01.  Memilih kawasan tanah yang bersih, kering dan berdebu

02.  Melafazkan niat :

 

Bermaksud :
Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardhu kerana Allah s.w.t.

03.  Menepuk tapak tangan ke debu

04.  Mengurangkan debu yang melekat dengan cara meniup ke kedua - dua tapak tangan

05.  Menyapu debu ke muka

06.  Membuang debu musta'mal [ debu yang telah digunakan ] pada tapak tangan

07.  Menepuk sekali lagi tapak tangan ke debu

08.  Menyapu tangan kanan dengan meletakkan di atas jari tangan kiri, melurutkannya
       hinggake siku. Pusingkan tangan kanan dengan meletakkan di atas tapak tangan
       kiri, melurutkannya hingga ke jari.

09.  Menyapu tangan kiri dengan meletakkan di atas jari tangan kanan, melurutkannya
       hingga ke siku. Pusingkan tangan kiri dengan meletakkan di atas tapak tangan kanan,
       melurutkannya hingga ke jari.
      

10.  Menurut Tertib

 

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Sujud Sahwi

01. Sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah tamat bacaan tahiyat akhir sebelum
     
salam

02. Dilakukan sujud sahwi kerana terlupa sesuatu dalam solat :

a.   Terlupa rukun solat - perlu disempurnakan rukun tersebut, misalnya :
      Seseorang itu terus sujud tanpa rukuk [ terlupa ], maka hendaklah dia bangun semula
      untuk melakukan rukuk. Sebelum salam hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

b.   Tertinggal sunat Ab'adh, misalnya terlupa baca doa qunut :
      Sebelum salam hendaklah ia melakukan sujud sahwi.

c.   Terlupa rakaat solat, misalnya adakah empat atau tiga rakaat solat Zohor, maka tambah
      satu rakaat. Sebelum salam hendaklah ia melakukan sujud sahwi.

d.   Memanjangkan rukun yang pendek, misalnya duduk di antara dua sujud. Sebelum salam
      hendaklah is melakukan sujud sahwi.

 

Bacaan dalam sujud sahwi :

Bermaksud:
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

 

tag02

Berhenti Solat

Harus berhenti sewaktu sedang solat disebabkan ada kecemasan, misalnya seorang ibu harus berhenti solat bila anak kecilnya dalam bahaya.

Sebelum berhenti solat, beliau perlu menamatkan solatnya dengan memberi salam ke kanan, sekalipun beliau sedang berdiri.

Ibu tersebut haruslah meneruskan solat setelah anaknya selamat.

Sebagai contoh, ibu tersebut sedang rukuk dalam rakaat kedua solat Zohor apabila beliau menamatkan solatnya.

Apabila ia menyambung solatnya, hendaklah ia Takbiratul - Ihram, dan mengulangi rakaat kedua. Setelah selesai rakaat kedua, beliau seharusnya ke rakaat ketiga dan keempat, sehingga sempurna solat Zohornya.

 

tag03

Ibu Mendukung Anak Dalam Solat

Seorang ibu yang sedang solat telah terlebih dahulu meletakkan bayinya di sisinya.
Sedang ibu tersebut membaca surah Al - Fatihah, bayinya menangis. Maka dia
diharuskan :

a. Turun mendapatkan bayinya [ satu pergerakan ]

b. Berhenti sejenak

c. Mengambil bayinya [ satu pergerakan ]

d. Berhenti sejenak

e. Bangun sambil mendukung bayinya [ satu pergerakan ]

f. Menyambung bacaan surah Al - Fatihah

Perhatian : Perbuatan berhenti sejenak seperti dalam langkah b dan d adalah untuk
                   mengelak dari terbatal solat akibat tiga pergerakan anggota berat
                   berturut - turut

                  Ibu tersebut juga perlu memastikan yang dadanya tidak berpaling dari
                  Qiblat semasa melakukan langkah - langkah a hingga f

 

 

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Perkara - perkara yang membatalkan solat

01. Berhadas kecil atau besar.

02. Terkena najis pada diri atau pakaian dengan kadar yang tidak boleh dimaafkan.

03. Bercakap dengan sengaja atau ketawa.

04. Makan atau minum.

05. Bergerak tiga kali berturut - turut

06. Membelakangkan Qiblat dengan dada [ kecuali dalam kenderaan ].

07. Terbuka aurat dengan sengaja. Kalau terbuka aurat secara tidak sengaja, perlu ditutup
      dengan segera. Kalau dibiarkan untuk masa yang lama, solat akan terbatal.

08. Menambah atau mengurangkan rukun solat dengan sengaja.

09. Ada niat hendak berhenti solat.

10. Tertinggal atau mendahului imam dua rukun dengan sengaja.

11. Gila, mabuk atau pitam.

12. Murtad.

Adab keluar daripada solat

Apabila solat seseorang itu telah terbatal, ia hendaklah memberi salam ke kanan dan keluar daripada tempat solat.

 

tag03Makruh berseorangan dalam saf semasa solat berjemaah

Bila makmum [ berseorangan ] telah takbir

Beliau perlu meminta seorang makmum di saf hadapan undur ke belakang dengan cara menepuk bahu makmum tersebut.

 

tag04Berjalan dalam solat

Harus dilakukan selagi tidak membelakangkan Qiblat. Makmum itu perlu melangkah setapak [ undur ], berhenti seketika, melangkah semula, berhenti seketika dan melangkah untuk membetulkan saf.

 

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Masbuq

Makmum datang lewat, sekiranya ia [ makmum masbuq ] mendapati imam sedang rukuk, maka hendaklah makmum itu bertakbir

dan niat solat, serta terus rukuk bersama imam.

