Memendekkan Sembahyang
Soalan
Seorang saudara bertanya saya berkenaan sembahyang semasa didalam perjalanan.
Dia telah mendengar sekiranya perjalanan itu menuju ke rumah ibu bapa (
disebabkan dia belajar di Bandar yang lain), semasa berada di rumah ibu bapa,
dia tidak dihukum sebagai musafir maka oleh itu tidak dibenarkan pula
memendekkan sembahyang, walau pon kesemua syarat musafir ujud ( seperti niat
untuk tidak tinggal lama dari jumlah hari tertentu, jarak jaug etc).
Dapatkah sesiapa nyatakan apakah pendapat ini benar. Saudara yang memberikan
pandangan diatas bermazhab Hanafi manakala saya pula bermazhab Syafiee. Apakah
ujud perbezaan pendapat dalam hal ini di kalangan mazahb.
Jawapan
Al Zuhayli dalam Fiqh Dan Perundangan Islam tidak menyebut menetap di rumah ibu
bapa dan tidak juga menyebut menetap di tempat kelahiran sebagai syarat yang
membatalkan taraf musafir dalam mana mana mazhab
Ke empat empat mazhab bersependapat berhubung dengan ujudnya syarat musafir
,dimana secara umumnya adalah perjalanan sehala yang bersamaan atau melebihi
melebihi 55 batu [89 km].
Dan Ibnu Qudamah menyatakan sekiranya kurang dari jarak diatas, masih lagi
dihukum bermusafir diatas hujjah riwayat Anas yang menyatakan Rasulullah saw
akan memendekkan sembahyangnya bila beliau keluar dan jaraknya adalah 5 atau
---- seorang dari periwayat tidak ingat ---- 10 batu ( 8-17 km). hadith
tersebut diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud. Dalam Al Mughni Ibnu
Qudamah menyatakan ini menjadi bukti yang mencukupi melainkan adanya pandangan
bersama yang menolaknya.
Imam Shafiee pula menetapkan jarak musafir pada 50 batu [81 km]
Ada keadaan selain nya yang perlu di ambil kira tetapi ianya sesuatu yang tidak
dipersetujui secara bersama didalam mazhab mazhab tersebut.
Walau bagaimana pon, tiada satu mazhab pon yang menyatakan, terbatal keadaan
musafir seseorang disebabkan tinggal di rumah ibu bapa atau kembalinya kita ke
kampong kelahiran
Di antara yang membatalkan status bermusafir ialah niat untuk menetap disesuatu
tempat selama 15 hari atau lebih menurut mazhab Hanafi, manakala Syafiee dan
Maliki berpendapat ianya 4 hari atau lebih. Mazhab Hambali pula menyatakan
ianya empat hari atau lebih dari itu.
Mazhab Maliki dan Hambali juga menetapkan jumlah rakaat nya adalah 20 atau
lebih. Hari sampai dan pulang tidak dimasukkkan kedalaam kiraan.
Ada yang berkata Imam Syafiee berpandangan seseorang itu tidak dikira
bermusafir sekiranya ia memasuki kampong kelahirannya dan tidak semestinya pula
memasuki rumah ibu bapa.
Tetapi perkataan “tempat kelahiran” dalam ayat diatas adalah satu kesilapan
terejmahan dari istilah arab “watan” ---- tempat kediaman ----- bilamana
Shafiee menyebut : Musafir tamat bilamana seseorang itu tiba di watan.
Lisanul Arab mendefinasikan watan sebagai al-manzilu tempat dimana kamu menetap ( bermaustattain
dan tempat kediamanàtuqimu
bihi -- )
Jadi maksudnya musafir tadi tidak berakhir bilamana seseorang itu sampai
ketempat kelahiran nya ( mungkin dia telah berpindah dari tempat itu dan
menjadi musafir dengan datang kembali kesitu), tetapi berakhir bilamana
seseorang itu sampai ke tempat kediaman yang kini.
Ini apa yang dapat saudara lihat dalam penulisan Syafiee dan juga disebut oleh
Zuhaili
Syafiee menyebut
Ianya berakhir bilamana dia sampai ke kampong nya
Dan Zuhaili pula menyebut
Sayfiee menyatakan Musafir berakhir apabila tibanya seseorang di kawasan
pemisah kampungnya atau binaan sepertinya.
Zuhaili juga menyebut hadith dari Aisya yang menyatakan
Aku pergi berumrah bersama Rasulullah saw di bulan Ramadhan. Beliau berbuka
puasa manakala aku berpuasa dan beliau memendekkan sembahyangnya manakala aku
tidak memendekkan sembahyang.
Daruqutni meriwayatkan hadith tersebut dan menyatakan sanad nya adalah hasan.
Sahawkani pula menyebut hadith tersebut dalam Nayl Al Awtar
Hadith ini menunjukkan Rasulullah menganggap dirinya bermusafir didalam umrah
tersebut walau pon Mekah adalah tempat kelahiran beliau.
Perbuatan Aisyah menunjukkan adalah tidak wajib memendekkan sembahyang
sebagaimana yang dinyatakan oleh tiga mazhab dan Hanafi pula menyatakan
memendekkan sembahyang adalah wajib.
Nota :
Perkataan yang tepat untuk tempat kelahiran dalam bahasa Arab ialah mawlid.yang
juga bermaksud waktu kelahiran atau hari jadi.
Wallhua a’lam
Seorang saudara yang dikasihi, yang mengikut Mazhab Hanafi tidak bersetuju
dengan kenyataan sampainya si musafir ketempat kelahiran membatalkan status
musafir seseorang. Berikut adalah kenyataan nya.
Saya suka menyatakan berhubung dengan jawapan anda didalam salat musafir.
Ada dua jenis watan dalam Fiqah iaitu watan asli dan watan ikama.
Watan yang pertama tadi yakni watan asli ialah dari mana anda mengira anda
datang, contohnya watan asli saya ialah Istanbul
Watan yang kedua yakni watan ikama pula ialah dimana saudara menetap disesuatu
tempat yang melebihi 15 hari.
Contohnya watan asli saya ialah Istanbul dan watan ikama saya pula ialah New
York kerana saya sedang belajar disini.
Ibu bapa saya pula menetap di Istanbul.
Kenyataan nya ibu bapa kita menetap di tempat lain tidak mempunyai apa apa
hubungan dengan taraf watan anda.
Dari mana anda mengira anda berasal, ini menentukan watan asli anda dan dimana
pula anda menetap kini yang mana ianya pula menetapkan watan ikama anda
Adalah harus untuk mempunyai lebih dari 1 watan ikama tanpa mengira jumlah masa
menetapnya disitu. Anda tetap dikira bermukim di watan asli mahu pon di watan
iqama.
Jadinya sekiranya saya ke Istanbul walau pon sekadar satu jam, saya dikira
bermukim. Sama juga dengan New York, sekiranya saya berhenti di New York selama
satu jam dalam perjalanan saya ke bandar lain, serta merta saya bertaraf sama
dengan orang yang bermukim.
Dan watan yang ketiga pula ialah watan safar, dimana ianya adalah tempat dimana
anda menetap kurang dari 15 hari atau anda menetap sebagai tentera atau hamba
sahya dan juga tempat dimana anda tidak berniat untuk menetap lebih dari 15
hari
Berhubung dengan pertanyaan saudara yang pertama pula...
Salat Jamak.
Definasi.
Salat jamak ialah apabila kita menghimpunkan dua salat yang berbeza
waktunya didalam waktu salat yang lebih awal atau waktu salat yang terkemudian.
Contohnya di himpunkan salat Zohor dan salat Asar didalam waktu Zohor sahaja
atau kedua dua salat tadi dilakukan didalam waktu Asar saja. Dengan himpunan
kedua dua salat tadi didalam satu waktu, kita tidak lagi diwajibkan melakukan
salat Asar seandainya kita menjamak salat Zohor dan Asar tadi diwaktu
Zohor....... dan seandainya jamak tadi dilakukan diwaktu Asar, maka kita
dibenarkan menangguhkan mendirikan salat Zohor diwaktu sehingga masuk waktu
untuk salat Asar.
