Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:
"Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada
sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12
barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan
mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "
Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka
in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari
sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya
meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular
dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan
keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual
beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu
Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di
Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka
takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari
badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka
adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah
dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata
biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah
orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh
dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka
memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka
adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,
datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah
orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan
derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan
mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,
mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."
Home | Tentang Saya | Agama | Web Pilihan | Gambar