Sekiranya dapat rukuk sejenak bersama imam, maka makmum tersebut sempurna satu rakaat, walaupun tidak membaca

 

tag02Kiraan Rakaat

Bermula daripada takbir

sehingga imam rukuk.

* Mesti melafazkan

* Rukuk itu dalam keadaan tumakninah, iaitu sempat melafazkan

 

tag03

Muwafiq

Makmum mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca  Al - Fatihah . Sekiranya ia [ makmum muwafiq ] masih belum selesai [ bukan dengan sengaja ], 
sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah makmum tersebut menghabiskan
bacaan Al - Fatihah .

Sekiranya makmum tersebut masih tidak selesai membaca  Al - Fatihah, sedangkan imam telah bangun untuk rakaat kedua; makmum tersebut perlu memilih samada :

a. berpisah dengan imam, atau

b. bersama imam tetapi rakaat itu tidak diambil kira.

 

tag04

Solat Jumaat

Sesiapa yang terlewat sampai ke masjid, makmum itu pula tertinggal rukuk [ rakaat kedua ] bersama imam; maka hendaklah makmum tersebut berniat solat Jumaat mengikut imam tetapi ia [ makmum itu ] perlu melengkapkan empat rakaat solat Zohor.

 

tag05

Imam Terlupa

Makmum lelaki perlu memberitahu imam dengan lafaz :

Makmum wanita perlu memberitahu imam dengan tepukan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri.

 Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Solat Qasar dan Jamak

Ciri - ciri mengharuskannya

01. Perjalanan sehala melebihi 90km

02. Musafir, tujuan baik dan atas kerelaan sendiri

03. Tahu destinasi yang dituju

04. Berniat musafir [ bukan untuk menetap / bermukim ] sekalipun balik kampung
      menziarahi ibu bapa

05. Faham cara - cara melakukan solat Qasar dan Jamak

06. Berimamkan orang musafir [ kecuali Jumaat ] atau solat bersendirian

07.
Sebelum salam, masih dalam musafir [ belum sampai ke kediaman sendiri ]

08. Berturut - turut Qasar dan Jamak

09.
Mengikut tertib waktu, contohnya : mendahului solat Zohor, kemudian solat Asar
      [ Jamak Takdim sahaja ]

10. Bermula diharuskan solat Qasar dan Jamak setelah seseorang itu keluar rumah dan telah
      membelakangi rumahnya.

     
      Akan tetapi diharuskan juga solat Qasar dan Jamak di rumah sebelum musafir sekiranya
      darurat

11.
Tempoh seseorang itu diharuskan solat Qasar dan Jamak, apabila sampai ke destinasi
      yang dituju, adalah tidak lebih dari tiga hari [ tidak termasuk hari perjalanan dan hari
      pulang ]
    
      Walau bagaimanapun, kita lihat contoh seseorang yang menjalankan urusan penting,
      di mana beliau menjangkakan urusannya selesai dalam masa tiga hari, tetapi tidak
      selesai.

      Esoknya dijangka selesai, tetapi tidak juga selesai. Jangkaan akan selesai tugas dari hari
      ke hari berlarutan sehingga lapan belas hari.

      Maka beliau diharuskan solat Qasar dan Jamak. Bila masuk hari ke sembilan belas,
      beliau kenalah solat bermukim [ solat biasa ]

 

Berakhir Solat Qasar dan Jamak

01. Kembali ke kediaman / tempat tinggal sendiri

02. Berniat untuk menetap / bermukim

03. Berada di sesuatu tempat musafir lebih dari tiga hari

 

Kategori Solat Qasar dan Jamak

01. Taqdim :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib

Perhatian : Wajib ikut tertib, contohnya solat Zohor, kemudian solat Asar

02. Takhir :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak

 

Cara Solat Qasar dan Jamak

Lafaz niat solat Qasar dan Jamak Taqdim dengan solat Takhir adalah sama, kecuali berlaku perubahan pada perkataan Taqdim atau Takhir

 

01. Solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Zohor

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dihimpunkan Asar dengan Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Berdiri untuk menunaikan solat Asar pula

 

b. Niat Fardhu Asar

 

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Doa

 

02. Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Maghrib [ tiada Qasar ]

 

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dihimpunkan Isyak dengan Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat tiga rakaat dan diakhiri dengan salam

- Berdiri untuk solat Isyak pula

 

b. Niat Fardhu Isyak

 

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Isyak, dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Doa     

 

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Solat Jenazah

1.   Berdiri [ bagi yang mampu ]

2a. Niat dan Takbir

      Jenazah Lelaki :

     Jenazah Wanita :

Bermaksud :
Sahaja aku solat atas jenazah ini, empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah s.w.t.

2b. Baca Al - Fatihah

3a. Takbir

3b. Selawat :

4a.  Takbir

4b. Doa untuk Jenazah

      Jenazah Lelaki :

      Jenazah Wanita :

Bermaksud :
Ya Allah, ampunilah jenazah, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan segala kesalahannya.

5a. Takbir

5b. Doa untuk orang Islam :

6.  Salam.

 

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Solat Sunat Syukur

Cara mengerjakan Solat Sunat Syukur :

01. Niat

Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah

02. Rakaat Pertama :
      Baca surah Al - Fatihah diikuti dengan Ayat Kursi

03. Rakaat Kedua :
      Baca surah Al - Fatihah diikuti dengan surah Al - Ikhlaas

04. Sujud Terakhir :
a.   Mohon sekolah selamat, dan kita yang berada di dalamnya diberkati
b.   Mohon iman dan akhlak kita bertambah baik

05. Salam.

 

tag02

Sujud Syukur

Cara mengerjakan Sujud Syukur

01. Niat :

Sahaja aku bersyukur kerana Allah s.w.t.