Dalilnya.
" Saidina Abas berkata: Adalah Nabi saw apabila berangkat keluar
bermusafir sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan salat Zuhur hingga
sampai waktu Asar. Baginda berhenti lalu menghimpunkan diantara dua salat
tersebut (Zohor dan Asar). Jika sekiranya baginda berangkat setelah gelincir
matahari, baginda bersalat Zohor lebih dahulu kemudian barulah baginda
bertolak. " HR Bukhari dan Muslim.
" Dari Ibnu Umar r.a ia berkata: Adalah Rasulullah saw apabila beliau
terburu buru berjalan, beliau menjamak sembahyang Maghrib dengan Isyak."
HR Bukhari dan Muslim.
"Dari Anas r.a menceritakan nabi saw: Bahawasanya beliau apabila terburu
buru berjalan, di takkhirkannya (dilewatkannya) sembahyang Zohor pada waktu
Asar lalu di jamakkannya antara keduanya dan ditakkhirkan (dilewatkan) pula
sembahyang Maghrib hingga dijamakkan antara Maghrib dan Isyak apabila hilang
cahaya merah" HR Muslim.
Syarat mendirikan Salat Jamak.
1: Ia nya hanya boleh dilakukan bagi salat Zohor dan Asar sebagai satu Jamak
dan Maghrib dan Isyak sebagai satu Jamak lagi.
2: Jarak perjalanan musafir itu adalah dengan jarak 92km atau lebih.
3: Tujuan perjalanan nya adalah dengan tujuan yang diharuskan dan dihalalkan
oleh Islam.
4: Salat yang di jamak itu dilangsungkan berturut turut tanpa berhenti.
Semestinya berdiri terus untuk melakukan salat jamak yang seterusnya
setelah selesai salat yang pertama.
5: Bila seseorang yang masih berada dirumahnya ketika hendak berjalan, maka
yang lebih utama baginya ialah mengerjakan Jamak Taqdim, dan jika
seseorang itu telah pun memulakan perjalanan maka yang lebih utama ialah
mengerjakan Jamak takkhir.
"Dari Ibnu Ababs r.a ia berkata: " Mahukah kamu aku khabarkan tentang
sembahyang Rasulullah saw iaitu : Bila matahari telah condong sedang beliau
masih di rumah, beliau dahulukan mengerjakan sembahyang Asar (jamak
taqdim) pada waktu zuhur, dan di jamakkan keduanya ketika matahari telah
condong." HR Baihaqi.
Pembahagian Salat Jamak.
A: Jamak Taqdim
Jamak Taqdim bererti menghimpunkan dua salat seperti Zohor dan Asar
didalam waktu salat yang terlebih awal diantara kedua salat tersebut iaitu
diwaktu Zohor. Ini bermaksud kita mengerjakan salat Zohor dan salat Asar
didalam waktu Zohor. Begitu juga apabila kita menghimpunkan salat Maghrib dan
salat Isyak didalam waktu Maghrib, perbuatan sebegitu dinamakan jamak
taqdim salat Maghrib dan Isyak kerana ianya dilakukan pada waktu Maghrib.
Syarat Jamak Taqdim.
1: Hendaklah meniatkan didalam hati kita yang kita akan melakukan salat Jamak
Taqdim bagi salat yang bakal dilakukan. Seandainya kita mahu melakukan salat
Asar secara Jamak Taqdim di waktu Zohor maka kita perlu meniatkan yang
kita akan melaksanakan salat Asar setelah salat Zohor di selesaikan. Begitu
juga bila kita mahu melakukan salat Jamak Taqdim untuk Salat Isyak, maka
kita niatkan didalam hati yang kita akan melakukan salat Isyak secara Jamak
Taqdim setelah salat Maghrib diselesaikan.
2: Hendaklah di kerjakan salat yang terawal yang telah masuk waktunya dahulu
dan diikuti oleh salat yang bakal di lakukan dengan Jamak Taqdim.
Contohnya kita kena mengerjakan salat Zohor dahulu di waktu Zohor dan apabila
ianya telah selesai, maka kita berdiri semula untuk melakukan salat Asar.
Begitu juga kita melaku salat Maghrib dahulu di waktu Maghrib dan apabila telah
selesai salat tersebut maka kita berdiri semula untuk melakukan salat Isyak.
3: Hendaklah didalam keadaan berkekalan sebagai musafir sekurang kurang nya
sehingga selesai Takbiratul Ihram salat yang dijamakkan secara Jamak
Taqdim.
4: Hendaklah salat yang dijamakkan tadi dilakukan secara berturut turut tanpa
dipisahkan dengan perkataan, sembahyang sunnat, berwudhuk dan sebagainya.
B: Jamak Takkhir.
Jamak takkhir berarti menghimpunkan dua salat seperti Zohor dan Asar
didalam waktu salat yang terkemudian diantara kedua salat tersebut iaitu
diwaktu Asar. Ini bermaksud kita mengerjakan salat Zohor dan salat Asar didalam
waktu Asar. Begitu juga apabila kita menghimpunkan salat Maghrib dan salat
Isyak didalam waktu Isyak.
Syarat Jamak Takkhir.
1: Hendaklah berniat didalam waktu salat yang terawal untuk melakukan salat
tersebut diwaktu salat yang terkemudian dengan menjamakkan nya. Masa berniat
itu diharuskan pada permulaan waktu salat pertama dan diperbolehkan juga
berniat untuk Jamak Takkhir di akhir waktu salat yang pertama.
2: Terus menerus berada didalam keadaan musafir sehingga tiba waktu salat yang
terkemudian.
3: Tidak pula disyaratkan mendahulukan salat yang awal apabila kita mendirikan
salat jamak iaitu kita diberi pilihan untuk mendirikan salat Magrib
dahulu atau mendirikan salat Isyak dahulu diwaktu Isyak tersebut.
4: Hendaklah salat yang dijamakkan tadi dilakukan secara berturut turut tanpa
dipisahkan dengan perkataan, sembahyang sunnat, berwudhuk dan sebagainya.
wallahu 'alamMENJAMAK DUA SHALAT
Dibolehkan seseorang itu merangkap shalat Zhuhur dengan 'Ashar, baik secara
taqdim maupun takkhir 1, begitupun dibolehkan menjamak shalat Maghrib dengan
'Isya 2, bila ditemukan salah satu di antara hal-hal berikut:
I. MENJAMAK DI 'ARAFAH DAN MUZDALIFAH:
Para ulamak sependapat bahwa menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar secara taqdim
pada waktu Zhuhur di 'Arafah, begitupun antara shalat Maghrib dan 'Ishyak
secara takkhir di waktu 'Isyak di Muzdalifah, hukumnya sunat, berpedoman kepada
apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
II. MENJAMAK DALAM BEPERGIAN:
Menjamak dua shalat ketika bepergian, pada salahsatu waktu dari kedua shalat
itu, menurut sebagian besar para ahli hukumnya boleh, tanpa ada perbedaan,
apakah dilakukannya itu sewaktu berhenti, ataukah selagi dalam perjalanan.
Diterima dari Mu'adz:
"Bahwa Nabi s.a.w. sewaktu perang Tabuk, selalu menjamak shalat Zhuhur
dengan 'Ashar bila berangkatnya itu sesudah tergelincimya matahari, tetapi bila
berangkatnya itu sebelum matahari tergelincir, maka shalat Zhuhur diundurkan
beliau, dan dirangkapnya sekali dengan 'Ashar.
