Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri
yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah,
berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai
atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton,
menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati
adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya
persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat
resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat
istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP,
1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions
in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata
Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan
memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin
mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan
menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah:
ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek.,
dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt,
there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee,
there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of
His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau
pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu
daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di
atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah
kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis:
HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah
melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang
meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di
muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik
yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang
berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk
dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang
zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri
kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah
kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir
secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini
berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita
yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR
Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga
terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan
memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat
kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali
perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".