02. Takbiratul Ihram

03. Sujud Syukur

 

Bermaksud :
Dahiku bersujud kepada Allah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Kreatif, Yang menjadikan mendengar dan melihat di atas kekuasaan dan kekuatan Allah. Amat banyak kebaikan Allah yang sebaik - baik pencipta.

04. Salam.

Tata Tertib Dalam Solat : Penutup

 

Penghayatan Ibadah Solat

1. Fardhu Solat dimudahkan oleh Allah untuk didirikan, samada waktu aman atau waktu
    perang, waktu menetap atau musafir, waktu sihat atau sakit

2. Kemudahan ini adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia

3. Solat merupakan ikrar* manusia di hadapan Allah, Tuhan sekalian alam : Solatku,
    ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah

   

4. Oleh sebab itu, solat merupakan satu sukatan pengajaran dari Allah untuk membina
    insan manusia menghadapi cubaan hidup di dunia

Firman Allah :

[ Al - Ankabut : 45 ]

Bermaksud :
Solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran

5. Solat membina jiwa seseorang supaya tabah di dalam solat dan tabah selepas solat.
    Semasa solat sanggup mentaati perintah Allah dan selepas solat masih mentaati
    perintah Allah dan menjauhi perkara mungkar

6. Solat membina fikiran seseorang supaya khusyuk iaitu memberi tumpuan seikhlasnya
    kepada Allah.
Selepas solat, perlu menjaga fikirannya agar tidak terpengaruh dengan
    perkara  - perkara keji dan lucah

7. Solat membina fizikal seseorang supaya sihat dan bersih. Selepas solat, perlu terus
    menjaga kesihatan dan kebersihan badan, pakaian dan tempat di mana ia berada

8. Solat membina emosi seseorang supaya tenang, sabar dan berkeyakinan diri. Selepas
    solat perlu terus mengekalkannya sebagai insan yang baik

9. Solat membina akhlak dan disiplin seseorang seperti menepati waktu dan mengikut
    peraturan,dan selepas solat perlu terus dengan akhlak dan disiplin demikian

 

Begitulah, sepatutnya solat membina dan membentuk perwatakan seseorang dalam kehidupan sehariannya. Beliau mampu menjadi insan yang baik.

Amat malang, bagi seseorang yang berjanji dan berikrar* di hadapan Allah, kalau selepas
itu beliau hidup dalam kekejian dan kemungkaran.

 

Bab 3 : Puasa


1. Puasa Wajib

a. Puasa Ramadhan
    Selama sebulan di dalam bulan Ramadhan

b. Puasa Qadha
    Menggantikan beberapa hari yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan

c. Puasa Nazar
    Dilakukan apabila seseorang telah bernazar. Contohnya, seseorang yang ingin mendapat
    anak berkata "Jika isteriku dikurniakan anak, maka aku akan puasa satu hari".

   
Kalau permintaannya dimakbulkan, wajiblah dia menunaikan nazarnya.

d. Puasa Kifarah
    Puasa denda disebabkan :

i.  Bersetubuh siang hari di bulan Ramadhan
    Kifarahnya : suami wajib berpuasa dua bulan berturut - turut.
Isteri hanya perlu
    puasa Qadha
    [ Al - Baqarah : 187 dan Al - Hadis ]

ii. Membunuh manusia tanpa sengaja
    Kalau pembunuh itu seorang lelaki, ia kenalah berpuasa dua bulan berturut - turut
    [ An - Nisa' : 92 ]
    

    Sekiranya telah berpuasa dan mencuba tetapi tidak mampu, maka diharuskan
    memberi makan kepada 60 orang fakir miskin; menggantikan puasa dua bulan
    berturut - turut

    Kalau pembunuh itu seorang wanita, maka ia perlu memberi makan kepada 60
    orang fakir miskin

iii. Menziharkan Isteri [ menyerupakan isteri dengan ibu suami ]
    Sebagai contoh, seorang suami berkata kepada isterinya :
    "Punggungmu seperti  punggung ibuku"
    Kifarahnya : suami kenalah puasa dua bulan bertururt - turut
    [ Al - Mujaadalah : 4 ]

iv. Melanggar sesuatu yang diharamkan semasa berihram
     Contohnya : memotong kuku. Kifarahnya : puasa tiga hari berturut - turut
     [ Al - Baqarah : 196 ]

v. Merosakkan Sumpah
    Kifarahnya : puasa tiga hari berturut - turut
    [ Al - Maidah : 89 ]

2. Haram [ berdosa ] Berpuasa

a. Hari Raya Pertama Aidil Fitri  [ 1 Syawal ]

b. Hari Raya Pertama Aidil Adha [ 10 Zulhijjah ]

c. Hari Tasyrik [ 11, 12 dan 13 Zulhijjah ]
    Pengharaman ini dikecualikan bagi orang yang sedang menunaikan Haji kerana terpaksa
    berpuasa dan dalam darurat
    [ Al - Baqarah : 196 ] 

d. Hari Syak [ 30 Syabaan ]
    Pengharaman ini dikecualikan untuk puasa Qada, Nazar dan Kifarah; atau seseorang
    yang biasa puasa Isnin dan Khamis
    [ Al - Hadis : Kitab Subulu Salam ]

e. Haram isteri berpuasa sunat, sekiranya suami ada di rumah. Pengharaman ini
    dikecualikan sekiranya suami mengizinkan isteri berpuasa sunat
    [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

f. Haram seseorang wanita itu meneruskan puasa, sedangkan beliau sudah keluar darah haid