Begitu pula dalam shalat Maghrib, yaitu kalau beliau berangkat sesudah matahari
terbenam, dijamaknya Maghrib dengan 'Isya, tetapi kalau berangkatnya itu
sebelum matahari, terbenam, diundurkannyalah Maghrib itu sampai waktu 'Isyak
dan dijamaknya dengan shalat 'Isya".
(Diriwayatkan oleh Abu Daud serta Turmudzi yang menyatakan bahwa hadits ini adalah
hadits hasan).
Dan dari Kuraib yang diterimanya dari Ibnu 'Abbas, katanya:
"Inginkah tuan-tuan saya ccritakan perihal shalat Rasulullah s.a.w.
sewaktu sedang bepergian". Ujar kami: "Baik!" Katanya:
"Jika selagi di rumah matahari telah tergelincir, beliau jamaklah shalat
Zhuhur dengan 'Ashar sebelum berangkat, tetapi kalau belum lagi tergelincir,
maka beliau berjalan, hingga bila nanti waktu 'Ashar masuk, beliaupun berhenti
dan menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar.
Begitu juga jika selagi beliau di rumah waktu Maghrib sudah masuk, beliau
jamaklah shalat Maghrib itu dengan 'Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk,
beliau terus saja berangkat dan nanti kalau waktu 'Isyak tiba, beliaupun
berhenti untuk menjamak shalat Maghrib dan 'Isyak itu". (Diriwayatkan oleh
Ahmad.
Juga diriwayatkan seperti itu oleh Syafi'i dalam Musnadnya, serta
ditambahkannya:
"Jika beliau berangkat sebelum matahari tergelincir, diundurkannya shalat
Zhuhur, hingga di waktu 'Ashar nanti dirangkapnya shalat Zhuhur dengan 'Ashar".
Juga diriwayatkan oleh Baihaqi dengan isnad yang baik, serta ulasnya:
"Menjamak dua shalat disebabkan bepergian itu adalah suatu hal yang sudah
dikenal dan biasa dilakukan di kalangan sahabat dan tabi'in).
Dalam kitab Al-Muwaththak Malik meriwayatkan dari Mu'adz bahwa:
"Pada suatu hari Nabi s.a.w. mengundurkan shalat di-waktu perang Tabuk dan
pergi keluar, lalu mengerjakan shalat Zhuhur dan 'Ashar secara jamak;
setelah itu beliau masuk, kemudian beliau pergi lagi dan mengerjakan shalat
Maghrib dan 'Isya secara jamak pula".
Berkata Syafi'i:
"Kata-kata pergi dan masuk itu menunjukkan bahwa Nabi s.a.w. sedang
berhenti".
Sesudah menyebutkan hadits ini, Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berkata:
"Menurut Ibnu Abdil Barr, hadits ini adalah shah dan kuat isnadnya, sedang
menurut ahli sejarah. perang Tabuk itu terjadi pada tahun kesembilan Hijriyah.
Dalam hadits ini terdapat suatu keterangan yang tegas dan alasan yang kuat
untuk menolak pendapat bahwa menjamak dua shalat itu tidak boleh kecuali bila
betul-betul sedang dalam perjalanan. Bukankah Nabi s.a.w. menjamak itu di waktu
beliau sedang berhenti, bukan sedang berjalan, bahkan menetap pula dalam
perkemahan. Beliau keluar dari tempatnya itu untuk bersembahyang secara jamak,
kemudian kembali masuk ke perkemahannya. Hadits ini juga diriwayatkan oleh
Muslim dalam Shahihnya. Dan berpegang pada hadits ini adalah suatu hal yang
seharusnya, karena ia merupakan keterangan yang sah dan tegas menetapkan suatu
hukum tanpa ada yang menyangkal. Lagi pula harus diingat bahwa menjamak itu
adalah suatu rukhsah atau keringanan sewaktu bepergian, hingga tidaklah
dikhususkan hanya sedang di waktu berjalan saja seperti halnya mengqashar dan
mengusap khuf atau sepatu. Hanya saja lebih utama mentakkhirkan". Sekian.
Mengenai niat, tiadalah jadi syarat dalam menjamak atau mengqashar.
Ibnu Taimiah mcngatakan bahwa ini adalah pendapat jumhur ulama. Katanya lagi:
"Nabi s.a.w. ketika bersembahyang jamak dan qashar, tiadalah
memerintahkan kepada sahabat-sahabatnya supaya berniat jamak atau
qashar. Tapi yang jelas ialah bahwa beliau berangkat dari Madinah ke Mekah
dengan mengerjakan shalat dua rakaat tanpa dijamak, kemudian beliau
bersembahyang Zhuhur, di 'Arafah dan tidak memberitahukan akan dilakukannya
pula shalat 'Ashar sesudah Zhuhur itu, hanya langsung dikerjakannya shalat
'Ashar bersama para sahabat.
Dengan demikian mereka tidaklah berniat untuk menjamak, padahal ini adalah jamak
taqdim.
Juga ketika berangkat dari Madinah, beliau bersembahyang dengan para sahabat di
Dzulhulaifah dua rakaat 'Ashar dan tidak menyuruh mereka meniatkan
qashar".
Dan mengenai keharusan dilakukannya kedua shalat yang dijamak itu secara
berturut-turut, maka katanya:
"Yang benar ialah bahwa ini tidak menjadi syarat, baik di waktu yang
pertama maupun yang kedua, sebab hal itu tak ada ketentuannya dari syarak. Lagi
pula menjaga agar berturut-turut itu mcnghalangi tercapainya rukhsah atau
keringanan yang dimaksud oleh agama".
Dan berkata Syafi'i:
"Jika seseorang bersembahyang Maghrib di rumahnya dengan niat menjamak,
kemudian ia pergi ke mesjid melakukan shalat 'Isyak itu juga boleh".
Dikabarkan bahwa Imam Ahmad juga berpendapat seperti itu
III.MENJAMAK DI WAKTU HUJAN:
Dalam Sunannya, Al-Atsram meriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdurrahman,
katanya:
"Termasuk sunnah Nabi s.a.w., menjamak shalat Maghrib dengan isya ,
apabila had hujan lebat".
Dan Bukhari meriwayatkan pula bahwa:
"Nabi s.a.w. menjamak shalat Maghrib dan 'Isyak di suatu malam yang
berhujan lebat".
Kesimpulan pendapat madzhab-madzhab mengenai soal ini ialah sbb.:
Golongan Syafl'i membolehkan seseorang mukim menjamak shalat Zhuhur dengan
'Ashar dan Maghrib dengan 'Isyak secara taqdim saja, dengan syarat adanya hujan
ketika membaca takbiratul ihram dalam shalat yang pertama sampai selesai, dan
hujan masih turun ketika memulai shalat yang kedua.
Menurut Maliki, boleh menjamak taqdim dalam mesjid antara Maghrib dengan 'Isyak
disebabkan adanya hujan yang telah atau akan turun, juga boleh di kerjakan
karena banyak lumpur di tengah jalan dan malam sangat gelap, hingga menyukarkan
orang buat memakai terompah. Menjamak shalat Zhuhur dengan 'Ashar karena hujan
ini, dimakruhkan.
Golongan Hanbali berpendapat bahwa boleh menjamak Maghrib dengan 'Isyak saja,
baik secara taqdim atau takkhir, disebabkan adanya salju, lumpur, dingin yang
amat sangat serta hujan yang mem-basahkan pakaian. Keringanan ini hanya khusus
bagi orang yang bersembahyang jaina'ah di mesjid yang datang dari tempat yang
jauh, hingga dengan adanya hujan dsb. itu terhalang dalam per-jalanan. Bagi
orang yang rumahnya di dekat mesjid atau yang bersembahyang jama'ah di rumah
saja, atau ia dapat pergi ke mesjid dengan melindungi tubuh, maka tidak boleh
menjamak.
