GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi
hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.
Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan
sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah
berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup
baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air
besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta
sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. Selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il
kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke
mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada
Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku
kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang
telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu
berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah
S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah
dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan
batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada
lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi,
tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka
unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta
masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang
Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan
membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah
kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta
yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong
saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang
memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk..
Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan
solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan
solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku
takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara
mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa
dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan
di dunia mahupun akhirat...."