g. Haram bagi mereka yang sakit tenat, sekiranya berpuasa itu akan membinasakan diri
   
tag02

3. Makruh [ tidak digalakkan ] Berpuasa

a. Puasa sepanjang tahun [ tidak termasuk pengharaman di atas ]
    [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

b. Puasa hari Jumaat secara tunggal
    [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

c. Puasa hari Sabtu secara tunggal. Perlu diingatkan bahawa hari sabtu adalah hari
    kebesaran orang Yahudi
    [ Riwayat Imam Abu Daud ]

d. Puasa hari Ahad secara tunggal. Perlu diingatkan bahawa hari Ahad adalah hari
    kebesaran orang Kristian

e. Puasa sehari semalam
    [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

f. Orang yang terlalu tua, sarat mengandung, ibu yang menyusu anak, sakit yang disahkan
   syarak dan musafir yang jauh dan terlalu penat
  
tag03

4. Sunat [ digalakkan ] Berpuasa

a. Puasa sehari dan berbuka sehari [ berselang seli ]
    [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

b. Puasa tiga hari dalam sebulan [ 13, 14 dan 15 mengikut takwim Islam ]
    [ Al - Hadis : Kitab Subulu Salam ]

c. Setiap Isnin dan Khamis
    [ Riwayat Imam Abu Daud ]

d. Enam hari dalam bulan Syawal
    [ Riwayat Imam Ahmad ]

e. Hari Arafah [ 9 Zulhijjah ] bagi mereka yang tidak mengerjakan haji
   [ Riwayat Imam Muslim ]

f. Hari Asyura [ 9 dan 10 Muharram ]
   [ Riwayat Imam Muslim ]

g. Puasa di Bulan Haram [ Zul Qaedah, Zulhijjah dan Muharram ]
    [ Riwayat Imam Muslim ]

h. Puasa di bulan Rejab

i. Puasa di bulan Sya'ban [ kecuali 29 dan 30 ]
   [ Al - Hadis : Imam Bukhari dan Muslim ]

 

 

Niat Puasa Sunat

Bagi puasa sunat, waktu berniat puasa dilewatkan sehingga sebelum tergelincir matahari
[ sebelum waktu Zohor ].
Syaratnya, seseorang yang ingin berpuasa belum lagi berbuka.

[ Al - Hadis : Saidatina Aisyah ]

tag04

Rukun Puasa

1. Menahan diri daripada berbuka [ batal puasa ], mula terbit Fajar Sadiq [ Imsak ] hingga
    terbenam matahari [ Maghrib ]
    [ Al - Baqarah : 178 ]

Peringatan :
a. Bagi negara yang siangnya panjang, tempoh masa rakyatnya berpuasa adalah
    sama dengan tempoh masyarakat Mekah berpuasa

b. Bila terbit fajar, makanan dalam mulut hendaklah diluahkan [ dikeluarkan ], atau
    kalau sedang berjimak; wajiblah pasangan tersebut bercerai badan dengan
    serta - merta

2. Niat pada malam hari, iaitu setiap malam Ramadhan
    [ Riwayat Imam Ahmad ]

Peringatan :
a. Dikira niat, apabila seseorang berazam untuk berpuasa pada keesokkan hari

b. Dikira niat, apabila seseorang itu bangun bersahur untuk puasa pada keesokkan
    hari

c. Dikira niat, apabila terlintas di hati untuk berpuasa pada keesokkan hari

d. Harus berniat puasa pada bila - bila masa, di antara Maghrib sehingga waktu
    Imsak

Lafaznya :

Sahaja aku berpuasa hari esok dalam bulan Ramadhan, tahun ini, kerana Allah taala

Lafaz puasa Qadha :

Sahaja aku berpuasa hari esok, ganti puasa, kerana Allah taala

Keutamaan Puasa

Bagi sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, maka hendaklah ia mengqada'kan puasa
Ramadhan sebelum melakukan puasa sunat.
[ Adalah makruh mengerjakan puasa sunat dahulu, kemudian baru puasa Qada' ]

Adalah amat digalakkan, seseorang berniat dan mengerjakan puasa Qada' pada hari - hari
disyorkan berpuasa sunat.
Contohnya : Puasa Qada' dalam bulan Syawal.

Muslimin atau Muslimat tersebut diberi pahala oleh Allah s.w.t. [ pahala Qada' dan pahala Sunat Syawal ], Insya - Allah.

 


Batal Puasa

01. Sengaja memasukkan sesuatu ke dalam lubang rongga badan [ mulut, hidung, telinga,
      kemaluan dan dubur ] seperti makanan, minuman, debu, ubat atau menghisap rokok.
      [ Al - Baqarah : 178 ]

      Peringatan :
      a. Air liur yang mengalir melepasi bibir, kemudiannya ditelan; membatalkan puasa
      b. Berkumur [ dengan air ] berlebihan sehingga tertelan air, membatalkan puasa
      c. Merasa garam berlebihan, membatalkan puasa

      Pengecualian :
      a. Berbekam tidak membatalkan puasa
      b. Suntikan ubat di bahu [ bukan rongga badan ] tidak membatalkan puasa
      c. Menitiskan ubat di mata tidak membatalkan puasa

02. Sengaja muntah
      [ Al - Hadis : Imam Ahmad ]

03. Keluar air mani dengan sengaja

04. Bersetubuh dengan sengaja
      [ Al - Hadis : Riwayat Imam Bokhari ]

      Perhatian :
      Terlupa, tersalah atau dipaksa tidak membatalkan puasa
      [ Riwayat Imam Abu Hurairah dan Ibnu Abbas ]