IV.MENJAMAK SEBAB SAKIT ATAU UDZUR:
Imam Ahmad, qadhi Husein, Al-Khaththabi dan Al-Mutawalli dari golongan Syafi'i
membolehkan menjamak. baik takdim atau takkhir disebabkan sakit, dengan alasan
karena kesukaran di waktu itu lebih besar dari kesukaran di waktu hujan.
Berkata Nawawi:
"Dari segi alasan, pendapat ini adalah kuat".
Dan dalam buku Al-Mughni tersebut bahwa sakit yang membolehkan jamak itu
ialah seandainya shalat-shakit itu dikerjakan pada waktu masing-masing akan
menyebabkan kesulitan dan lemahnya badan.
Ulama-ulama Hambali memperluas keringanan ini, hingga menurut mereka boleh pula
menjamak baik takdim atau takkhir karena pelbagai macam halangan dan juga
sedang dalam ketakutan. Mereka bolehkan orang yang sedang menyusui bila sukar
untuknya buat mencuci kain setiap hendak bersembahyang. Juga untuk
wanita-wanita yang sedang istihadhah, orang yang ditimpa silsalatul baul
(kencing berkepanjangan), orang yang tidak dapat bersuci, yang menguatirkan
bahaya bagi dirinya pribadi, bagi harta dan kehormatannya, juga bagi orang yang
takut mendapatkan rintangan dalam mata pencaharian sekiranya ia meninggalkan jamak.
Berkata Ibnu Taimiyah:
"Madzhab yang paling luas dalam masalah jamak ini ialah madzhab
Ahmad, sebab ia membolehkan menjamak bagi seseorang yang sedang sibuk bekerja,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nasa'i yang marfu' -bersumber- kepada Nabi
s.a.w., sampai-sampai dibolehkannya pula menjamak bagi juru masak atau pembuat
roti dan orang-orang lainnya yang takut hartanya menjadi rusak".
V MENJAMAK SEBAB ADA KEPERLUAN:
Dalam syarah Muslim Nawawi berkata:
"Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir,
bila ia ada suatu kepentingan, asal saja hal itu tidak dijadikannya
kebiasaan".
Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asy-hab dari golongan Maliki, dan
menurut Al-Khaththabi juga pendapat Qaffal dan Asy-Syasyil Kabir dari golongan
Syafi'I, juga dari Ishak Marwazi dan dari jema'ah ahli hadits, serta inilah
pula yang dipilih oleh Ibnuul Mundzir.
Hal ini dikuatkan oleh lahirnya ucapan Ibnu 'Abbas bahwa jamak itu
dimaksudkan agar tidak menyukarkan umat, jadi tidak dijelaskan apakah karena
sakit atau sebab-sebab lainnya.
Hadits Ibnu 'Abbas yang dimaksudkan itu ialah yang diriwayatkan oleh Muslim,
katanya:
"Rasulullah s.a.w. pernah menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar serta Maghrib
dan 'Isyak di Madinah, bukan karena dalam ketakutan atau hujan". Lalu
ditanyakan orang kepada Ibnu 'Abbas: "Kenapa Nabi s.a.w. berbuat
itu?" Ujarnya: "Maksudnya ialah agar beliau tidak menvukarkan
umatnya".
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Ibnu 'Abbas bahwa:
"Nabi s.a.w. bersembahyang di Madinah sebanyak tujuh dan delapan raka'at
yakni masing-masing menjamak Dhuhur dan 'Ashar serta Maghrib dan 'Isyak."
Sementara itu Muslim meriwayatkan pula dari Abdullah bin Sya-qiq, katanya:
"Pada suatu hari, yakni sesudah shalat 'Ashar, Ibnu Abbas mengucapkan
pidato kepada kami sampai matahari terbenam dan bintang-bintangpun mulai
tampak.
Orang-orang sama berkata: "Shalat, shalat!" Kemudian ada seorang dari
Bani Tamim berdiri dan tak henti-hentinya mengatakan: "Shalat,
shalat!" Ibnu Abbas lalu berkata: "Keparat! Apa-kah kamu hendak
mengajarkan sunnah Nabi s.a.w. kepadaku? Saya mengetahui sendiri bahwa
Rasulullah s.a.w. menjamak shalat Zhuhur dan 'Ashar serta Maghrib dan
'Isyak." Selanjutnya kata Abdullah bin Syaqiq: "Keterangan Ibnu Abbas
itu masih terguris-guris dalam hatiku, oleh karena itu saya datangi Abu
Hurairah untuk menanyakannya, maka Abu Hurairahpun membenarkan keterangan Ibnu
Abbas itu."
1). Jamak taqdim ialah mengerjakan dua buah shalat pada waktu shalul
pertama (dimajukan), sedang jamak takkhir rnengerjakannya pada waktu
shalat kedua (diundurkan).
2). Tak ada pertikaian di antara para ulama bahwa tak dapat dijamak kecuali di
antara shalat Zhuhur dengan 'Ashar atau antara Maghrib dengan 'Isyak.
Dari Fiqh Sunnah Syed SabiqJamak Dua Sembahyang (Melakukan Dua Sembahyang
dalam Satu Waktu)
Pensyari'atan Jamak
Menurut pendapat jumhur selain ulamak Hanafi,1435 diharuskan Jamak
Takdim sembahyang Zuhur dengan sembahyang Asar di dalam waktu Zuhur atau Jamak
Takkhir di dalam waktu Asar, dan sembahyang Jumaat
sama seperti sembahyang Zuhur di dalam Jamak Takdim, begitu juga Jamak
Takdim serta Jamak Takkhir sembahyang Maghrib dengan Isya' di dalam
musafir yang jauh (89 kilometer) sebagaimana qasar.
Sembahyang yang dijamakkan ialah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya' di
dalam salah satu waktu daripada kedua-duanya jamak yang dilakukan di
dalam waktu pertama (Zuhur atau Maghrib) dipanggil Jamak Takdim,
sementara jamak yang dilakukan di dalam waktu kedua (Asar atau Isya')
dipanggil Jamak Takkhir.
Walau bagaimanapun lebih afdal tidak dilakukan jamak untuk mengelakkan
daripada khilqf (perselisihan pendapat), dan kerana Nabi s.a.w. tidak
melakukannya secara berterusan, sekiranyadiutamakanjamak nescaya Baginda
melakukannya secara berterusan sebagaimana qasar.
Dalil yang mensyari'atkan Jamak Takkhir ialah Hadith di dalam Sahih
al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Anas dan Ibn Umar r.a.
Hadith pertama, Anas meriwayatkan:
Terjemahan:
Apabila Rasiuullah s.a.w. berangkat(untukmusafir) sebelum gelincir matahari
(sebelum masuk waktu Zuhur), maka Baginda melewatkan sembahyang Zuhur ke dalam
waktuAsar, kemudian singgah di suatu tempat dan melakukanjamak kedua-dua sembahyang
itu. Jika gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) sebelum berangkat, maka
dilakukan sembahyang Zuhur dan kemudian berangkat.
Hadith riwayat Ibn Umar ialah:
Terjemahan:
Beliau diminta menolong beberapa keluarganya, lalu beliau berjalan dengan tergesa-gesa,
maka dilewatkan sembahyang Maghrib sehingga hilang shqfaq (cahaya merah di ufuk
setelah masuk Maghrib), kemudian beliau berhenti di suatu tempat dan melakukan
sembahyang Jamak Maghrib dan Isya', kemudian beliau memberitahu orang
ramai bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan sedemikian apabila berjalan dengan
tergesa.
Dalil Jamak Takdim; Hadith Sahih daripada Mu'adh bin Jabal:
Terjemahan:
Bahawa Nabi s.a.w. ketika Peperangan Tabuk, apabila Baginda berjalan selepas
Maghrib disegerakan sembahyang Isya', maka dilakukan sembahyang Isya' dengan
Maghrib.1438
Menurut pendapat ulamak Hanafi,1439 tidak diharuskan Jamak kecuali pada
hari Arafah bagi orang yang berihram haji, iaitu dengan menjamak-kan sembahyang
Zuhur dengan Asar di dalam waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamah, kerana
sembahyang Asar dilakukan sebelum masuk waktunya maka hendaklah diasingkan
dengan iqamah lain sebagai me-maklumkan kepada orang ramai.
