CERITA 3
Ibrahim Al-Khawwas berceita lagi :;
Aku meninggalkan negeri ku menuju ke Makkah untuk berhaji, kali ini tampa kenderean dan bekal apa pun. Ditengah perjalanan ,aku tersesat sehingga tidak mengethui arah mana yang harus dituju.
Tiba tiba terlihat oleh ku seorang pendita Nasrani mendatangi ku seraya bertanya:: ‘Wahai pendita muslim ! Bolih aku menemani mu dalam perjalanan ini ?’
‘ Bolih,’ jawab ku kepadanya. ‘Memang kebetulan pula , saya pun tak mempunyai teman yang lain’.
Aku tidak tahu dari mana datangnya pendita Nasrani ini, dan aku pun tidak mahu bertanya. Hati ku berkata syukur aku telah dikurniakan Tuhan seorang teman, kalau tidak tentu aku akan terus sesat tidak tahu hendak menuju kemana. Kami pun berjalan selama tiga hari tiga malam tampa merasakan makan dan minum. Kamai merasa terlalu lapar sekali,namun begitu masing masing kami terus berdiam diri antara satu dengan yang lain.
Kemudian dengan tiba tiba pendita Nasrari itu berkata : ‘Wahai pendita muslim ! apakah kau tidak membawa makanan dan minuman untuk kita menikmati bersama ?’ Mendengar pertanyaan itu , aku agak terkejut sedikit. Selama ini aku berkata dalam hati ku . apakah si pendita Nasrani ini tidak membawa bekal makanan atau minuman. Sudah tiga hari kita tidak makan dan minum. Rupanya dia tidak punya apa apa, maka dia bertanya pula kepada ku. Apa yang hendak aku katakana kepadanya ? ‘Ya, ada !’ tiba tiba terkeluar dari mulut ku kata kata yang berani itu. Mari lah kita nikmati bersama ! usul pendita Nasrani itu dengan wajah yang tersenyum. Celaka aku! Aku telah berdusta kepada diri ku sendiri. Dimana ada makanan dan minuman yang akan aku keluarkan ? Wajah ku pucat lesi. Tiada jalan bagi ku melainkan dengan memohon kurnia dari Allah s.w.t.
Aku menengadah kearah langit, lalu berdoa : ‘Ya Tuhan hamba! Wahai Penguasa yang tiada terbatas! Berilah hamba sesuatu untuk menutup lapar dan dahaga kami berdua ini, dan janganlah sampai hamba dihinakan dihadapan pendita Nasrani ini! Ya Allah! Ya Tuhan ku! Dengarlah permohonan hamba ini!.
Tampa diduga , dengan tiba-tiba turunlah dari angkasa sebuah talam yang berisi roti, daging dan sekendi air . Kami pun memakannya berdua sehingga kenyang, serta bersyukurlah kami kepada tuhan Maha Pemurah yang telah menurunkan kurniaNya secara luar biasa itu. Kemudian kami pun melanjutkan perjalanan kami tanpa membicarakan apa-apa pun tentang bagaimana turunnya makanan dan minuman dari angkasa itu.Orang Nasrani itu kelihatannya tidak merasa harian, seolah-olah perkara serupa itu adalah biasa saja. Namun begitu aku tetap takjub tentang hal itu, kerana itu adalah pertama kali yang berlaku atas diriku.
Kini, sudah tiga hari tiga malam, kami berjalan lagi tanpa makan dan minum apa pun. Maka pada hari yang keempat,aku berkata pula kepada pendita Nasrani itu :
‘Wahai pendita Nasrani ! kini giliran mu pula untuk mengeluarkan apa yang ada pada mu untuk kita makan dan minum bersama!’
Baiklah,’ jawab nya tenang saja. Aku hairan, dan aku ingin melihat apa yang dibuatnya. Pendita Nasrani itu lalu menengadah kearah langit dan berdoa. Tiba tiba meluncur turun dua buah talam yang penuh dengan makanan dan minuman.
Sila makan!’ pelawa pendita Nasrani itu. ‘Ini ada dua hidangan satu untuk mu dan satu lagi untuk ku.’ Au tercengang, tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Bila dulu aku meminta kepada Allah untuk menurunkan makanan , aku hanya dapat satu talam saja. Kini si pendita Nasrani ini mendapat dua talam.