05. Keluar haid atau nifas [ bersalin ]
      [ Al - Hadis : Saidatina Aisyah ]

06. Berniat berbuka puasa

07. Gila

08. Murtad
      [ Al - Baqarah : 217 ]

09. Pitam sepanjang hari

 


Fidyah

Memberi makanan asasi kepada fakir miskin dengan kadar satu hari bersamaan secupak
beras [ 675 gram ]. Sekiranya tidak mampu secupak beras, haruslah memberi fakir miskin,
walaupun seulas tamar [ kurma ].
[ Riwayat Imam Tarmizi ]

Golongan dikenakan fidyah :

01. Seseorang tertinggal puasa, sedangkan beliau mampu untuk mengqada'kan puasa.
      Disebabkan kecuaiannya, beliau meninggal dunia sebelum sempat menqada'kan
      puasanya.
Warisnya wajib memberi fidyah.
      [ Riwayat Saidatina Aisyah ]

02. Mereka yang terlalu tua [ tidak mampu berpuasa lagi ]
      [ Al - Baqarah : 184 ]

03. Ibu hamil, atau menyusukan anak yang bimbang kesihatan diri dan anaknya; lalu beliau
      tidak berkesempatan berpuasa sepanjang tahun.
     
[ Riwayat Imam Ahmad ]

04. Sakit sepanjang tahun [ disahkan oleh ahli perubatan ]

05. Bekerja sebagai buruh kasar sepanjang tahun. Sebagai contoh, buruh binaan yang
      bekerja di tengah kepanasan matahari.

      Peringatan :
Kena bayar fidyah sahaja

06. Lewat qada' puasa

      Contoh : 
      Pada Ramadhan 2000, seseorang itu tertinggal sehari puasa. Setibanya Ramadhan
      2001, beliau masih belum menqada'kan puasa tersebut
      [ qada' sehari dan satu unit fidyah ]

      Setibanya Ramadhan 2002, beliau masih belum qada' puasa
      [ qada' sehari dan dua unit fidyah ]

      Peringatan :
      Fidyah bertambah dengan bergantinya Ramadhan

Amalan - amalan yang digalakkan semasa berpuasa

01. Segera berbuka setelah nyata masuk waktu Maghrib. Berbuka dengan kurma
      [ manisan ] dan air.
      [ Riwayat Imam Bokhari dan Muslim ]

02. Bersahur
      [ Riwayat Imam Ahmad ]

03. Kawallah lidah dan pancaindera daripada perkara - perkara yang dilarang Allah s.w.t.
      seperti mengumpat
      [ Riwayat Imam Bokhari ]

04. Berdoa ketika berbuka dengan doa tertentu
      [ Riwayat Ibn Majah ]

05. Menjaga kebersihan gigi - Bab Siwak - sepanjang siang Ramadhan
      [ Riwayat Imam Tarmizi ]

06. Menjamu makanan kepada orang yang berbuka
      [ Riwayat Imam Tarmizi ]

07. Melipatgandakan amal ibadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
      [ Saidatina Aisyah ]

08. Pertingkatkan pemahaman agama dan bacaan Al - Quran
      [ Al - Baqarah : 185 ]

09. Lebih baik mandi wajib sebelum imsak
      [ Riwayat Imam Bokhari ]

10. Perkukuhkan silaturrahim, seperti berbuka dan Solat Tarawih di masjid
      [ Riwayat Imam Bokhari ]

Lailatul Qadar

Imam Ahmad dan Imam Muslim menceritakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil
dalam sepuluh terakhir Ramadhan

Malam ini teramat istimewa kerana :

Surah Al - Qadr : 1 - 5

.

Bermaksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al - Quran ) pada
malam Lailatul Qadar

Dan tahukah kamu Lailatul Qadar itu?

 

Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan

Pada malam itu turun malaikat - malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

 

Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar

1. Syed Qutub menjelaskan di dalam Fi Zilalil Quran, bahawa pentingnya malam Lailatul
    Qadar adalah kerana peristiwa itu mengingatkan kita pada malam ulangtahun penurunan
    Al - Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Kehebatan malam ini terlalu agung untuk digambarkan oleh akal manusia.Satu sejarah
    komunikasi di antara Langit ( Allah ) dengan bumi ( makhluk ). Di sini bermula
    ketentuan hidup manusia. Seolah - olah Al - Quran bercakap, memberi nasihat dan .....
    manusia pula menjawab, ' kami dengar dan kami taat '.

2. Ibnu Khatir menjelaskan di dalam kitab tafsirnya bahawa amalan ikhlas yang dilakukan
    pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan ( bersamaan ± 83 tahun ) dari
    sudut ganjaran pahala.

    Oleh itu, alangkah ruginya kita, seandainya kita tidak memberi tumpuan pada sepuluh
    malam terakhir Ramadhan.

3. Imam Bokhari dan Imam Muslim menjelaskan di dalam kitab Hadis mereka :
    Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh
    keikhlasan, InsyaAllah diampunkan dosanya dengan Allah, apa - apa yang dilakukan
    pada masa lalu.

    Dosa dengan manusia, perlu memohon maaf dari manusia

    Pada malam Lailatul Qadar, jumlah para malaikat yang turun ke bumi teramat banyak,
    melebihi dari hari - hari biasa.
Malaikat turun untuk sama - sama menyaksikan
    manusia menghidupkan malam tersebut dengan beribadah.
Alangkah beruntungnya
    mereka yang ikhlas beribadah, dihampiri dan didoakan oleh para malaikat.