Dan tidak diharuskan Jamak Takkhir kecuali pada malam Muzdalifah, iaitu
dengan menjamakkan sembahyang Maghrib dengan Isya' dengan satu azan dan satu
iqamah kerana Isya' dilakukan di dalam waktunya maka tidak perlu dimaklumkan.
Mereka menghujahkan waktu-waktu sembahyang telah sabit secara mutawatir (Hadith
Mutawdtir), maka tidak boleh ditinggalkannya dengan Hadith Ahad. Al-Bukhari dan
Muslim meriwayatkan Hadith Ibn Mas'ud:
Terjemahan:
Demi Yang tiada tuhan melainkan-Nya, Rasulullahs.a.w.tMak menunaikan sembahyang
kecuali di dalam waktunya, melainkan dua sembahyang sahqja iaitu jamak
di antara Zuhur dengan Asar di Arafah dan di antara Maghrib dengan Isya' di
Muzdalifah.
Yang sebenamya harus melakukan jamak kerana sabit dengan Sunnah, dan
Sunnah adalah sumber syari'at sebagaimana juga al-Qur'an.
Sebab Jamak dan Syarat
Ahli-ahli fiqh mengharuskan Jamak Takdim dan Takkhir sepakat tentang
keharusannya di dalam tiga keadaan iaitu semasa musafir, hujan termasuk salji
dan sejuk, dan jamak di Arafah dan Muzdalifah. Tetapi mereka ber-selisih
pendapat dalam keadaan lain dan juga tentang syarat sah jama*.
Ulamak Maliki
Enam sebab untuk melakukan JamakTakdim dan Takkhir bagi sembahyang Zuhur dengan
Asar dan Maghrib dengan Isya' iaitu bermusafir, hujan, tanah becak serta gelap,
sakit seperti pitam dan seumpamanya, jamak di Arafah dan di Muzdalifah.
Semua itu mengharuskan jamak bagi orang le-laki dan perempuan, kecuali jamak
di Arafah dan Muzdalifah adalah sunat. Diharuskan jamak secara mutlak
semasa bermusafir, sama ada musafir yang jauh atau dekat tetapi di dalam jarak
yang boleh diqasarkan sembahyang, dan bermusafir itu hendaklah di darat bukan
di lautan, bagi membataskan kepada keringanan yang dinyatakan di dalam nasnya,
dan orang musafir itu tidak melakukan maksiat dengan musaflrnya dan bermusafir
bukan kerana berhibur.
Dua syarat bagi mengharuskan Jamak Takdim semasa musafir:
1. Masuk waktu Zuhur ketika berada di mana-mana tempat persinggahan untuk
berihat dan dia dalam keadaan bermusafir.
2. Berniat untuk berlepas sebelum waktu Asar dan singgah di suatu tempat untuk
berehat setelah tenggelam matahari (masuk waktu Maghrib).
Jika berniat untuk berehat sebelum matahari menguning maka hendaklah melakukan
sembahyang Zuhur sahaja dan wajib melewatkan sembahyang Asar di dalam waktu
ikhtiydmya. Walau bagaimanapun jika dijamak Takdimkan sembahyang Asar dengan
Zuhur tersebut maka hu-kumnya sah.
Jika berniat untuk berehat selepas matahari menguning dan sebelum tenggelam
matahari (sebelum masuk waktu Maghrib), maka hendaklah dilakukan sembahyang
Zuhur di dalam waktunya, dan memilih mana-mana waktu untuk melakukan sembahyang
Asar sama ada melakukan Jamak Takdim dengan sembahyang Zuhur (di dalam
waktu Zuhur) atau menangguhkannya ke dalam waktunya setelah berhenti untuk
rehat nanti.
Apabila masuk waktu Zuhur ketika berjalan, jika berniat untuk berehat sewaktu
matahari menguning atau sebelumnya maka hendaklah dijamak Takkhirkan Zuhur
dengan Asar di dalam waktu Asar. Jika berniat untuk berehat selepas Maghrib
maka hendaklah dilakukan jamak dari segi bentuk iaitu melakukan
sembahyang Zuhur pada akhir waktu pilihannya dan sembahyang Asar pada awal
waktu pilihannya.
Hukum sembahyang Maghrib dengan Isya' sama seperti hukum sembahyang Zuhur
dengan Asar juga. Apa yang perlu diambil perhatian bahawa tenggelam matahari
bagi waktu Maghrib sama seperti gelincir matahari bagi waktu Zuhur dan terbit
matahari bagi waktu Subuh sama seperti tenggelam matahari bagi waktu Maghrib,
dan permulaan waktu dua per tiga terakhir malam bagi waktu Isya' sama seperti
menguning matahari bagi waktu Asar.
Sakit seperti sakit perut dan Iain-lain lagi diharuskan jamak dari segi
bentuk (jamak siiri), iaitu melakukan sembahyang fardu pertama (Zuhur
atau Maghrib) pada akhir waktunya (waktu pilihannya) dan sembahyang fardu kedua
(Asar atau Isya') pada awal waktunya (waktu pilihannya). Faedah daripada
melakukan sedemikian ialah tidak dihukum makruh. Orang yang sihat boleh juga
melakukan jamak sedemikian tetapi makruh.
Seseorang yang bimbang akan pitam atau sakit kepala atau demam apabila masuk
waktu sembahyang yang kedua (Asar atau Isya') maka dia diharuskan Jamak
Takdim menurut pendapat yang Rqjih.
Kesimpulan: Orang sakit diharuskan jamakjika bimbang akan hilang akal atau jika
jamak itu lebih meringankannya dan jamak itu dilakukan dalam
waktu pertama (Jamak Takdim).
Hujan, sejuk atau salji, atau tanah becak berserta gelap (sedang ber-laku atau
dijangka akan berlaku); diharuskan Jamak Takdim sahaja bagi seseorang
yang bersembahyang Maghrib dan Isya' secara berjamakah di masjid jika hujan
turun dengan lebat yang menyebabkan orang ramai terpaksa menutup kepala mereka,
atau tanah yang sangat becak yang menghalang orang ramai daripada memakai
kasut. Tidak diharuskan jamak kecuali tanah becak berserta dengan gelap
sekali. Jika salah satu sahaja maka tidak diharuskan jamak.
Jika berhenti hujan setelah mula sembahyang jamak, maka harus
diteruskannya.
Menurut pendapatyang Masyhur, jamak tersebut hendaklah dilakukan dengan
azan dan iqamah bagi setiap sembahyang iaitu azan pertama dilakukan di atas
menara bagi sembahyang Maghrib dengan suara yang kuat, dan azan kedua dengan
suara rendah dilakukan di dalam masjid, bukan di atas menara, bagi sembahyang
Isya'. Sunat dilewatkan sembahyang Maghrib selepas azan sekadar tiga raka'at,
kemudian semua orang yang bersembahyang hendaklah beredar dari masjid tanpa
melakukan sembahyang sunat di dalam masjid kerana sembahyang pada ketika itu
adalah makruh, maka tidak harus melakukan sembahyang sunat selepas jamak
di masjid, dan tidak boleh melakukan sembahyang witir sehingga hilang shqfaq
(cahaya merah yang timbul di ufuq setelah tenggelam mata-hari sehingga hampir
Isya').
Makruh melakukan sembahyang sunat di antara dua sembahyang yang dijamakkan.
Tetapi jika dilakukan juga, ia tidak menghalangkan daripada kesahihan
sembahyang jamak tersebut. Tidak harus jamak tersebut bagi jiran
masjid sekalipun sakit yang menyusahkannya keluar ke masjid dan juga bagi orang
perempuan yang tidak bimbang akan meninggalkan fitnah dengan sebab keluar ke
masjid.