Sila makan! Pelawanya sekali lagi.
‘Tidak! Demi Allah, aku tak akan memakannya sebelum kau menjelaskan terlebih dulu tentang makanan dan minuman ini!’ kata ku kepada pendita Nasrani itu.
Pendita itu lalu menjawab dengan wajah yang riang gembira, ‘Selama saya menemani tuan, benar benar saya tetarik kepada amalan mu itu, dan yakin bahawa selama ini diri ku dalam kesesatan yang nyata, dan jelas sekali saya tak mampu berbuat seperti yang tuan lakukannya itu. Kerananya saya bermohon kepada Allah dengan perantaraan kesalihan tuan dan kekeramatan tuan disisi Allah, semoga Allah berkenan memberi kami makanan dan minuman. Dan rupanya doa itu dikabulkn Tuhan, dan ini lah dia makanan dan minuman yang diberikaNya kita dua talam pula sebagai kurnia hidangan daripadaNya. Maka sekarang, saksikanlh bahawa saya telah memeluk Islam :” Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah, Wasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah!’
Alangkah gembiranya hati ku bila mendengar penjelasan tuan pendita itu. Aku terus merangkulnya dengan perasan terharu, dan hati ku gembira tidak pernah gembira seperti hari itu. Kemudian kami pun makan dan minum bersama.
Selesai makan dan minum, dia lalu bertanya kepada ku : ‘ kemana tujuan dari sini ?’ ‘Aku akan ke mekkah untuk naik haji,’ jawab ku. Aku akan mengikut mu kesana juga, ‘jawab pendita itu pula. Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke mekkah untuk berhaji bersama sama pula.
Sewaktu kami berada di mekkah, pada suatu ketika aku kehilangan dirinya, lalu aku mencarinya ke sana ke mari, sehingga aku menemukannya sedang giat bersalat disuatu tempat yang terlindung dari pandangan oang ramai. Aku pun menungunya disitu sehinggalah ia selesai dari salatnya. Aku lalu memberi salam kepadanya , ia menjawab salam ku itu dengan baik dan penuh gembira. Kemudian ia berkata pula :
‘Tuan! Rupa rupnya aku terasa diri ku ini akan segera pergi untuk mengadap Tuhan Rabbul alamin!’
‘Bagaimana pula kau tahu?! Tanya ku ingin mengetahui. ‘Aku tahu ,’ jawabnya pendek saja. Lalu dia menghulurkan tanganya sambil berkata : ‘ Aku berdoa moga moga persahabatan kita ini diteruskan Allah nanti ketika kita berada di akhirat!’ dia lalu menggoyang goyangkan tangannya ke tangan ku tanda mesra. ‘Amin! Jawab ku.
Dia bangun untuk meneruskan salatnya ,tiba-tiba ia meng-geletar hebat, lalu jatuh di tempat shalatnya ,dan sambil membaca dua kalimah syahadat ,dia menghengbuskan nafasnya yang terakhir .Wajahnya kelihatan tenang dan bercahaya. Aku merasa amat sedih kerana kehilangan seorang teman yang baik seperti . Aku kemudian memandikan nya, mengkafankannya menshalatinya, kemudian menguburkannya sekali. Dan pada malam itu ,aku memimpikannya sedang berpakaian yang sangat indah ,di tempat kediaman yang amat indah pula . Aku pun bertanya kepadanya ;
‘Bukankah kau ni teman ku?’ Benar!’ jawabnya. ‘Alhamdulillah,’ ucap ku untuknya. Dia ketawa suka dan riang sekali. ‘Bagaimana sambutan Allah kepada mu?’ aku bertanya kepadanya. ‘Aku datang kepada Nya dengan membawa dosa yang bertumpuk tumpuk, namun Allah berkenan mengampuni ku, kerana aku telah berbaik sangka kepadaNya, dan semoga Allah menjadikan ku sebagai teman mu nanti di akhirat,’ dia memberitahu ku.
Aku pun terjaga dari mimpi ku itu, dan merasa sangat gembira sekali….
Home | Tentang Saya | Agama | Web Pilihan | Gambar