4. Al - Marhum Syed Sabit dalam kitab Fiqh Sunnah menjelaskan bahawa setiap orang
    Muslim yang menghidupkan malam sepuluh terakhir Ramadhan adalah semata - mata
    mengikut sunnah rasul dan amalan para sahabat; kerana malam tersebut adalah
    malam keamanan sejagat yang dijamin oleh Allah s.w.t.

Mungkin ada banyak kelebihan Lailatul Qadar yang tidak dilengkapkan, tetapi tujuan kita
adalah untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah.
Semoga kita digolongkan oleh Allah s.w.t.
di dalam kumpulan muttaqin.

Tanda - tanda Malam Lailatul Qadar
a. Cuaca yang tidak terlalu panas dan terlalu sejuk pada malam Lailatul Qadar

b. Malam itu dirahsiakan, kerana Allah mahu melihat siapakah di antara manusia yang
    bersungguh - sungguh, mencari dengan penuh ikhlas tanpa jemu - jemu

Solat Tarawih

Dikenali juga sebagai Solat Sunat Qiyam, dilakukan pada bulan Ramadhan.

Bilangan rakaat Solat Tarawih tidak ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi bergantung
kepada kemampuan dan keikhlasan para sahabat.

Ada yang solat sebelas rakaat termasuk witir, dan ada sahabat yang solat dua puluh tiga
rakaat berserta witir.

Maka, kita ikutlah salah satu daripadanya dan jangan tinggalkan kecuali uzur.

Ganjaran pahala dari Allah s.w.t. :
Sepuluh hari di awal Ramadhan adalah rahmat, sepuluh hari di pertengahan adalah keampunan, dan akhir Ramadhan, adalah dijauhi azab neraka.
[ Kitab Faidul Qadir : Jilid 3 ]

 

Kaifiat Solat Tarawih 8 Rakaat

Bagi Memulakan Solat Tarawih

Memulakan Solat Tarawih :

a. Bilal menyebut :
    

b. Bilal menyebut :
    

    Jamaah menjawab :
   

c. Bilal menyebut :
   

    Jamaah menjawab :
   

d. Bilal menyebut :
    

    Jamaah menjawab :
    

e. Bilal menyebut :
    

    Jamaah menjawab :
    

 

 

Solat Sunat Witir

5. Jamaah menyambung Solat Witir dua rakaat dan salam

    Lafaz niat Solat Sunat Witir bagi dua rakaat yang pertama ialah :

  

    Bermaksud :
    
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat [ ikut imam ] kerana Allah Ta'ala

Perhatian :

Rakaat Pertama : Baca Al - Fatihah dan surah Al - A'laa

Rakaat Kedua   : Baca Al - Fatihah dan surah Al - Kaafiruun

 

6. Jamaah menyambung Solat Witir satu rakaat dan salam

    Lafaz niat Solat Sunat Witir bagi rakaat yang terakhir ialah :


    

    Bermaksud :
    
Sahaja aku solat witir satu rakaat [ ikut imam ] kerana Allah Ta'ala 

Perhatian :

Pada rakaat ini, baca  : Al - Fatihah, surah Al - Ikhlaas, Al - Falaq dan An - Naas

Pada malam ke 16 hingga malam akhir Ramadhan disunatkan membaca Qunutpada
rakaat terakhir Solat Sunat Witir.
Bacaan Qunut di sini adalah sama dengan bacaan
Qunut pada solat Subuh

 

Nota Tambahan :

Masa untuk mengerjakan Solat Sunat Witir bermula selepas Isyak sehingga sebelum Subuh
[ Saidatina Aisyah ]

Solat sunat ini dikerjakan secara ganjil, iaitu satu rakaat, tiga rakaat, lima rakaat, .....
[ Riwayat Imam Tarmizi ]

Selepas membaca Alfatihah, diharuskan membaca mana - mana surah
[ Saidina Ali ]

Seseorang yang telah mengerjakan Solat Sunat Witir, harus mengerjakan solat sunat lain
tanpa mengerjakan Solat Sunat Witir lagi
[ Riwayat Imam Abu Daud ]

Solat Hari Raya

Di antara amalan yang digalakkan :

01. Mandi, berwangi - wangian dan berpakaian bersih
      [ Riwayat Imam Shafie ]

02. Menceriakan Hari Raya dengan membesar - besarkan Allah s.w.t.
      [ Riwayat Thibroni ]

03. Pereratkan silaturrahim, bermaaf - maafan dan menjamu tetamu [ sedekah ]
      [ Riwayat Imam Bokhari ]

04. Diharuskan berhibur dengan nasyid atau permainan yang harus, untuk menyegarkan jiwa
      dan badan supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t.
      [ Riwayat Imam Ibnu Hiban ]

05. Telah membayar Zakat Fitrah
      [ Riwayat Abu Daud ]

 

Lafaz Takbir

Bermaksud :
Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar! Tiada Tuhan sebenarnya melainkan Allah, dan Allah yang Maha Besar! Dan bagi Allah segala pujian.

Allah itu Maha Besar sebesar - besarnya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tidak kami sembah melainkan kepadaNya.

Kami mengikhlas hati taat bagiNya, walaupun tidak disukai oleh orang kafir. Tiada Tuhan selain dari Allah yang Esa.

Dia membenarkan janjiNya, menolong hambaNya dan menghancurkan kumpulan -
kumpulan musuh.

Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Besar serta
bagiNya segala pujian.