Tidak harus bagi seseorang yang sembahyang berseorangan di masjid melakukan jamak,
kecuali jika dia merupakan imam giliran waktu itu dan mempunyai rumah sendiri,
maka imam tersebut harus melakukan jamak berseorangan dengan niat jamak
dan juga sebagai imam kerana ia dikira sebagai jamakah.
Niat jamak wajib dilakukan pada sembahyang yang pertama sebagai-raana
niat menjadi imam.
Ahli-ahli fiqh sependapat mengatakan bahawa jamak pada musim haji adalah
sunat, maka sunat bagi seseorang yang mengerjakan ibadah haji melakukan Jamak
Takdim sembahyang Zuhur dengan Asar di Arafah, sama ada dia daripada kalangan
penduduk Arafah atau penduduk tempat lain tetapi di dalam kawasan pekerjaan
haji seperti Mina dan Muzdalifah, atau penduduk dari pelusuk alam. Diqasarkan
sembahyang bagi seseorang yang bukan penduduk Arafah sebagai mengikut Sunnah
sekalipun tidak sampai jarak qasar.
Sunat bagi orang yang mengerjakan haji melakukan sembahyang Maghrib dan Isya'
secara Jamak Takkhir di Muzdalifah, dan sunat bagi bukan penduduk
Muzdalifah mengqasarkan sembahyang Isya'. Kerana menurut kaedah, jamak
adalah sunat bagi semua orang yang mengerjakan ibadah haji. Dan sembahyang
qasar dikhususkan bagi bukan penduduk Arafah dan Muzdalifah.
Ulamak Syafi'i
Diharuskan jamak hanya semasa bermusafir, hujan, haji di Arafah dan
Muzdalifah.
Jamak kerana hujan atau salji dan sejuk yang bersangatan: Menurut
pendapat yang al-azhar harus dilakukan Jamak Takdim bagi orang yang
bersembahyang secara berjamakah di masjid yang terletak jauh dan meng-alami
kemudaratan kerana hujan di dalam perjalanannya. Menurut pendapat baru Syafi'i
(qawljadid) ditegah melakukan Jamak Takkhir dalam keadaan tersebut
kerana hujan tidak diyakini akan berterusan, mungkin berhenti, oleh itu jika
dilakukan Jamak Takkhir menyebabkan terkeluar waktu sembahyang tanpa
keuzuran.
Dalil mereka yang mengatakan harus Jamak Takdim ialah terdapat Hadith di
dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim riwayat Ibn Abbas:
Terjemahan:
Rasulullah s.a.w. menunaikan sembahyang Zuhur dengan Asar secara jamak
dan Maghrib dengan Isya' secara jamak bersama-sama kami di Madinah.
Riwayat di dalam Muslim pula menambah:
Terjemahan:
Bukan kerana takut dan bukan kerana musqfir.
Syarat yang mengharuskan sembahyang Jamak Takdim ialah hujan turun
sewaktu memberi salam sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib) dan berterusan
hujan kepada bahagian pertama sembahyang kedua (Asar atau Isya'), oleh itu
hujan mestilah berterusan di antara kedua-dua sembahyang, tetapi tidak
membatalkan keharusan itu jika hujan berhenti pada masa lain.
Diharuskan Jamak Takdim antara Asar dengan Jumaat kerana hujan,
sekalipun tiada hujan sewaktu imam membaca khutbah, kerana khut-bah bukan
sebahagian daripada sembahyang.
Menurut pendapat yang masyhur di dalam mazhab ini, tidak diharuskan jamak
sembahyang kerana tanah becak, angin, gelap dan sakit berdasarkan Hadith
mengenai waktu-waktu sembahyang, dan tidak boleh melang-gar tegahan itu kecuali
berdasarkan nas yang jelas. Kerana Nabi s.a.w. selalu sakit, tetapi tiada nas
yang jelas meriwayatkan Baginda melakukan sembahyang jamak kerana sakit
itu. Dan orang lemah yang mana rumah-nya terletak sangat jauh dari masjid,
tidak juga diharuskan jamak, sedang-kan jelas terdapat kesulitan, maka
begitu juga dengan orang sakit.
Sunat dilakukan Jamak Takdim bagi orang yang mengerjakan haji semasa di
Arafah dan Jamak Takkhir semasa di Muzdalifah sebagaimana pendapat
ulamak Maliki.
Diharuskan sembahyang Jamak Takdim dan Jamak Takkhir kerana
bermusafir sekiranya musafir yang jauh sebagaimana dalam perbincangan mengenai
sembahyang qasar.
Enam Syarat untuk Melakukan Jamak Takdim
1.Niat jamak, iaitu melakukan niat Jamak Takdim pada awal
sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib), walau bagaimanapun harus dilakukan
niat semasa (pada mana-mana bahagian) sembahyang pertama se-kalipun semasa
memberi salam menurut pendapat yang al-azhar.
2.Bertertib iaitu memulakan dengan sembahyang yang pertama iaitu sembahyang
bagi waktu itu (Zuhur atau Maghrib), kemudian diikuti dengan sembahyang yang
kedua (Asar atau Isya'), kerana waktu sembahyang Jamak Takdim adalah
bagi sembahyang pertama (Zuhur dan Maghrib). Sedangkan sembahyang yang kedua
(Asar atau Isya') adalah sebagai peng-ikut bagi sembahyang yang pertama, maka
mestilah didahulukan sembahyang yang diikuti (sembahyang yang pertama). Oleh
itu jika dilakukan sembahyang kedua-duanya dengan mendahulukan sembahyang yang
pertama, tiba-tiba ternyata batal sembahyang yang pertama kerana tidak
sem-purna syarat atau rukuknya, maka terbatal juga sembahyang yang kedua,
kerana syarat sembahyang yang kedua tidak sempurna sejak permulaan lagi iaitu
dengan sembahyangyangpertama, walaupun begitu sembahyang yang kedua menjadi
sembahyang sunat menurut pendapat yang sahih.
3. Bermuwalat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama, kerana jamak
menjadikan kedua-dua sembahyang tersebut sebagai satu sembahyang, maka mestilah
bersambung-sambung di antara kedua-duanya seperti raka'at-raka'at sembahyang,
dan tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya sebagaimana tidak boleh
dipisahkan di antara raka'at-raka'at di dalam satu sembahyang.
Kalau dipisahkan di antara kedua-dua sembahyang tersebut oleh pisahan yang lama
sekalipun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam, maka terbatal jamak
dan wajib ditundakan sembahyang yang kedua kepada waktunya sendiri, kerana
tidak memenuhi syarat jamak. Tetapi kalau dipisahkan oleh pisahan yang
sekejap maka tidak terbatal jamak seperti dipisahkan oleh azan, iqamah
dan bersuci, berdasarkan Hadith riwayat Usamah di dalam Sahih al-Bukhari dan
Muslim:
Terjemahan:
Bahawa Nabi s.a.w. ketika melakukan jamak di Namirah diiqamahkan
sembahyang di antara kedua-dua sembahyang.
Ukuran lama sekejap pisahan adalah menurut kebiasaan kerana tiada ketetapan
syara' dan juga bahasa.
Orangyang bertayammum boleh melakukan jamak di antara dua sembahyang
menurut pendapat yang sahih sama seperti orang yang berwu-du'. Tidak merosakkan
jamak jika terpisah antara dua sembahyang kerana mendapatkan sedikit air
untuk berwudu' kerana perbuatan itu adalah keperluan sembahyang sebagaimana
iqamah, malah lebih awld lagi kerana wudu' adalah syarat sah sembahyang tetapi
iqamah bukan syarat.
Perlu diperhatikan bahawa ketiga-tiga syarat (niat jamak, bertertib dan
bermuwalat) tidak diwajibkan di dalam Jamak Takkhir menurut pendapat
yang sahih.
4. Berterusan sifat musafir sehingga takbiratul-ihrdm. bagi sembahyang yang
kedua, sekalipun terhenti musafir semasa sembahyang yang kedua tidak lama
selepas takbiratul-ihrdm itu. Tetapi jika terhenti musafir se-belum memulakan
sembahyang yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang
membolehkannya.
5. Kekal waktu sembahyang yang pertama dengan yakln sehingga men-dirikan
sembahyang yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang lebih kuat) bahawa sembahyang yang pertama itu sah. Jika
dilakukan jamak antara Asar dengan Jumaat pada suatu kawasan yang berbilang
tempat sembahyang Jumaat tanpa keperluan dan ragu-ragu mana tempat sembahyang
yang terdahulu atau serentak maka tidak sah jamak Asar dengan Jumaat itu
secara Jamak Takdim.
Dua Syarat untuk Melakukan Jamak Takkhir
1. Niat Jamak Takkhir sebelum habis waktu sembahyang yang pertama,
sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu raka'at sahaja, iaitu bila
dimulakan sembahyang di dalam waktu itu nescaya dikira sebagai sembahyang
tunai. Jika kurang daripada kadar masa itu maka dikira sebagai penderhaka dan
sembahyangnya dikira sebagai qada'. Dalil yang mensyaratkan niat adalah kerana
kadang-kadang ditangguhkan sembahyang kerana jamak (Jamak
Takkhir) dan kadang-kadang kerana lain, oleh itu memerlukan niat untuk
membezakan Jamak Takkhir yang di-haruskan dengan perkara lain.
2. Berterusan sifat musafir sehingga selesai sembahyang yang kedua. Jika tidak
berterusan sehingga selesainya, seperti bermukim sekalipun semasa sembahyang
yang kedua itu, maka sembahyang yang pertama (Zuhur atau Maghrib) menjadi sembahyang
qada' kerana ia adalah peng-ikut bagi sembahyang yang kedua dari segi tunai
kerana keuzuran, se-dangkan keuzuran itu tel&h hilang sebelum selesai.
Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi sembahyang yang kedua adalah waktu
bagi sembahyang yang pertama, oleh itu boleh didahulu-kan mana-mana sembahyang
(sama ada sembahyang yang pertama atau sembahyang yang kedua). Muwaldt juga
tidak menjadi wajib kerana sembahyang yang pertama dan sembahyang yang kedua
boleh dipisah-kan sama seperti sembahyang luput dan sembahyang hadir. Tertib
dan muwaldt adalah sunat bukan syarat.
Perkara Sunat Sembahyang
Apabila dijamakkan Zuhur dengan Asar, didahulukan sembahyang Sunat Zuhur yang
sebelumnya dan boleh juga dikemudiankan, sama ada Jamak Takdim atau
Takkhir dan jika dilakukan Jamak Takkhir maka boleh juga dilakukan
sembahyang Sunat Zuhur itu di antara kedua-duanya, sama ada didahulukan Zuhur
atau Asar. Apabila dijamakkan Maghrib dengan Isya', dikemudiankan sembahyang
sunat bagi kedua-duanya, dan boleh juga dilakukan sembahyang Sunat Maghrib di
antara kedua-duanya jika Jamak Takkhir dan mendahulukan Maghrib, dan
dilakukan sembahyang Sunat Isya' di antaranya jika dilakukan Jamak
Takkhir dan mendahulukan Isya'. Selain itu tidak diharuskan.
Ulamak Hanbali
Diharuskan Jamak Takdim dan Takkhir dalam lapan keadaan.
1. Musafir yang jauh yang mengharuskan qasar sembahyang, iaitu musafir yang
bukan haram dan bukan makruh. Jarak musafir adalah sejauh dua hari kerana jamak
adalah untuk mengelakkan daripada kesulitan semasa musafir dan dikhususkan bagi
musafir yang jauh sebagaimana qasar dan menyapu Khuftiga hari.
2. Sakit yang menyebabkan kesulitan dan bertambah sakit jika tidak dilakukan jamak
kerana Nabi s.a.w.:
Terjemahan:
Melakukan jamak bukan kerana takut dan bukan kerana hujan.
Dan menurut riwayat lain:
Terjemahan:
Bukan kerana takut dan bukan kerana musafir.
Oleh itu tiada keuzuran lain kecuali sakit sahaja. Alasan Ahmad Ibn Hanbal
bahawa sakit lebih berat daripada musafir, dan pesakit boleh memilih sama ada
melakukan Jamak Takdim atau Takkhir sebagaimana orang musafir, dan jika
sama saja baginya maka Jamak Takkhir lebih awld.
3. Menyusui anak; diharuskan jamak bagi seseorang penyusu (murdi).
Keharusan itu diberikan kerana kesulitan mencuci najis setiap kali sembahyang
sebagaimana pesakit.
4. Tiada upaya untuk bersuci dengan air atau tayammum pada setiap kali
sembahyang, maka diharuskan jamak untuk mengelakkan kesulitan kerana
orang itu sama sepertl orang musafir dan pesakit.
5. Tidak terdaya untuk mengetahui waktu sembahyang, maka diharuskan jamak
sebagaimana orang buta.
6. Darah istihadah atau seumpamanya; diharuskan jamak bagi pe-rempuan
beristihadah Mustahddah dan seumpamanya, seperti seseorang yang dedas atau rasa
tidak puas keluar mazi atau selalu berdarah hidung dan seumpamanya. Ini
berdasarkan Hadith Hamnah yang telah disebut-kan sebelum ini, apabila dia
bertanya kepada Nabi s.a.w. mengenai darah istihadah; Baginda bersabda:
Terjemahan:
Jika kamu terdaya menangguhkan sembahyang Zuhur dan mencepatkan sembahyang
Asar, maka mandilah danjamakkan kedua-dua sembahyang tersebut, dan
lakukanlah.li44 Bagi orang yang dedas dan seumpamanya adalah sama hukumnya.
7 dan 8. Uzur dan terlalu sibuk; diharuskan jamak bagi seseorang yang
terlalu sibuk, atau uzur yang mengharuskan
meninggalkan sembahyang Jumaat dan sembahyang jamakah seperti bimbang terhadap
keselamatan dirinya, isterinya atau hartanya, atau memudaratkan kehidupannya
jika tidak melakukan jamak dan seumpamanya. Jalan keluar ini diambil oleh
pekerja-pekerja dan pemilik-pemilik ladang untuk menyiram tanaman pada waktu
pusingan.
Jamak kerana hujan diharuskan bagi sembahyang Maghrib dan Isya',
sebagaimana pendapat ulamak Maliki, berdasarkan riwayat Abu Salmah bin 'Abdul
Rahman:
Terjemahan:
Melakukan jamak di antara Maghrib dan Isya' pada hari hujan adalah satu
perbuatan Sunnah.1445
Ini adalah daripada Sunnah Rasulullah s.a.w.
Tetapi tidak diharuskan jamak di antara Zuhur dengan Asar kerana hujan,
berdasarkan riwayat Abu Salmah tadi kerana tidak disebut kecuali Maghrib dan
Isya' sahaja. Jamak kerana hujan adalah dalam waktu per-tama (Jamak
Takdim) berdasarkan amalan ulamak Salqf kerana jika di-tangguhkan sembahyang
pertama kepada waktu sembahyang yang kedua menyebabkan ada kesulitan dan
meninggalkan masjid dalam keadaan gelap, atau menyebabkan lama menunggu di
dalam masjid sehingga masuk waktu Isya'. Tetapi diharuskan memilih Jamak
Takkhir. Hujan yang meng-haruskan jamak ialah hujan yang membasahkan
pakaian dan menyebabkan kesulitan jika keluar ke tengah hujan.