 

Solat Hari Raya : Dua Rakaat

1a. Lafaz niat Solat Sunat Aidil Fitri :


     

      Bermaksud:
     
Sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua rakaat, ma'mum
      kerana Allah Ta'ala

1b. Lafaz niat Solat Sunat Aidil Adha :


     

      Bermaksud :
     
Sahaja aku sembahyang sunat hari raya qurban dua rakaat, ma'mum
      kerana Allah Ta'ala

  2. Takbiratul Ihram

  3. Pada rakaat pertama, sesudah selesai membaca Doa Iftitah, bertakbir tujuh kali dan
      baca Al - Fatihah

      Di antara takbir dengan takbir berikutnya diselangi dengan Tasbih. 

      Lafaz Tasbih :

     

      Bermaksud :
     
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah.
      Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan
      kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung

 

  4. Pada rakaat kedua, takbir lima kali dan baca Al - Fatihah

      Di antara takbir dengan takbir berikutnya diselangi dengan Tasbih.

 

  5. Sesudah salam, dengar khutbah

Amalan - amalan yang patut dijauhi semasa berpuasa

01. Merasa makanan dengan lidah adalah harus tetapi tidak digalakkan [ makruh ]
      perlakuan ini berulang - ulang
      [ Saidatina Aisyah ]

02. Berbekam [ menyedut darah ], sekiranya melemahkan diri
      [ Riwayat Imam Bokhari ]

03. Berkumur - kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan
      [ Imam Abu Qudamah ]

04. Menyelam dalam air atau membasahi kepala secara berlebihan kerana dikhuatiri air
      masuk ke dalam rongga
      [ Riwayat Imam Ahmad ]

05. Berkata - kata, menonton, memikirkan atau melakukan sesuatu yang tidak senonoh
      Maksud Sabda Rasul s.a.w. :
      Berapa ramai yang berpuasa tetapi tiada baginya puasa [ pahala ] kecuali

      lapar dan dahaga

06. Mencium dan memeluk isteri adalah harus, tetapi tidak digalakkan; khuatir suami tidak
      dapat mengawal nafsu
      [ Saidatina Aisyah ]

07. Melewatkan mandi wajib, sehingga selepas imsak
      [ Saidatina Aisyah ]

Penghayatan Ramadhan

Apabila Allah s.w.t. mewajibkan sesuatu perkara kepada hambaNya, ianya adalah untuk
kepentingan manusia itu sendiri.
Sedikitpun Allah tidak mengambil faedah daripada
penciptaan dan syariat yang diperintahkan kepada makhlukNya.

Ini adalah kerana Allah tidak berhajat atau memerlukan bantuan daripada makhluknya.
Malah semua perkara yang diperintahkan Allah, hanyalajh untuk kepentingan manusia itu
sendiri.

Firman Allah yang bermaksud :
Dan sesiapa yang berjihad [ berusaha ] maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Bahawasanya Allah benar - benar Maha Kaya [ tidak perlu
kepada sesuatu ] dari semesta alam
[ Al Ankabuut : 6 ]

Puasa sebulan yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai nilai - nilai taqwa, iaitu
seseorang itu secara sedar dan ikhlas untuk taat pada perintah Allah, juga secara sedar dan
ikhlas untuk menjauhi laranganNya

Firman Allah :


Bermaksud :
Hai orang - orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
ke atas orang - orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa
[ Al Baqarah : 183 ]

Apabila seseorang itu telah berniat puasa, maka sesungguhnya dia telah berikrar dengan
Allah untuk menjadi orang yang bertaqwa bermula terbit fajar [ imsak ] sehingga masuk
waktu Maghrib.

Ketaqwaan ini diteruskan dengan pengisian amalan - amalan soleh di sebelah malam pula.
Peristiwa ini berterusan selama sebulan.

Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang terhadap tubuh badan, kesihatan dan
kebersihannya.
Beliau perlu merehatkan anggota tubuh dari terus bekerja selama sebelas
bulan.

Adalah menjadi satu kezaliman membiarkan anggota dalaman badan bekerja
bertahun - tahun tanpa henti - henti. Apabila seseorang itu berbuka, Rasulullah s.a.w.
berpesan :

Perut itu perlu di isi satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan
satu pertiga udara

[ Riwayat Imam Tarmizi ]

Puasa membentuk ketaqwaan peribadi seseorang iaitu ikhlas, sabar, jujur dan menepati
masa. Dalam masa yang sama, beliau perlu mengawal lidah, mata, telinga dan pancaindera
supaya sentiasa berada di landasan taqwa.

Seseorang itu dianggap gagal dan zalim apabila tidak jujur dan membiarkan matanya
melihat perkara - perkara lucah. Rasulullah s.a.w. berpesan :

Puasa itu benteng [ akhlak mulia ]
[ dari himpunan Hadis - hadis Qursi* ]

* Bermaksud : Rasulullah menyandarkan ucapannya kepada firman Allah yang baginda
                       dapat melalui ilham, dan kadang - kadang melalui malaikat Jibril. Berbeza
                       dengan Al Quran, yang kesemua ayatnya diturunkan melalui Jibril

Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang terhadap pengurusan ekonomi. Seseorang itu
mesti menafkahkan makanan yang halal dan diurus dengan baik. Adalah zalim dan berdosa
apabila seseorang itu melakukan pembaziran.
[ Al Israa' : 27 ]

Puasa membentuk ketaqwaan seseorang terhadap insan lain. Apabila seseorang itu
berpuasa, dia dapat merasakan nilai kesatuan dan kekeluargaan.
Beliau berbuka bersama
keluarga di rumah dan berbuka bersama ahli masyarakat di masjid.

Cara ini mengukuhkan silaturrahim. Adalah zalim dan keterlaluan apabila seseorang itu
berbuka di rumah, kemudian menghabiskan makanan tanpa menghiraukan ahli keluarga
yang belum makan.