Dalam keadaan tersebut, salji dan sejuk adalah sama seperti hujan. Adapun
gerimis dan hujan yang kurang lebat yang tidak membasahkan pakaian, tidak
diharuskan jamak.
Tanah becak sahaja adalah suatu keuzuran menurut pendapat yang asah, kerana
kesulitan disebabkan oleh tanah becak terkena pada selipar dan pakaian
sebagaimana juga kesulitan disebabkan oleh hujan kerana tanah becak mengotori
pakaian dan selipar, dan membolehkan orang tergelincir, maka ini memudaratkan
tubuh badan dan pakaiannya, dan ini lebih berat daripada basah.
Menurut pendapat yang asah, dalam keadaan angin kuat pada waktu malam yang
gelap dan sejuk, diharuskan jamak kerana keadaan tersebut juga menjadi
keuzuran bagi sembahyang Jumaat dan jamakah. Nafi' me-riwayatkan daripada Ibn
Umar:
Terjemahan:
Rasulullah s.a.w. telah memanggil orang yang menyeru pada malam yang hujan atau
malam yang sejuk dan berangin, "Tunai-kanlah sembahyang di kediaman kamu.'
Semua keuzuran tersebut mengharuskan Jamak Takdim dan Takkhir, termasuk
juga bagi orang yang bersembahyang di rumahnya atau bersembahyang di masjid,
sekalipun jalan masjid itu beratap. Begitu juga bagi orang yang tinggal di
masjid dan seumpamanya seperti orang yang tinggal di rumah yang terletak
beberapa langkah sahaja dari masjid, sekalipun tiada kesulitan kecuali sedikit
sahaja.
Lebih afdal bagi seseorang yang diharuskan Jamak Takdim atau Takkhir,
memilih yang lebih manfaat kepadanya di antara kedua-dua jenis jamak
tersebut. Ini berdasarkan Hadith riwayat Mu'adh yang telah disebutkan sebelum
ini, yang terkandung di dalamnya perkara memilih antara Jamak Takdim
dengan Takkhir menurut keperluannya,1447 Malik me-riwayatkan daripada Mu'adh:
Terjemahan:
Pada suatu hari di dalam Peperangan Tabuk, Nabi s.a.w. menangguhkan sembahyang,
kemudian Baginda keluar dan melakukan sembahyang Zuhur dan Asar sekali,
kemudian masuk dan kemudian keluar serta melakukan sembahyang Maghrib dan Isya'
sekali.1'148
Tetapi jika sama manfaatnya maka Jamak Takkhir lebih awld kerana ia
lebih waspada dan hampir kepada keyakinan, dan terhindar dari per-tikaian
pendapat, dan sebagai beramal dengan semua Hadith. Jamak yang dilakukan
semasa menunaikan ibadahkan haji ialah Jamak Takdim di antara Zuhur dan
Asar di Arafah dan Jamak Takkhir di antara Maghrib dan Isya' di
Muzdalifah. Ini berdasarkan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian kerana di dalam
waktu Asar di Arafah Baginda menumpu kepada doa dan di dalam waktu Maghrib
sibuk berjalan menuju ke Muzdalifah.
Syarat sah Jamak Takdim dan Takkhir ialah menjaga tertib antara
sembahyang-sembahyang; mendahulukan sembahyang pertama (Zuhur atau Maghrib)
daripada sembahyang kedua (Asar atau Isya'). Syarat tertib tidak tergugur
dengan sebab terlupa menurut pendapat yang sahih dalam mazhab ini, sebagaimana
gugur dalam masalah qada'.
Selain syarat tersebut terdapat empat syarat bagi sah Jamak Takdim.
1. Melakukan niat jamak semasa takbiratui-ihrdm bagi sembahyang pertama,
berdasarkan Hadith:
.
Terjemahan:
Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat.
2.Muwalat, kedua-duanya tidak boleh diputuskan kecuali iqamah dan wudu' yang
ringkas kerana maksud jamak ialah berterusan dan ber-sambungan. Maksud
tersebut tidak tercapai jika lama terputus. Tetapi putus yang sekejap adalah
perkara ringan dan dimaafkan, dan iqamah serta wudu' adalah untuk kepentingan
sembahyang.
3. Ada keuzuran yang mengharuskan jamak, iaitu musafir atau sakit atau
seumpamanya semasa memulakan kedua-dua sembahyang dan semasa memberi salam pada
sembahyang yang pertama kerana permulaan sembahyang yang pertama adalah tempat
niat dan tempat melakukannya, dan permulaan sembahyang yang kedua adalah tempat
jamak, oleh itu jika berhenti hujan dan tidak terdapat becak di tanah
selepas hujan sebelum permulaan sembahyang yang kedua, maka terbatal jamak.
4. Berterusan keuzuran sehingga selesai sembahyang yang kedua ada-* lah syarat
yang mengharuskan jamak kerana musafir dan sakit; jika terputus musafir
sebelum selesai sembahyang yang kedua maka terbatal jamak. Tetapi tidak
disyaratkan berterusan keuzuran hingga selesai sembahyang yang kedua dalam kes jamak
kerana hujan dan seumpamanya, seperti salji dan sejuk sekalipun terdapat becak
di tanah.
Dua syarat bagi sah Jamak Takkhir:
1. Melakukan niat jamak dalam waktu sembahyang yang pertama selagi waktu
itu cukup untuk melakukannya. Jika tidak cukup waktu sembahyang yang pertama
untuk melakukannya, maka tidak sah jamak kerana melewatkannya hingga
tidak cukup waktu untuk melakukannya adalah haram dan berdosa.
2. Berterusan uzur sehingga masuk waktu sembahyang yang kedua kerana sebab yang
mengharuskan jamak ialah keuzuran. Jika tidak berterusan, maka tidak
harus jamak kerana hilang sebab yang meng-haruskannya seperti pesakit
sembuh daripada sakit, orang musafir kem-bali daripada musafirnya dan hujan
berhenti. Tetapi jika hilang keuzuran setelah masuk waktu sembahyang yang
kedua, maka ia tidak memberi kesan kerana kedua-dua sembahyang itu tetap
menjadi wajib di atas tang-gungannya dan mestilah dilakukan kedua-duanya.
Disyaratkan tertib dalam kedua-dua jamak sebagaimana yang telah
dinyatakan sebelum ini. Tetapi tidak disyaratkan muwdldt dalam Jamak
Takkhir, maka tidak mengapa jika dilakukan secara sukarela, sebagaimana juga
tidak disyaratkan niat jamak di dalam sembahyang yang kedua (dalarn Jamak
Takkhir) kerana jamak tersebut dilakukan dalam waktunya maka ia menjadi
sembahyang tunai.
Tidak disyaratkan imam dan makmum yang sama dalam kedua-dua jenis jamak
itu. Jika berlainan imam di dalam kedua-dua jenis jamak atau berniat
menjadi imam bagi orang yang tidak jamak, maka sah jamak kerana
setiap sembahyang mempunyai hukumnya tersendiri iaitu niatnya yang berasingan.
Jika ternyata batal sembahyang yang pertama dengan sebab terlupa rukun atau
Iain-lain setelah melakukan jamak, maka terbatal kedua-dua sembahyang.
Sembahyang-sembahyang sunat; jika dilakukan jamak dalam waktu pertama (Jamak
Takdim) maka boleh dilakukan sembahyang sunat bagi sembahyang yang kedua, dan
melakukan sembahyang Sunat Witir sebelum masuk waktu yang kedua (waktu Isya')
kerana sembahyang Sunat Witir adalah pengikut sembahyang yang kedua (Isya')
maka sembahyang Sunat Witir itu mengikutnya dari segi perbuatan dan juga waktu,
oleh kerana waktu sembahyang Sunat Witir terletak di antara sembahyang Isya'
dengan sembahyang Subuh dan sembahyang Isya' telah dilakukan, maka telah masuk
waktu sembahyang Sunat Witir itu.