Dari sudut yang lain, berpuasa dapat menimbulkan rasa belas kasihan terhadap golongan
fakir dan miskin.
Oleh sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.

Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang supaya hidup seimbang di antara keperluan
duniawi dan keperluan akhirat.
Adalah zalim bagi seseorang itu kalau hanya
bersusah - payah untuk hidup di dunai semata - mata.
Adalah zalim bagi seseorang yang
hanya bersedia untuk akhirat tetapi mengabaikan keperluan dunia.

Allah s.w.t. membekalkan dalam bulan Ramadhan pahala yang berganda - ganda :

1. Bertadarus [ membaca ] Al Quran dan memahami maksud ayat demi ayatnya

2. Bersolat Tarawih

3. Malam Lailatul - Qadar

4. Dibuka pintu syurga [ kebaikan ] dan ditutup pintu neraka [ kejahatan ]

5. Syaitan dikawal dan diikat [ gambaran gerakan besar - besaran seluruh dunia
    membenteras gejala dan masalah penyakit sosial ]

6. Bertakbir dan bersolat Raya

 

Oleh itu, marilah kita bersama - sama menghayati bulan Ramadhan dan gesaan dari
Allah s.w.t. supaya kita sentiasa berada di landasan taqwa. Mudah - mudahan kita tidak
akan termasuk ke dalam golongan yang mengabaikan taqwa.

Sabda Rasulullah [ bermaksud ] :
Berapa ramai yang berpuasa tidak mendapat apa - apa melainkan
lapar dan dahaga sahaja

[ Riwayat Imam Baihaqi ]

Bekalan ketaqwaan selama sebulan itu, perlu dijaga dan dihayati selama sebelas bulan
sebelum bertemu ramadhan akan datang. Insya' - Allah, hidup bertaqwa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. menjadi amalan kita.

Zakat

Sumber ekonomi negara Islam diperolehi melalui beberapa cara :

1. Secara Wajib

a. Zakat Fitrah ( tubuh badan ) untuk orang Islam
    Jizyah ( cukai badan ) untuk orang bukan Islam

b. Zakat Harta untuk orang Islam, Dhoribah ( Taze ) untuk orang bukan Islam
    - zakat emas dan perak ( matawang )
    - zakat perniagaan ( saham )
    - zakat pertanian
    - zakat ternak
    - zakat galian

Perhatian : Pembayaran dan syarat zakat adalah sama di antara  orang Islam dengan bukan
                 Islam, cuma yang berbeza adalah ganjaran pahala di mana orang bukan Islam
                 tidak dapat pahala

2. Sunat

    Sedekah bagi orang Islam dan Taburuk bagi orang bukan Islam

 

Zakat Fitrah
Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah?

1. Islam

2. Mesti mempunyai harta lebih ( bukan fakir ) untuk diri dan tanggungannya

3. Hidup pada akhir Ramadhan ( sebelum Maghrib ) dan awal Syawal ( selepas Maghrib )

Contoh mereka yang tidak wajib membayar zakat fitrah :

a. Bayi yang baru lahir selepas waktu Maghrib awal Syawal
    ( tanda B pada Rajah 1 )

b. Seseorang yang baru meninggal dunia sebelum masuk Maghrib akhir Ramadhan
    ( tanda A pada Rajah 1 )

c. Baru memeluk Islam selepas masuk waktu Maghrib awal Syawal
    ( tanda B pada Rajah 1 )

    Perhatian : Permulaan hari dalam Islam adalah waktu Maghrib

 

Rajah 1

 

Akhir Ramadhan

 

Awal Syawal

 

____________________

Maghrib

____________________

Solat Raya

A

 

B

 

 

Kadar Bayaran

- Kadar bayaran asal adalah satu gantang Baghdad ( 2.7 kg ) makanan asasi.
  
Sebagai contoh, makanan asasi bagi orang
Malaysia adalah beras. Bayaran tersebut
   mestilah jenis beras yang dimakan oleh sesebuah keluarga atau jenis yang lebih baik lagi.

- Walau bagaimanapun, kadar nilai makanan asasi di Malaysia ditentukan oleh Majlis
    Agama Islam

 

Lafaz Niat

" Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku ( dan tanggunganku )
  berjumlah ........................ pada tahun ini kerana Allah taala."

 

Lafaz Niat ( bagi pihak )

" Inilah wang yang berjumlah ....................... bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi
  .......... ( nama ) .......... pada tahun ................ kerana Allah taala."

 

Zakat Fitrah yang tidak dibayar pada tahun semasa, wajib diqadhakan pada tahun berikut

 

Waktu bayaran Zakat Fitrah

Waktu Afdal

Selepas waktu imsak awal Syawal hingga sebelum solat Aidil Fitri

 

.

Waktu Wajib

Selepas waktu Maghrib dan awal Syawal

 

.

Waktu Harus

Dari awal Ramadhan

 

.

Waktu Berdosa

Selepas waktu Maghrib dan dua Syawal serta seterusnya tanpa
keuzuran.
Tetapi seseorang itu wajib qadha.

 

Mereka yang berhak menerima Zakat Fitrah

1. Fakir dan miskin

Afdal memberi zakat kepada keluarga terdekat

 

( bukan tanggungan ) seperti dua pupu dan seumpamanya

.

 

2. Amil

Dilantik oleh pihak berkuasa Agama Islam

.

 

3. Mualaf

Orang yang baru memeluk Islam

.

 

4. Ibnu Sabil

Orang yang berjihad

.

 

5. Musafir

Orang yang terkandas dalam perjalanan bertujuan baik

.

 

6. Orang yang dibebani hutang

 

 

                              

              

Home | Tentang Saya | Agama | Web Pilihan | Gambar